Gambar google burger neelofa dianggap persenda ‘abang burger’ yang baru-baru ini dikenakan kompaun RM50k

Nampaknya hari ini ‘panas’ dengan isu seorang peniaga burger dikenakan kompaun kerana berjualan lebih masa di hadapan rumahnya sendiri sehingga disaman Rm50,000.

Selain daripada isu tersebut, kenyataan pihak berkuasa berkenaan kompaun yang diberikan kepada Neelofa dan keluarga berhubung perlanggaran prosedur operasi standad (SOP) ketika majlis penikahan serta rentas negeri turut menjadi tajuk utama berita.

Tiba2 gambar burger keluar

Namun, disebalik kedua-dua isu berkenaan, netizen nampaknya sekali lagi ‘berang’ dengan status IG story selebriti berniqab itu apabila memuat naik gambar burger.

Dalam kapsyen yang disertakan, Neelofa menulis mahu menikmati juadah moreh berupa burger pada malam ini.

Netizen minta penjelasan

Walaupun tidak ditujukan kepada sesiapa, netizen mulai mempertikaikan tindakan selebriti itu memuat naik gambar burger ketika isu ‘abang burger’ dikompaun RM50, 000 oleh pihak berkuasa masih menjadi perdebatan di media sosial.

Rata-rata meninggalkan komen diruangan Twitter milik bartbhrdn menyuarakan rasa tidak puas hati dan meminta artis berkenaan menjelaskan maksud disebalik gambar burger yang dimuat naik tersebut.

Gambar google

Selain itu, netizen juga membongkar gambar burger yang di ‘posting’ Neelofa turut di ambil dari Google memandangkan ada yang mendakwa gambar tersebut merupakan muat naik dari sebuah kedai makan menjual juadah tersebut pada 2019.

Namun, menerusi perkongsian terbarunya di Instagram, Neelofa memaklumkan dia sama sekali tidak bermaksud mahu mempersendakan mana-mana pihak.

Dia juga sedang berunding dengan peguamnya untuk membantu ‘abang burger’ yang dikompaun sebanyak Rm50,000 ketika berniaga di tangga rumah kerana berjualan melebihi masa ditetapkan.

Sumber: bartbhrdn, salmah melor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: