DIkritik teruk gara gara terbang ke luar negara. Ketahuilah ini fakta tentang ibu mertua Nora Danish. Rupanya dia bukan calang calang orang.

Jika bercakap mengenai Datin Seri Haflin Saiful, pasti ramai yang tidak tahu terdapat beberapa fakta menarik di sebalik figura ini. Ketepikan segala kontroversi yang melanda, kami bawakan 7 trivia mengenai superwoman ini!

1. Isteri Kepada Datuk Seri Nazri Aziz

Benar, Haflin Saiful kini bergelar isteri kepada menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dimana berdasarkan pelbagai sumber mereka telah berkahwin pada Ramadhan 2014 yang lalu.

2. Mempunyai Jenama Pakaian Sendiri

Diam-diam ubi berisi, siapa sangka Haflin turut mempunyai jenaman pakaiannya sendiri iaitu Haflins. Tidak hairanlah beliau sering kali terbang ke kota fesyen luar negara bagi mencari pelbagai inspirasi jenama pakaiannya.

3. Fashionista!

Sebelum bergelar isteri kepada VVIP lagi, Haflin sudah mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen. Lihat saja pada penampilannya, so hot, so gorgeous!

4. Sahabat Karib Datin Ezurin Yaakob

BFF Relationship goals mungkin boleh diumpamakan pada persahabatan Haflin dan Datin Ezurin Yaakob. Kedua-duanya mempunyai minat dalam dunia fesyen dan turut dilihat menghadiri pertunjukan fesyen Stella Mccartney bersama-sama.

5. Mempunyai Tali Pinggang Hitam Taekwando

Di sebalik perwatakannya yang kelihatan begitu feminin, Haflin terlebih dahulu mencvri perhatian dan memberi inspirasi apabila beliau mempunyai kemahiran mempertahankan diri, Taekwando serta memperoleh tali pinggang hitam dalam seni ini.

6. Pengacara Salam Bollywood

Tidak kenal siapakah Haflin? Apa kata anda throwback kembali rancangan Salam Bollywood. Benar, itulah Haflin sebelum bergelar isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.

7. Villa Danialla Milik Keluarga Haflin

Jika bercakap mengenai Villa Danialla di Tok Bali, Kelantan pasti ramai yang begitu teruja untuk kesini. Untuk pengetahuan anda, villa yang tular ini adalah milik keluarga Haflin dan selain itu beliau turut menguruskan bisnes dan syarikat IT Megatron Sdn BhdKedai Makan dan Restoran Red Warror Station di Kota Bahru Kelantan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : murai.my via TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nekad hantar anak pergi sekolah. Ramai yang tak senang duduk bila isteri kepada ahli politik ni terbang ke luar negara lepas kerajaan umumkan pkpd.

Kes harian Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan semula selepas beberapa minggu berada di angka bawah 6,000 kes. Oleh itu, pihak kerajaan mengambil langkah lebih ketat dengan mengumumkan Perintah KawaIan Pergerakan Diperketat (PKPD) dibeberapa kawasan yang mempunyai kes positif harian tinggi seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Boleh ke pergi ke luar negara? Namun begitu, disebalik kegusaran dan kesusahan rakyat Malaysia, tuIar di media sosial apabila ada akaun Twitter memaklumkan seorang isteri kepada ahli poIitik sedang ‘terbang’ ke luar negara bersama anaknya.

Menerusi ruangan komen di Twitter milik @meinmokhtar, isteri kepada ahli poIitik berkenaan dipercayai menghantar anaknya berusia 5 tahun untuk belajar di Perancis. Beliau turut memuat naik beberapa perkongsian di media sosialnya menunjukkan kegembiraan mereka yang berada di dalam pesawat. Hantar anak pergi sekolah katanya

Hal ini membuatkan warganet mulai tinggalkan komen dengan berasa tidak puas hati melihat perkongsian berkenaan. Hal ini berikutan negara masih berada dalam situasi ‘total Iockdown’ dan rakyat juga tldak dibenarkan kemana-mana. Kenapa suka sakitkan hati rakyat?

Jnganlah kritik beliau. Walau bagaimanapun, menerusi Instagram isteri ahli poIitik berkenaan, beliau ada mempersoalkan mengapa warganet mengkritik sedangkan beliau tldak mempunyai kuasa. Jadi, beliau meminta agar orang ramai mengkritik mereka yang mempunyai kuasa dan bukan dirinya.

Sumber: Twitter @meinmokhtar ,omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://dbongkar.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Seronoknya boleh tengok orang luar tarik beg untuk pergi bercuti. Rakyat dah mula cemburu bila tengok ada pelancong dah boleh mula masuk Phuket.

Sejak semalam, tular beberapa gambar memaparkan kegembiraan pelancong dari beberapa negara tiba di Pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket. Selepas lebih setahun ditutup ekoran pandemik Covid-19, Phuket akhirnya dibuka kepada pelancong asing.

Difahamkan, pelancong yang masuk ke Phuket tidak perlu lagi menjalani kuarantin sekiranya mereka sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 lengkap. Suntikan itu perlu lah sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari dan hasil ujian saringan wajib negatif ketika tiba di negara ini.

Presiden Persatuan Pelancongan Thailand, Bhummikitti Ruktaengam berkata, pelancong perlu menunggu keputusan ujian saringan di dalam bilik hotel dan sekiranya negatif, mereka bebas bergerak di seluruh Phuket.

“Jika mereka ingin mengunjungi bahagian lain di Thailand, mereka perlu duduk di Phuket sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu,” katanya. Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di beberapa platform media sosial, waranet Malaysia dilihat agak sedih apabila tidak dapat menyertai pelancong negara lain ke Phuket.

“Bestnya tarik beg luggage bercuti, lama tak merasa” “Bila lah Malaysia nak kurang kes ni, aku dah rindu nak travel, travel dalam negara pun jadilah,” tulis beberapa warganet. ifahamkan, Phuket menjadi wilayah pertama di Thailand yang menerima kunjungan pelancong asing tanpa keperluan kuarantin.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Terengganu benarkan solat jumaat solat aidiladha dan ibadah korban sebab kes covid terkawal.

Bermula hari esok, negeri Terengganu membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja. Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut.

“Kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa COVID-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Begitu juga dengan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Solat fardhu berjemaah masih dihadkan 12 orang

Sementara itu, bagi solat fardhu secara berjemaah di masjid dan surau pula, bilangan jemaah yang dihadkan masih kekal 12 orang. Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.

Korban dan akikah dibenarkan bersyarat

Dalam pada itu, Osman berkata, pelaksanaan ibadah korban dan akikah adalah dibenarkan di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPV) atau rumah penymblihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV, perkarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Jumlah haiwan korban dihadkan kepada 5 ekor haiwan sahaja sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penymblihan yang dibenarkan manakala jumlah petugas perlulah tidak melebihi 10 orang. Untuk rekod, Terengganu dikategorikan antara negeri yang mempunyai kes positif COVID-19 terendah di Malaysia dengan bilangan sebanyak 50 kes, pada hari ini.

Sumber: Astro Awani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.