Hairul Azreen gelabah bila kantoi pakai baju Lin Dan depan Dato LCW. Sekali Hairul dedah apa yang dia dapat lepas live dengan 3 bintang atlet badminton.

Pelakon Hairul Azreen berkongsi kegembiraan apabila jumlah pengikut di Instagramnya naik secara mendadak. Menurut Hairul, sejak semalam jumlah pengikutnya melonjak hingga mencecah seramai lima juta. Menurutnya, kenaikan yang agak ketara itu berkemungkinan selepas dia membuat video secara langsung dengan beberapa bintang atlet badminton negara semalam.

Untuk makluman, semalam Hairul mengadakan video secara langsung hampir dua jam di Instagramnya. Menariknya, kesemua tetamu yang dijemput Hairul merupakan bintang dan lagenda badminton negara. Antaranya termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Tan Boon Heong dan Chan Peng Soon.

“Terima kasih lima juta pengikut. Ini sebab live malam tadi kot terus naik lima juta. Terima kasih semua yang sentiasa support saya, kerja & family saya. The best never rest,” katanya menerusi satu posting di Instagram.

Untuk makluman, semalam Hairul mengadakan video secara langsung hampir dua jam di Instagramnya. Menariknya, kesemua tetamu yang dijemput Hairul merupakan bintang dan lagenda badminton negara.

Antaranya termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Tan Boon Heong dan Chan Peng Soon. Menerusi ruang komen, rata-ratanya terhibur dengan sesi siaran langsung berkenaan. Selain membicarakan mengenai dunia badminton, kebanyakan warganet juga terhibur dengan lawak serta ‘punchline’ oleh bintang-bintang sukan berkenaan.

Kant0i Pakai Baju LinDan

Paling melucukan Hairul Azreen didkwa pakai baju milik versi Lindan. Potongan video dari live tersebut tular di aplikasi tiktok. Dato Lee Chong Wei yang mula perasan menegur logo yang berada di baju Hairul buat dia mengelabah dan cuba untuk menukar dengan baju lain Apa yang lebih melucukan Hairul kembali dengan berselimut penuh untuk menutup baju tersebut buat ramai berdekah Menurut Lee Chong Wei dia tak m4rah, asalkan ada logo Yonex.

VIDEO:

https://youtu.be/SyIR2hq2j6I

Menerusi ruang komen, rata-ratanya terhibur dengan sesi siaran langsung berkenaan. Selain membicarakan mengenai dunia badminton, kebanyakan warganet juga terhibur dengan lawak serta ‘punchline’ oleh bintang-bintang sukan berkenaan.

Chong Wei mohon maaf gagal hadiahkan pingat emas Olimpik

Legenda badminton negara yang juga Chef de Mission, Datuk Lee Chong Wei memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal menghadiahkan pingat emas Sukan Olimpik sepanjang bergelar atlet. Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Chong Wei berkata, dia sudah berjuang bermat1-mat1an bagi memenangi emas sulung Olimpik buat kontinjen Malaysia selepas tiga kali kecundang di Beijing 2008, London2012 dan Rio 2016.

Katanya, selepas penampilan pertama di Olimpik Athens 2004 yang menyaksikan dia tewas di pusingan kedua, bekas pemain nombor satu dunia itu memberitahu yang dia bertekad untuk meraih emas selepas melihat aksi rakan baiknya dari Indonesia, Taufik Hidayat yang bermat1-mat1an berjuang untuk muncul juara pada edisi berkenaan.

“Tetapi ‘turning point’ Chong Wei adalah apabila saya tengok perlawanan akhir kawan baik saya, Taufik melawan Seung Mo. Tidak pernah saya tengok Taufik main sebegitu mat1-mat1an! Lagilah tak pernah tengok Pak Taufik menitis air mata sebegitu di gelanggang. Saatnya Lagu Indonesia Raya dilaungkan dan bendera Indonesia dinaikkan semasa upacara hadiah, sekali lagi Taufik menangis dengan emosi kebanggaan. Chong Wei yakin saat itulah antara saat paling bangga Taufik dalam kerjayanya,” katanya.

Dia yang mengumumkan persaraan pada Julai 2019 berkata, sejak itu dia bersungguh-sungguh menjalani latihan bagi memenangi emas Olimpik. “Chong Wei mahu pingat emas Olimpik. Chong Wei mahu bendera Malaysia dikibarkan. Chong Wei mahu sangat lagu “Negaraku” berkumandang di pentas Olimpik. Setiap hari latihan bermat1-mat1an. Bangun paling awal, balik paling lambat. Arak tak pernah sentuh. Rokok pantang dicuba. Makan pun jaga. 2008 di Beijing, Lin Dan di belakang ribuan sokongan penonton tempatan. Terlalu handal. Tidak apa. Cuba lagi empat tahun lagi. 2012 di London, Lin Dan lagi (siot betul)! Kali ini sengit. Chong Wei menghabiskan segala tenaga yang ada. Sampai kosong gas tong. Rubber game, kalah 21-19. Tidak putus asa. Nak lagi, empat tahun lagi.

“2016 di Rio, kali ini saya menang Lin Dan. Tapi emas tetap tidak kesampaian. Badan sudah ibarat kata Malaysian… koyak. Kalah pula kepada Chen Long di final. Tapi hati masa tu masih tidak mahu putus asa. Mahu cuba sekali lagi di Tokyo. Selepas itu, anda semua tahu apa yang berlaku. Minta maaf Malaysia. Sangat-sangat minta maaf. Tidak terdaya membawa balik pingat rahmat itu untuk rakyat Malaysia,” katanya. Chong Wei turut meniupkan kata-kata semangat kepada barisan atlet negara yang akan beraksi di Tokyo untuk melakukan yang terbaik demi Malaysia. Sumber : gempak

 

Disebabkan Lee Zii Jia mengadu tiada nasi lemak ketika kuarantin. Kali ni Lee Zii Jia dikejutkan dengan ini pula sampai buat dia terkedu.

