Ada juga yang gagal tunjukkan bukti lengkap 2 dos vksin ketika rentas daerah dan dine in. Sekali ini tindakan yang PDRM ambil.

Polis mengeluarkan kompaun RM1,500 terhadap individu yang gagal menunjukkan sijil digital vksinasi lengkap ketika hendak merentas daerah di negeri ini. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu berkenaan dikenakan kompaun kerana tidak dapat membuktikan beliau lengkap dua dos bagi membolehkannya merentas daerah.

“Individu itu juga tidak membawa telefon bersama bagi menunjukkan bukti lengkap dua d0s,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata, RM1,500 turut dikeluarkan kepada seorang individu yang makan di kedai makan tanpa lengkap dua d0s vksin.

Mior Faridalathrash berkata, 14 kompaun membabitkan RM21,000 dikeluarkan bagi mereka yang merentas daerah tanpa kebenaran mulai 10 Ogos lalu. Menurutnya, 78,703 permit daripada 80,473 permohonan diluluskan, 5 Julai sehingga 19 Ogos lalu. “Sebanyak 1,995 jumlah kompaun dikeluarkan mulai 5 Julai hingga 19 Ogos lalu,” katanya. Sumber : hmetro

Hampir 2 jam pujuk Asif untuk suntikan vksin. Sekali akhirnya 6 orang terpaksa pegang untuk jalani proses itu.

Gelagat bintang YouTube Drama Spontan, Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif menerima suntikan vksin pada Rabu menarik perhatian warganet. Berdasarkan perkongsian video daripada sepupunya yang juga pemilik saluran YouTube popular, Syahmi Sazli, remaja istimewa itu dilihat takut untuk dicvcuk dengan ja.rum s.untikan. Menerusi video berdurasi tiga minit itu, Asif, 19, yang berpakaian hitam bertopi merah cemas apabila petugas kesihatan mahu memulakan prosedur suntikan.

Pada ketika itu Asif mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan menggaru-garu bahagian lengan kirinya seakan-akan cuba mengelak untuk dicucuk. Video perkongsian Syahmi di Instagram miliknya. Kedengaran petugas kesihatan cuba memujuk dan menenangkan Asif agar memberi kerjasama supaya tidak berlaku perkara tidak diingini ketika proses berkenaan.

“sak1t?” tanya Asif ringkas. “Tak sak1t… Asif jangan tengok, palingkan muka ke arah lain kalau takut,” pujuk petugas. Namun ketika kapas antiseptik mula digunakan di bahagian suntikan, Asif semakin tidak senang dan mula bertindak balas. Pada ketika ini kedengaran pujukkan Syahmi agar Asif merelakan diri untuk disuntik pelali berkenaan. “Tak sak1t, nak berlakon kena cucuk… Yoe Parey semua dah cucuk, lepaskan tangan tu,” pujuk Syahmi.

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=353403176271150

Syahmi dan Asif mencipta nama sebagai bintang YouTube. Bagaimanapun ‘umpan’ untuk berlakon tidak berhasil apabila Asif mula berdiri dan meronta-ronta sehingga lebih kurang enam individu termasuk petugas kesihatan, sukarelawan dan Syahmi sendiri terpaksa memegang dan menenangkannya.

Selepas hampir dua jam cubaan memujuk dan menenangkan, Asif akhirnya berjaya divksinasi di lengan kirinya. Tidak menyedari dia sudah disuntik, Asif akhirnya tersenyum gembira apabila diberitahu proses berkenaan selesai.

“Tak sak1t,” katanya sambil tersenyum sebelum disambut sorakan daripada mereka yang berada di lokasi berkenaan. Asif menerima vksin jenis Sin0vac di Pusat Pemberian Vksin (PPV) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Biodata Asif, Bintang Youtube Malaysia Popular

Jika anda penggemar laman Youtube, nama Asif pastinya tidak asing lagi di pendengaran. Beliau merupakan bintang Youtube yang kerap beraksi di saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli. Telatah bersahajanya dalam slot ‘Drama Spontan’ berjaya menambat hati rakyat Malaysia hingga apa sahaja video yang membabitkannya pasti dengan mudah meraih jutaan tontonan.

