Tak sangka ini yang berlaku selepas Polis Selangor bantu JAIs untuk cari Sajat di banglonya

Pencarian Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih diteruskan selepas gagal menemui usahawan kosmetik itu di banglo mewah miliknya di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

Terbaru, memetik laporan Kosmo! Online, pihak polis sedia membantu bagi menjejaki usahawan berusia 36 tahun tersebut yang dipercayai sedang bersembunyi.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kita sedia bantu,” katanya ringkas menerusi laporan Kosmo! Online.

Terdahulu, Sajat dikenakan war4n tangk4p selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya Selasa lalu berhubung isu berpakaian wanita pada 2018.

Malah, penyanyi lagu Bobo Dimana itu juga sempat memuat naik beberapa posting berbaur si1ndiran di laman Instagram dipercayai ditujukan kepada penguat kuasa JAIS sebelum akaun miliknya dinyahaktifkan.

Sumber:Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di FacebooK Media Bawang

Sumber : https://www.mymetro.kini.blog/