Muka cantik tapi kenapa selongkar sampah. Gadis ini terpaksa tebal muka cari retainer gigi dalam tong sampah food court.

“TERPAKSA selongkar tong sampah food court,” itulah kapsyen yang tertera pada video seorang gadis yang kehilangan barang yang dianggap penting dan berharga untuk dirinya.

Video yang dikongsi gadis berkenaan menunjukkan dia sedang menyelongkar tong sampah kerana tidak sengaja terbuang retainer gigi miliknya sendiri. Setakat ini video tersebut meraih sebanyak 840,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Video:

https://www.instagram.com/p/CTlgl-RJUhw/

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Durrani Waheda Wahed, 18, berkata, kejadian berlaku sewaktu dia keluar makan bersama ibunya, Shakilawati Maideen, 47, dan kakaknya, Nur Maisarah Waheda Wahed, 22, di sebuah pusat beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan.

Jelasnya lagi, dia baru sahaja sembilan hari menggunakan retainer itu setelah hampir dua tahun memakai pendakap gigi.

“Saya tertinggal retainer box dalam kereta, jadi waktu itu cuma guna tisu untuk balut. Lepas dah cuci, saya letaklah dalam plastik makanan. Tapi masa makan di food court tu kakak gunakan plastik yang ada retainer tu untuk letak sampah.

“Saya terlupa yang retainer ada dalam plastik tu dan kakak pula buang selepas selesai makan. Saya teringat pasal retainer tu pun selepas ternampak retainer box dalam kereta sewaktu dah nak gerak balik.

“Masa tu memang terkejut dan takutlah kena bebel dengan mak, kos nak buat tu saja dah RM200. Maklumlah, saya baru je pakai retainer dan ini merupakan kali pertama keluar pakai benda tu,” katanya.

Lebih mesra disapa Durra, dia yang ditemani kakaknya kemudian gigih menyelongkar tong sampah sekitar kawasan medan selera yang mereka sekeluarga makan untuk mendapatkan semula retainer tersebut.

Mengakui malu kerana dipandang orang ramai ketika itu, Durra bagaimanapun lega apabila dia akhirnya bertemu dengan apa yang dicarinya di dalam tong sampah yang ketiga.

“Saya korek semula tong sampah di situ dengan harapan dapat jumpa semula. Ada juga rasa macam sudah tiada harapan sebab terlampau banyak sampah, nasib baik dalam tong sampah ketiga dah jumpa retainer yang dibalut kemas dengan tisu.

“Ambil masa lebih kurang 10 minit jugalah nak mencari, memang saya rasa malu kerana orang sekeliling semua pandang je. Ada seorang tu siap kata, awak cantik, kenapa selongkar tong sampah?

“Kakak saya yang rekod video itu sebab dia tahu adik dia ni memang seorang yang cuai. Sebelum ni cermin mata saya dah tiga kali patah sebab letak merata tempat,” katanya yang merupakan pelajar jurusan Sains Komputer di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia bernasib baik kerana retainer tersebut masih dalam keadaan terbalut rapi dan tidak terkena sisa makanan lain di dalam tong sampah.

Durra turut berpesan kepada pemakai retainer untuk menggunakan kotak yang diberikan sebaik mungkin bagi mengelakkannya daripada tercicir.

“Kira bernasib baik jugalah waktu dah jumpa tu, retainer saya memang tak terkena makanan lain langsung pun. Saya membilasnya dengan air di sinki, bila dah sampai rumah barulah cuci guna berus dan sabun.

“Disebabkan tak kotor terkena kotoran sampah, jadi saya tak rasa geli sangat. Cuma bila teringat malu tu, rasa macam nak baling je retainer tu.

“Pesanan saya untuk mereka yang pakai retainer ni, janganlah balut dalam tisu sebab nanti risau terlupa dan terbuang dalam tong sampah macam kes saya ni. Tolonglah manfaatkan kegunaan retainer box yang diberikan itu sebaik mungkin,” katanya.

Sumber: Mstar.

Pemuda tampil dedahkan dengan kisah 20 sen beri kesan besar sampai buatkan ramai sebak. Tak sangka ini yang berlaku pada mak cik tersebut gara gara tak cukup duit isi minyak kereta.

Ada rezeki yang sudah ditetapkan Allah tanpa perlu dicari. Sebahagian orang, sekalipun dengan usaha yang sedikit, dia memperoleh rezeki yang banyak. Kadang-kadang, dia memperolehinya tanpa usaha pun. Kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini, menarik perhatian warganet sehingga ada yang mengalirkan alr mata. Meskipun nilai sedekahnya kecil, tetapi ia amat bermakna buat mereka yang berada di dalam kesempltan/kesvsahan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Semalam, aku di stesen minyak, tengah beratur nak bayar. Di depan aku ada tiga orang. Di depan sekali ada seorang makcik berbaju kurung, pakai pouch bag yang agak lusuh, sedang mengeluarkan duit. Dia letak sekeping duit RM5, syilling segadang di atas kaunter. Kemudian dengan muka serba salah dia berkata kepada pekerja itu,

“Dik, Kancil pam 4 tu, isi minyak kuning 9 ringgit 80 sen.” Pekerja itu hanya memandang slow pada makcik itu. “Erm, lagi 20 sen tak ada ke cik?” soalnya yang juga kelihatan janggal dan serba salah nak bertanyakan soalan itu. “Tak ada dik. Makcik ada tu je,” balas makcik sambil menggelengkan kepala.

Tiba-tiba, out of the blue, mat motor di belakang makcik itu letak RM10 yang ada di tangan dia ke kaunter. “Nah, ni RM10. Campur 9 ringgit 80 sen makcik itu dah jadi RM19.80,” katanya kepada pekerja berkenaan. Makcik itu terkejut sangat dan mukanya terharu habis. Mat motor itu cuma senyum.

“Tak apa cik, rezeki lebih. 20 sen saya tak ada. RM10 saya ada lebih,” katanya membuatkan makcik itu mengalir air mata. Jadi aku ingatkan dah settle tetapi tiba-tiba seorang lelaki di belakang mereka menyeluk tangan dalam poket seluar jeans dan keluarkan 20 sen, letak atas kaunter. “Ini 20 sen, cukupkan yang mana tak cukup itu,” katanya. Kemudian mengambil beberapa keping lagi duit dari dompet dan letakkan di atas kaunter. “Tambah RM30 ni, cukupkan RM50. Minyak Kancil RM50, boleh tahan lama sikit cik,” katanya.

Makcik itu sudah tidak mampu menahan, matanya sudah berair. Mulutnya tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih. “Terima kasih anak, terima kasih anak. Syukur Ya Allah,” sambil berjalan ke pam 4. It was amazing, beyond miracle. Dalam kereta, air mata jantan aku berguguran jatuh. Memang hebat aturan ilahi tentang rezeki.

Aku jadi malu sebab beberapa malam sebelum aku menghadap isteri aku sambil mengadu. “Dalam empat bulan, habis ranap RM30,000. Susahnya. Rezeki kurang menjadilah nampaknya.” Tetapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan kepada aku tentang rezeki. Malunya rasa hati tetapi Alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yang hebat. Syukur, terima kasih Allah.

Sumber: Kuala Lumpur Viral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.