Fynn Jamal Bersuara Tentang Isu Rentas Negeri Langgar SOP – “Yang Ada Nama Ada Duit Buatlah, Cuma Jangan Upload!”

Usahawan dan penyanyi Fynn Jamal terkilan dengan tindakan segelintir individu yang terang-terangan melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Kata Fynn, lebih mendukacitakan apabila ada segelintir rakyat yang menjadi mangsa kepada golongan yang gemar mengambil kesempatan.

“Macam dari awal lagi la surat keizinan lepas ke mana, ke situ aje lah kita. Aku ada jemputan kat KL pun, ke mana ditulis alamat tu, ke situ ajelah aku. takde ngonar. Penatlah, penat jadi orang yang akur undang-undang kadang-kadang tahu tak.

“Aku ni lama sangat tak peluk abah. Dalam bulan ni aje ada dua sepupu baya-baya aku ajal mengejut. Nak be with family pun tak boleh.

“Memang ada kelonggaran kalau kematian tapi kalau dalam dunia ni semua memang patuh SOP, bolehlah. Kalau kita pakai baju besi pun orang lain ke hulu hilir tak jaga dan singgah-singgah tetap takde fungsi.
“Kenapa orang ada nama, orang besar-besar nak bincang buka kertas la apa, yang lain-lain main tulis je terus kompaun?” soalnya di Instagram.

Turut berkongsi rasa sedih dan rindu terhadap keluarganya di kampung, tambah Fynn tiada niat cemburu dengan kelonggaran yang diberikan kepada segelintir pihak.
Cuma, yang menjadi pertikaian apabila wujud individu yang berkepentingan yang tanpa segan silu mendedahkan perbuatan (melanggar SOP) di media sosial.
“Mana orang tak sakit hati. Nama standard operating procedure; tapi pelaksanaan tak standard. Kejap boleh kejap tak boleh, kejap orang ni ok kejap orang ni tak ok. Pening, rasa sedih camni.
“Pastu yang ada nama ke ada duit ke, boleh tak mintak jasabaik nak buat apa pun buatlah cuma jangan upload. Please!
“Benda orang tak tahu, orang tak peduli. Nak nangis rasa… dan orang bukan jealous pun. Nak buat apa pun buatlah. Orang rindu mak abah tau tak. Aku dah call dan video call hari-hari tau, memang tak puas,” tambahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.