Terkini!! Tidak Sedarkan Diri Selepas Terbabit Kemal4ngan,Penyanyi Sandra Dianne meninggaii dunia

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Pemergian Sandra, 26, yang juga salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, dimaklumkan penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid melalui entri di Instagram, kira-kira jam 1.20 pagi.

Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri, Sandra meninggal dunia di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. Foto NSTP
Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri, Sandra meninggal dunia di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. Foto NSTP

Sufie menulis:

“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.

“Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart (anda sahabat yang baik dan berhati mulia).

Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid
Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid

“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana… Innalillahiwainnailaihirojiun.”

Sabtu lalu, Allahyarham Sandra yang popular dengan lagu Hey! Kau terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

SUMBER

Penyanyi Sandra Dianne tak sedar diri akibat kemalangan

KUALA LUMPUR: Peserta program realiti Big Stage 2020, Sandra Dianne dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Putrajaya, petang semalam.

Wakil syarikat rakaman Sony Music, Vea memberitahu, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau! ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya.

“Ketika kejadian, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menghadiri latihan konsert mingguan Big Stage.

“Kami belum mendapat butiran terperinci bagaimana nahas itu berlaku. Kami masih menanti penjelasan doktor mengenai keadaan Sandra. Apa yang dikhabarkan, Sandra masih belum sedarkan diri.

Sandra dan sepupunya ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan menghadiri sesi latihan konsert mingguan Big Stage 2020 di Putrajaya, semalam. Foto IG Sandra Dianne
Sandra dan sepupunya ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan menghadiri sesi latihan konsert mingguan Big Stage 2020 di Putrajaya, semalam. Foto IG Sandra Dianne

“Keluarga Sandra ada menemaninya di hospital,” katanya kepada BH Online.

Vea meminta peminat mendoakan kesejahteraan penyanyi yang berasal dari Sabah itu.

“Doakan Sandra agar segala-galanya dipermudahkan,” katanya.

Sumber: Berita Harian