Ditambah dengan kreativiti Syahmi dalam mengangkat isu semasa menerusi karyanya, umpamanya isu harta pusaka, hubungan suami isteri dan cinta monyet. Syabas diucapkan kepada Asif termasuk juga Syahmi! Semoga terus sukses di masa hadapan. Sumber : Komedi Media

Ada pula kajian menunjukkan satu berita baik buat sesiapa yang mangambil vksin AstraZeneca. Tak sangka ianya mampu beri perlindungan selama ini.

Dalam perang melw4n virus Covid-19, pelbagai usaha dilakukan termasuklah pemberian vaksin. Kajian baharu mendapati individu yang menerima vaksin Covid-19 Oxford-AstraZeneca akan mendapat perlindungan kuat yang boleh bertahan seumur hidup.

Memetik laporan Berita Harian, teknologi yang digunakan dalam penghasilan vaksin tersebut mewujudkan ‘kem latihan’ sel dalam tubuh penerima bagi mencari dan memusnahkan virus, termasuk varian baharu. Selain menghasilkan antibodi yang mem4t1kan virus, ini juga bermakna tubuh boleh terus menghasilkan sel penting dalam tempoh yang lama dan mungkin sepanjang hayat penerima.

Kajian saintis dalam jurnal Nature dari Oxford dan Switzerland berkata, perlindungan sel-T adalah ciri utama untuk vaksin yang menggunakan teknologi vektor adenovirus seperti AstraZeneca dan Johnson & Johnson. Sel-T yang dihasilkan daripada ‘kem latihan selular’ itu memiliki tahap kecergasan yang sangat tinggi.

Kajian terdahulu menunjukkan vaksin Oxford-AstraZeneca lebih berkesan untuk menghasilkan Sel-T berbanding vaksin mRNA seperti Pfizer dan Moderna. Walau apa pun vaksin yang berikan kepada kita, kita ambil dan capaikan imuniti kelompok dahulu. Bab ketahanan seumur hidup ni kita serahkan kepada saintis untuk buat kajian. Ambil vaksin, lindung diri, lindung semua. Sumber : Lobak Merah

Remy Ishak kelihatan tenang ambil vaksin sampaikan ada pulak petugas vaksin buat macam ni. Peminat akui cemburu dengan petugas vaksin tersebut.

Meskipun jumlah positif harian semakin meningkat, tetapi Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok bagi vaksinasi Covid-19. Pujian juga wajar diberikan kepada golongan artis yang cakna dengan usaha untuk membanteras penularan wabak tersebut. Seronok dapat keluar & tengok ramai berkumpul untuk dapatkan vaksin…terubat rasa rindu mata untuk memandang.

Menerusi video terbaru dimuat naik ke Instagram miliknya, Remy Ishak berkongsi journey mendapatkan dos pertama vaksin tersebut. Gara-gara sudah sekian lama berkuarantin, dia akui berasa teruja serta ‘terubat rindu’ untuk melihat jumlah manusia yang ramai berkumpul di PPV KLCC.

Tenang disuntik vaksin…siap sempat tinjau lagi

Bukan sahaja suasana di sana, hero drama Pujaan Hati Kanda ini turut tidak melepaskan peluang untuk rakam detik dos pertamanya. Sepanjang proses vaksinasi, Remy Ishak kelihatan tenang menuruti setiap arahan frontliner yang bertugas. Malah, dia juga sempat ‘meninjau’ picagari saat vaksin disuntik serta ditampal sticker khas pada bajunya selesai proses tersebut.

Amboi saja kan pegang lama-lama…mimpi indah terus malam tidur ni

Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat wanita nampaknya lebih tertumpu kepada pemvaksin tersebut. Selain dapat bertemu depan mata, rata-rata mereka luahkan rasa ‘cemburu’ kerana dia dapat memegang lengan Remy Ishak. Malah ada yang siap berseloroh bahawa semua petugas di situ dapat mimpi indah malam ini. Sumber: IG remyishak via erinsakura

Makcik ni luah perasaan pada petugas pusat vaksin tentang anak menantu dia. Sebak rupanya ini yang terjadi.

