Hanya berhak dapat yang terbaik. Hari jadi pertama anak Rizman meletup habis. Mira Filzah tak dapat bayang sambutan ke 18.

Sebut sahaja Rizman Ruzaini, pasti ramai mengenali dengan dua pereka hebat ini. Jadi tidak mustahil lah dapat melihat majlis sambutan anak perempuan Rizman Nordin ini kelihatan sangat menarik.

Menerusi perkongsian isteri Rizman Nordin, Nurida Suraya kelihatan anak perempuan mereka yang mesra disapa Rizqaa ini menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya.

Selepas mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019, semakin ceria pasangan ini selepas dikurniakan seorang cahaya mata pada 2 September tahun lalu.

Walau bagaimanapun, dalam pada seronok menyaksikan video momen bahagia Rizman Nordin dan Nurida Suraya menyambut ulang tahun anak kesayangan mereka itu, rata-ratanya juga tertarik dengan dekorasi di majlis.

Mana tidaknya, dengan hiasan kek bertingkat-tingkat dan dekorasi yang mewah serta sangat sesuai untuk anak perempuan, sehingga Mira Filzah juga tertarik dan tidak dapat membayangkan jika anak Rizman Nordin menyambut ulang tahun kelahiran ke-18.

Video yang dimuat itu bagaimanapun turut dihujani dengan bermacam-macam reaksi ramai diruangan komen disamping rata-rata warganet tidak melepaskan peluang untuk mengucap selamat buat puteri pereka terkenal ini.

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Amyra Rosli bakal ganti tempat Mira Filzah. Siap yakin bakal berikan kelainan selepas ini.

Amyra Rosli menggantikan Mira Filzah sebagai pengacara Nona yang baharu. Selepas tiga tahun pelakon popular Mira Filzah mengendalikan program Nona di TV3, kini aktres Amyra Rosli diumum sebagai pengacara baharu program berkenaan bermula 8 Ogos depan.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 30, dia berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengalas tanggungjawab besar sebagai pengacara buat pertama kali. Kata Amyra lagi, tawaran yang diterima juga dianggap sebagai impian yang menjadi kenyataan.”Pertama kali menerima tawaran ini saya sangat terkejut sebab semua orang tahu Nona ni program yang sangat besar. Sejak dulu saya memang pasang impian untuk menjadi seorang pengacara tapi ilmu tu belum cukup.

Amyra Rosli janjikan akan tampil dengan karakter yang berbeza.

“Sekarang apabila ditawarkan menjadi pengacara Nona, perasaan takut tu saya dah buang dan cabar diri saya,” katanya. Amyra ditemui pada sidang media pengumuman hos baharu Muzik-muzik, Melodi dan Nona yang diadakan secara maya pada Isnin. Selain penyertaan Amyra di TV3, penyanyi Sissy Iman bakal menggantikan Daiyan Trisha mengacarakan Muzik-Muzik bersama Alif Satar, manakala Nabila Huda menggantikan Janna Nick dan Awal Ashaari di Melodi.

Saya akan kekalkan keanggunan tapi sedikit cheeky character macam borak santai.

Sementara itu Amyra berkata, dia akan membawa program tersebut dengan caranya tersendiri selain memberi sedikit kelainan berbanding pengacara sebelum ini. “Untuk pertama kali memang akan nervous. Saya banyak buat research tentang program Nona dan macam mana pengacara menyampaikan idea. Semua orang tahu pengacara Nona elegan, anggun. Tapi kali ini ada kelainan sikit, saya akan kekalkan keanggunan tapi sedikit cheeky character macam borak santai. Supaya lebih dekat kepada penonton,” ujarnya.

Mira Filzah berkhidmat sebagai pengacara Nona selama tiga tahun bermula 2018. Amyra Rosli akan mula bersiaran dalam rancangan Nona bermula 8 Ogos depan. Terdahulu program tersebut dikendalikan oleh pelakon Mira Filzah selama tiga tahun bermula pada 2018. Program Nona pernah dikendalikan nama-nama besar sejak mula bersiaran pada 1991 antaranya Puan Seri Normala Shamsudin, Datin Sri Norjuma Habib, Maya Karin, Vanida Imran, Farah Fauzana, Neelofa, dan Fouziah Ghous.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mira Filzah dedah rancang namakan anaknya dengan pangkal W. Namun ini antara beberapa nama yang jadi pilihannya.

Pelakon Mira Filzah mendedahkan dia merancang untuk menamakan anaknya dengan pangkal W. Perkara itu dijawab pemilik nama penuh, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, kepada peminatnya menerusi Instagram Story­nya semalam. Dalam perkongsian itu, seorang pengguna Instagram bertanyakan pangkal huruf yang akan diberikan kepada bakal anak pelakon itu kelak.

“Sudah pastinya nama bayi kami akan bermula dengan huruf ‘W’. Insya-Allah, semua nama anak saya dan Wan Emir (Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar) akan bermula dengan huruf ‘W’,” kata pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu.

Dalam pada itu, isteri kepada arkitek berusia 30 tersebut turut menyenaraikan beberapa nama pilihannya untuk bayi mereka. “Wan Namiera, Wan Naiela, Wan itu dan Wan ini,” katanya. Rata-rata warganet berpendapat Mira Filzah seperti memberi bayangan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu bagaimanapun setakat ini belum menunjukkan tanda-tanda dia hamil. Mira dan Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd. Yazid bernikah pada 3 September lalu selepas hampir setahun berkenalan.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!