Sebaik saja tiba di Malaysia pada 2 Ogos lepas, atlet badminton negara, Lee Zii Jia mengakui dia merindui nasi lemak dan telah meluahkan rasa kecewanya apabila hotel yang menjadi tempat kuarantin selepas pulang dari Tokyo tidak pula menyediakan nasi lemak. Lee Zii Jia kemudian menerusi instastory memberitahu yang dia telah memilih untuk memesan nasi kandar sebagai ganti kepada nasi lemak yang tak ada di menu pesanan.

Mintak satu dapat tiga bungkus terus! 

Namun tidak pula Lee Zii Jia sangka, rungutannya di instastory tiba-tiba mendapat perhatian ramai selepas dia menerima bukan satu tapi tiga bungkus nasi lemak terus! Amboi!  Menurut atlet ini, dia sendiri pun tidak tahu siapa yang memesan ketiga-tiga nasi lemak tersebut tetapi dia akan cuba menghabiskannya jika terdaya.

Alamak… saya tak taulah siapa yang order ni. Adui, saya minta satu je nasi lemak, dia datang satu… dua… tiga!  “Lepas tu macam mana nak habiskan? Adoi… Anyway thank you very much. Saya akan try my best untuk habiskan semua ya,” katanya.

“Tiba-tiba aku pulak craving nasi lemak” 

Video yang dikongsikan ke TikTok itu mendapat 14.1k likes dan rata-rata warganet mengakui cair dengan cara Lee Zii Jia bertutur dalam Bahasa Malaysia. Peminat atlet tersebut juga memuji sikap Lee Zii Jia yang tidak mengecewakan hati pihak yang memberikannya nasi lemak tersebut kerana dia berjanji akan cuba menghabiskannya jika boleh. Okay lepas ni ramailah ye yang belajar nak buat nasi lemak tu… Anyway welcome home Lee Zii Jia! Sumber : Lobak Merah

Chef Wan kritik busana atlet negara di Olimpik Tokyo. Sekali ini penjelasan Chef Wan yang buat dia rasa tak puas hati.

Lain orang, lain pendapat. Begitu juga dengan cef selebriti Datuk Chef Wan yang lantang menyuarakan kritikan peribadi terhadap busana delegasi atlet negara ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun malam tadi sebagai langsung tidak menarik dan kelihatan murahan.

Selain nampak serabut atau cacamarba, Chef Wan turut melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan panduan warna kuning dan merah.

“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah,” katanya. Cef berusia 63 tahun itu berkata, Malaysia sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain boleh diketengahkan kepada dunia.

Saranannya, memandangkan acara tersebut diadakan lima tahun sekali, jadi tidak salah sekiranya usaha lebih diberikan terhadap rekaan kostum atlet negara dengan membuka undian kepada pereka tempatan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Paling tidak satu dunia tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah. Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah pusing situ juga,” ujarnya. Di sebalik ‘hentm4nnya’, cef selebriti itu pada masa sama tidak lupa menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi membrv pingat emas.

“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara. Sangat berbangga dengan pencapaian dan peng0rbn4n mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah. Acara tersebut menyaksikan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying. Warna pakaian kontinjen negara diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Sumber – K! ONLINE

Ada individu yang telah dikompaun berpunca daripada program bantuan bank makanan. Ini penjelasan dari PDRM.

Polis mengesahkan terdapat pelngg4ran prosedur operasi standard (SOP) ketika pengagihan bantuan bank makanan di Sungai Siput, di sini, yang menyebabkan pemilik perniagaan dan rakannya masing-masing dikompaun RM1,500, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, program berkenaan menyebabkan ramai orang berkumpul dan tiada penjarakan fizikal.

“Beliau (penganjur) sudah ke pejabat daerah untuk memohon kebenaran bagi melakukan sumbangan bank makanan dan pejabat daerah memaklumkan tidak perlu kebenaran kerana konsep bank makanan hanya perlu meletakkan makanan di mana-mana dan orang akan ambil. Namun kesalahan yang dilakukan apabila beliau mengumpulkan orang di lokasi tersebut ibarat pengagihan makanan secara terbuka sehingga melngg4r SOP walaupun pihak polis telah mengarahkan mereka beredar tetapi masih berdegil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Khaizam mengulas isu yang tular di media sosial mengenai pemilik perniagaan itu yang memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, tetapi dikompaun sehingga mengundang kemarahan dan kritikan warga maya selain menuntut penjelasan pihak berkuasa. Katanya, pihaknya tidak melarang tindakan seseorang untuk menyalurkan bantuan makanan kerana ia satu perkara yang murni terutama ketika negara kini masih lagi dilanda pandemik Covid-19.

“Saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan atas tindakan pihak polis kepadanya. Tambahan pula isu yang dibangkitkan ini telah berlaku pada Jun lepas. Saya rasa ini karut kerana setelah sebulan baru hendak bangkitkan,” katanya.

Katanya, pihak terbabit boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Media sebelum ini melaporkan seorang pemilik perniagaan dan rakannya didenda RM1,500 seorang pada 5 Jun lalu kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika mengagihkan bantuan makanan. Sumber : hmetro