Di dalam islam, apabila lelaki dan perempuan sah dinikahi secara automatik hubungan mereka menjadi muhrim. Jadi ibu bapa pasangan tersebut secara automatik juga akan menjadi ibu bapa mereka. Contoh, ibu bapa isteri akan menjadi ibu bapa suami. Jika kita melayan ibu bapa sendiri dengan baik haruslah kita melayan ibu bapa mertua sama seperti ibu bapa kita sendiri.

Dengan keadaan zaman sekarang iaitu zaman covid, rata rata rakyat sedang berhati hati agar tidak dijangkiti. Dengan usaha pihak kerajaan untuk mencapai herd immunity dengan memberikan vaksin kepada rakyat masih di dalam peringkat yang rendah. Sekarang vaksin ditumpukan kepada warga emas kerana mereka antara golongan yang paling berisiko.

Kisah Seorang Tua Tentang Menantu Yang Hantar Dia Ke PPV

Satu video telah dimuatnaik ke Tiktok oleh individu bergelar Melia Bnb. Beliau bertugas di Pusat Pemberian Vaksin. Video tersebut mengisahkan bagaimana seorang warga emas yang berjumpa dengan Melia BnB mula meluahkan perasaan.

Menurut makcik ini, anak menantu dia yang hantar dia ke PPV tetapi pada mulanya menantu dia tidak mahu hantar kerana terlalu sibuk. Yang lebih menyedihkan makcik ini beritahu kerana menantunya nak cepat, makan pun tidak sempat sebelum pergi vaksin.

Melia berhajat untuk berjumpa dengan menantu makcik tersebut tetapi Melia ditegur makcik itu supaya jangan tanya atau cerita apa apa sebab makcik itu takut nanti dimarahi menantu.

Video:

https://web.facebook.com/318029782100231/videos/1245675149217468

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Ramai yang risau tak dapat vaksin. Sekali nasihat Kj supaya rakyat bertenang sementara menunggu bekalan tambahan vaksin.

Masyarakat diminta bertenang sementara menunggu bekalan tambahan vaksin tiba di Malaysia tidak lama lagi kerana semua sasaran pemberian vaksin adalah berdasarkan pada perbekalan yang ada, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

“Bertenang. Bekalan akan sampai nanti. Saya tidak simpan mana-mana vaksin. Vaksin itu sampai saya hantar…kita dapat pelepasan lot (vaksin).. “…dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kita akan terus hantar pada negeri-negeri dan pusat pemberian vaksin (PPV) kita.. Kita punya kadar penggunaan vaksin kini 90 peratus.

“100 vaksin sampai, 90 akan diguna dalam tempoh beberapa hari. 10 tu ‘buffer’ sikit untuk janji temu akan datang,” katanya dalam sidang media program pertama pemberian vaksin sektor pengangkutan dikendalikan Lembaga Pelabuhan Klang bermula hari ini. Khairy berkata, penggunaan vaksin yang mencecah 90 peratus itu menyebabkan terdapat negeri yang sudah tidak mempunyai bekalan vaksin yang banyak.

Terkini Khairy Jamaluddin maklumkan pekerja kurier dan penghantar makanan akan mula terima vaksin mulai julai ini.

Terkini Khairy Jamaluddin maklumkan pekerja kurier dan penghantar makanan akan mula terima vaksin mulai julai ini. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kakitangan kurier serta pekerja penghantar makanan akan mula menerima vaksin pada bulan depan.

Katanya, perkata tersebut telah dimuktamadkan menerusi perbincangannya bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, lapor MalaysiaGazette. Terdahulu, beliau telah diminta untuk mengulas tentang kebimbangan pekerja kurier menjadi pembawa virus Covid-19 kerana bekerja dalam situasi yang terdedah dengan penularan wabak itu.

“Kita telah setuju untuk mula memberi vaksin kepada kakitangan kurier dan penghantar-penghantar makanan bermula Julai ini.” Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) juga turut memaklumkan status penggunaan vaksin Pfizer kepada remaja akan diumumkan pada Khamis ini.

Sebelum ini, pada 18 Jun lepas beliau telah memaklumkan bahawa vaksin akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 selepas Pihak Berkuasa Kawalan Ddh meluluskan pengunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi individu berusia 12 tahun ke atas.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.