“Cantik T@k Semestinya Pvtih…” Dayang Nurfaizah

Penyanyi Dayang Nurfaizah akui tidak akan mengubah wajah serta warna kulitnya untuk kelihatan lebih cerah.

Malah menurut Dayang, dia akan mengelak untuk menggunakan produk pemutihan kulit.

“Setakat ni saya tidak ada keinginan untuk memutihkan kulit atau mengubah wajah kerana saya bimbang bila perubahan itu akan menjadi tidak sempurna serta memberi kesan kepada kulit dan bentuk wajah saya.

“Saya paling tidak gemar dengan produk pemutihan atau pencerahan kulit kerana bagi saya apa yang penting kulit wajah yang sihat kerana cantik tak semestinya perlu berkulit putih. Lagipun saya selesa dengan warna kulit saya.

“Malah bila saya menggunakan solekan, saya akan pastikan warna kulit saya tidak berubah dan fungsi solekan hanya untuk memberi seri pada wajah bukan untuk mengubah atau melindungi cacat cela muka,” katanya

Dayang ditemui ketika pelancaran mengumumkannya sebagai duta kepada produk kecantikan Bungaa di Royale Chulan Damansara, semalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Media Bawang

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Kata pelantun lagu Lelaki Teragung itu lagi, kecantikan datang dari kulit yang sihat dan keyakinan diri.