Disebabkan ramai yang kecewa dengan keputusan perlantikan kabinet baru kali ini. Ku Li tampil bagi satu cadangan berkenaan gaji menteri.

“Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh Itu sahaja pilihan yang ada”. Demikian reaksi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berhubung lantikan menteri Kabinet baharu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Sebagai menterjemahkan kekecewaannya, Tengku Razaleigh berharap lantikan baharu ini akan dipotong separuh gaji mereka berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daipada mereka yang dipilih, kerana ini sahaja pilihan yang ada. Sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan Kabinet baharu ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah (Tan Sri) Muhyiddin,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat pagi, Ismail Sabri menegaskan, barisan Kabinet baharu yang dilantik akan dipastikan kekal komited dalam menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Beliau dalam perutusan ‘Pembentukan Kabinet’ berkata, barisan Jemaah Menteri tersebut dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi.

Menurut Ismail Sabri lagi, Kabinet baharu itu juga perlu berorientasikan hasil berlandaskan tiga prinsip  peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan beramanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat. Dalam masa sama, Ismail Sabri menegaskan, beliau secara peribadi akan memastikan Kabinet tersebut menekan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, pelantikan Kabinet di bawah pentadbirannya akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik tersebut. sumber:  astroawani

Umum tentang senarai ahli kabinet baru. Ini kata kata Dr Zulkifli bila dapat tahu nama tiada dalam senarai.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan. Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan. Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan. Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat “menteri kanan” seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini. Dalam pada itu menteri Agama telah di ganti dengan Senator Idris Ahmad (PAS) dan Timbalan ialah  Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Mohon maaf jika terkasar bahasa – Zulkifli Mohamad

Meskipun tidak terpilih menganggotai kabinet kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Senator Zulkifli Mohamad mendoakan kejayaan buat mereka yang terpilih demi negara tercinta.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan kabinet, khususnya kepada Senator Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tak dilupakan, Ahmad Marzuk Shaary selaku timbalan menteri.

“Mohon maaf kepada semua barisan agensi-agensi agama peringkat persekutuan di bawah menteri di jabatan perdana menteri andai ada yang saya terkasar bahasa sepanjang kita sama-sama bekerja. “Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut senarai kabinet baru mengikut parti politik:

Perdana Menteri: Ismail Sabri Yaakub. Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa: Azmin Ali (Bersatu). Timbalan: Lim Ban Hong (MCA). Menteri Kanan Pertahanan: Hishammuddin Hussein (Umno). Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kanan Kewangan: Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu). Menteri Kanan Pendidikan: Senator Dr Radzi Jidin (Bersatu). Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Mohamad Alamin (Umno)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Agama – Senator Idris Ahmad (PAS). Timbalan: Ahmad Marzuk Shaary (PAS). Undang Undang – Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS). Timbalan: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu).

Ekonomi – Mustapa Mohamed (Bersatu). Timbalan: Eddin Syazlee Shith (Bersatu). Sabah Dan Sarawak – Dr Maximus Johnity Ongkili. Timbalan: Hanifah Hajar Taib (GPS). Tugas Tugas Khas -Abdul Latif Ahmad (Bersatu). Timbalan: Mastura Mohd Yazid (Umno).

Menteri Dalam Negeri: Hamzah Zainuddin (Bersatu). Timbalan: Ismail Mohamed Said (Umno), Jonathan Yassin (Bersatu). Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno). Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS)

Menteri Pengangkutan: Ir. Wee Ka Siong (MCA). Timbalan: Henry Sum Agong (GPS) Menteri Luar Negeri: Saifuddin Abdullah (Bersatu). Timbalan: Kamarudin Jaffar (Bersatu). Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi (GPS). Timbalan: Rosol Wahid (Bersatu)

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Rina Harun (Bersatu). Timbalan :Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS). Menteri Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa (Umno). Timbalan: Zahidi Zainul Abidin (Umno). Menteri Kerja Raya: Fadillah Yusof (GPS). Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Pertanian: Dr Ronald Kiandee (Bersatu) Timbalan: Ahmad Hamzah (Umno), Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba IUmno)
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS). Menteri Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin (Bersatu). Timbalan:Wee Jeck Seng (MCA), Willie Mongin (Bersatu)

