“Saya h1lang dua anak”. Ibu sebak keh1langan 2 anak serentak. Sempat tunaikan permintaan terakhir

“ARW4H beritahu dia balik semata-mata sebab nak makan satay ‘air tangan’ saya dan saya sempat penuhi permintaan terakhir arw4ah,” kata ibu kepada dua beradik yang m4ut dalam kem4langan di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, Pahang, semalam.

Rahimah Yusoff, 75, berkata anaknya, Roziah Mohamed Yusof, 22, pulang ke kampung bersama abangnya, Mohamed Rozuan, 32, pada 13 Ogos lalu dan bertolak semula ke Kuala Lumpur jam 2 petang semalam.

Katanya, mereka hanya pulang sekejap dan Roziah dari awal lagi memintanya membuat satay kerana mengidam air tangan ibunya.

“Anak-anak semuanya manja dengan saya, terutamanya Adik (Roziah), saya tak jangka akan kehilangan dua anak serentak.

“Sebaik menerima berita kemal4ngan yang menimpa mereka malam tadi, kami sekeluarga terus bergerak ke Pahang,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Jering, Jeli, Tanah Merah.

Jenaz4h dua beradik itu selamat tiba dengan dua van jenazah Hospital Kuala Lipis pada 5.40 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Jering dalam satu liang.

Sementara itu, isteri Mohamed Rozuan, Nor Hafida Abdul Rahman, 32, paling sebak ketika mengiringi jenaz4h suami dan adik iparnya.

Mohamed Rozuan meninggalkan isteri dan dua anak yang masih kecil, Nurul Rania, 6, dan Nurul Raina, 3.

Dalam kejadian 6.40 petang semalam, Mohamed Rozuan dan adiknya, Roziah m4ut bersama rakannya, Faizul Idzafi Azmi, 34, apabila Proton Wira naiki bertembung dengan lori muatan kelapa sawit dari arah bertentangan.

Seorang lagi rakan mereka, Mohd Zulhelmi Mustafa, 25, daripada Kampung Gong Tok Pek, Keluang, Kampung Raja, Terengganu ced3ra par4h dan mendapatkan raw4tan di Hospital Kuala Lipis.

Sumber:HM/kisahbena