Susut banyak akibat jatuh sakit. Pelakon Datuk Fizz Fairuz dimasukkan ke hospital .

Pelakon Datuk Fizz Fairuz dimasukkan ke hospital akibat gastrik yang dialaminya sejak 2 minggu lalu.Isterinya, Datin Almy Nadia yang mengesahkan perkara tersebut dan memohon doa agar suaminya segera sembuh.

Sekali lagi dia dipaksa oleh isteri dia datang ke hospital untuk buat acara serah diri disebabkan angin gastrik..“Doktor beritahu gastrik dia banyak sebab dah dekat 2 minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak.

“Sekarang dia diberi drip,masuk ubat bagi dia ok. Lepas ni makan kena makan betul-betul..“Doakan semua my boy cepat sembuh.. Saya sentiasa ada dengan you ok syg..apa jadi pun I ada dengan you ok love,” katanya.Almy memaklumkan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

https://www.instagram.com/p/CTzJ3O7PVAd/?utm_source=ig_embed&ig_rid=c5af926c-6e92-4890-841f-4890e1285b55

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto Fizz yang sedang terlantar sakit di hospital.Dalam hantaran di Inta Story pula, Almy mendedahkan berat Fizz susut banyak akibat jatuh sakit.“Dia (Fizz) cakap dia gemuk…berat 84 kilogram(kg).

Dia nak kurus sebelum mula penggambaran.“Sekarang Allah makbulkan niat dia nak kurus…beratnya 78kg, kurus sebab sakit,” luah Almy.Menerusi laman sosial Almy, rata-rata mendoakan agar Fizz segera sembuh dan urusan mereka dipermudahkan.

Fizz Fairuz kecewa bila dia ditahan dari masuk masjid. Apa yang jadi buat ramai yang terkedu.

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa kecewanya apabila dia dan individu lain ditahan daripada memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon ini berkongsi dia

dan beberapa individu lain mahu menunaikan solat memandangkan pihak kerajaan membenarkannya baru-baru ini. Kebenaran untuk menunaikan solat di masjid tertakluk pada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan hanya untuk mereka yang sudah lengkap 2 dos vaksin sahaja.

“Masih tak boleh masuk! Kata dah boleh, sekarang tak boleh? Mana satu nak ikut ni?”, luah pelakon itu. Kongsi pelakon ini, dia dan beberapa individu lain yang pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan. Selepas itu mereka terpaksa menunggu di luar perkarangan masjid tersebut kerana tidak dibenarkan masuk oleh sukarelawan RELA.

“Kesian kat orang datang, nak solat tapi tak boleh masuk. Akhirnya lari ke surau dekat rumah saja, pun sama duduk luar juga tak boleh masuk”, dedahnya. Sekadar info, kebenaran untuk menunaikan solat di surau dan masjid sudah berkuat kuasa pada 10 Ogos. Tetapi ianya hanya tertakluk pada SOP dan individu yang telah melengkapkan vaksinasi COVID-19.

Sumber:Murai.my

Almy Nadia menangis teresak kenangkan pemergian Siti Sarah. Perasaan seorang ibu ni memang lain sangat.

Selain ahli keluarga terdekat, pemergian Siti Sarah akibat covid-19 nyata cukup menginsafkan. Meskipun sudah selamat diuruskan sebentar tadi, namun ramai masih risau dengan penerimaan anak-anak serta perjalanan Shuib selepas ini.

Shuib kena kuat untuk anak-anak…kami ada untuk membantu apa saja. Antara yang turut terkesan dengan pemergian penyanyi tersohor berkenaan adalah keluarga Datuk Fizz Fairuz. Di samping menitipkan semangat kepada Shuib yang bakal menjadi ibu serta ayah kepada 4 anaknya selepas ini, mereka juga sudi menawarkan sebarang bantuan bagi meringankan bebannya susulan kejadian hari ini.

Perasaan seorang ibu mengandung…maaf saya menangis, sedih takut semua rasa sekarang. Turut sedang hamil sama seperti Siti Sarah, pemergian itu nyata memberikan impak dari sudut emosi Datin Almy Nadia.

Menerusi Instagram, beliau dilihat menangis teresak-esak sambil mengakui takvt kejadian sama men1mpa keluarga mereka. Rentetan itu, Datuk Fizz Fairuz berusaha sebaik mungkin untuk menenangkan kembali isterinya sebaik mungkin.

Macam ni juga menangis sebab perasaan bercampur-baur…naluri ibu tu kuat sangat. Detik penuh hiba itu nyata dibanjiri pelbagai reaksi dalam kalangan peminat serta rakan-rakan artis. Bukan setakat ibu mengandung,

sebaliknya ramai akui mengalir air mata seperti ini juga sebaik dapat tahu berita duka berkenaan. Walau bagaimanapun, Datin Almy Nadia tetap dinasihati agar tenang serta jangan banyak fikir perkara negatif. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

https://www.instagram.com/p/CSWDexfH1Jb/

Sumber: IG fizzfairuzofficial & almynadiaofficial

Kali ni video Ds vida promo produk atas nama Siti Sarah pulak. Ramai pulak yang ambil kesempatan dengan pemergian Sarah ni.

Seolah-olah menjadi trend segelintir rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan di atas satu musbah demi tujuan peribadi. Nampaknya bukan budi baik Siti Sarah yang dihebah-hebahkan namun ada pula yang cuba menumpang.

Antara yang diperkatakan warganet ialah apabila usahawan jutawan, Datuk Seri Vida sempat mempromosikan produk makanan yang katanya pernah diinspirasikan oleh Sarah. DS Vida memuat naik di IG Storynya (sebelum dipadam) bahawa ianya adalah impian Siti Sarah empat bulan lalu namun tidak kesampaian kerana Sarah sedang mengandung.

Maka, produk tersebut sekarang berada di tangannya lalu sempat mempromosikan harga dan boleh mendapatkannya segera. Adakah ia bukan pengiklanan pada pendapat anda? Hal ini membuatkan warganet berasa bengang dan marah!

Sumber : http://www.dnq.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.