Menteri Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man. Timbalan: Dr Mansor Othman (Bersatu). Menteri Wilayah Persekutuan: Shahidan Kasim (Umno). Timbalan: Jalaluddin Alias (Umno). Menteri Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad (Umno). Timbalan: Ahmad Masrizal Muhammad (Umno-Senator)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan. Timbalan: Ali Biju (Bersatu). Menteri Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid. Timbalan: Abdul Rahman Mohamad (Umno), Hasbi Habibollah (GPS).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Marican Naina Merican (Umno). Timbalan:Ismail Abd Muttalib (Umno). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar (Umno). Timbalan: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya: Nancy Shukri (GPS). Timbalan: Edmund Santhara (Bersatu). Menteri Perpaduan Negara: Halimah Saddique. Timbalan: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Senator)

Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu (Bersatu). Timbalan: Ti Lian Ker (MCA-Senator). Menteri Sumber Manusia: M Saravanan (MIC). Timbalan: Awang Hashim (PAS)

Ds Ismail Sabri baru je nak bentuk kabinet. Terkejut sekali Tun M mula bersuara bagi satu nasihat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa lantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu dibuat dalam jumlah yang lebih kecil.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), tindakan berkenaan wajar dibuat selepas majoriti menteri dan timbalan menteri sewaktu pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menunjukkan prestasi yang baik selain ada dalam kalangan mereka disifatkan sebagai hanya “memakan gaji buta”.

“Saya harap tidak berapa besarlah (Kabinet baharu), tak macam (semasa Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) punya Kabinet. Janganlah tunjuk jawatan menteri itu sebagai satu cara untuk sogok orang (bagi menyokong kita)

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun M

“Menteri (yang dilantik) sepatutnya ada kebolehan (tetapi) kita dapati menteri-menteri Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada kerja apa pun, tidak ada buat kerja, (dan hanya) dapat gaji sahaja, janganlah jadi macam tu,” dakwa beliau.

Tambahnya, Ismail Sabri juga perlu mengelak daripada memberi jawatan di dalam Kabinet termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada kumpulan yang digelar ‘kluster mahkamah’.

Ditanya mengenai jawatan TPM, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan bahawa tidak ada seorang pun dalam kalangan Ahli Parlimen di blok kerajaan layak diangkat bagi jawatan berkenaan. Ini termasuklah daripada kumpulan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang majoritinya dianggotai oleh golongan yang melompat parti.

“Saya cuma tahu siapa yang tidak patut jadi Timbalan (Perdana Menteri) iaitu ‘geng kluster mahkamah’, (kumpulan ini) tidak boleh ada dekat dengan kerajaan pun, sepatutnya mereka diasingkan dan sudah tentu tak boleh jadi Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi sempena Program Pulang Ke Langkawi pada Selasa. Pada Isnin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelasnya, senarai berkenaan terlebih dahulu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan. Untuk rekod, barisan Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai 70 orang menteri di

bawah 32 portfolio berbeza yang diumumkan pada 9 Mac tahun lalu, menjadikan Kabinet tersebut mempunyai jumlah menteri tertinggi berbanding Perdana Menteri sebelumnya. Daripada jumlah itu, sebanyak 38 orang dilantik sebagai timbalan menteri dengan tujuh kementerian mempunyai dua orang timbalan menteri.

Kabinet Ismail Sabri akan diumum 11 pagi ini- PMO

KUALA LUMPUR: Pengumuman anggota Kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal diumumkan pada jam 11 pagi pada Jumaat (27 Ogos 2021). Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan kepada Astro AWANI, majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan itu akan berlangsung pada Isnin depan, jam 2.30 petang.

Awal petang tadi, PMO memaklumkan tiada sebarang pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan jemaah menteri beliau. Ismail Sabri sebelum itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama 1 jam 30 minit di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang. Istana Negara memaklumkan, pada majlis sembah menghadap itu, Ismail Sabri telah menyembah maklum senarai Anggota Kabinet beliau kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.