Ramai yang masih takut untuk terima vksin dengan hasutan dari golongan antivax. Namun ini risiko untuk individu yang masih berdegil.

Satu kajian terbaharu daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa individu yang belum divaksin adalah 11 kali ganda lebih berisiko untuk hilang nyawa akibat Covid-19. Menerusi data yang dibentangkan oleh Pengarah CDC, Dr. Rochelle Walensky itu, s3rangan varian Delta yang kini menjadi varian dominan di AS menyumbang kepada lonjakan kes terutamanya dalam kalangan mereka yang belum divks1n. Walensky berkata, mereka yang tidak menerima pelalian juga berisiko dijangkiti virus bahaya itu sebanyak 4.5 kali lebih tinggi berbanding penerima lengkap vks1n.

“Perkara paling penting diperoleh daripada kajian ini adalah kita mempunyai senjata sains yang diperlukan untuk mengubah keadaan semasa. Vaksin berkesan untuk melindungi diri daripada komplikasi serius jika dijangkiti Covid-19. Ia akan melindungi anak-anak kita dan membolehkan mereka kembali belajar secara bersemuka di sekolah,” kata Walensky.

Kajian itu melibatkan hampir 600,000 kes di 13 negeri di AS dari 4 April hingga 17 Julai lepas yang menunjukkan hubung kait antara status vaksinasi dengan kesan jangkitan Covid-19. Sementara itu, satu lagi keputusan kajian berasingan yang dijalankan oleh CDC menunjukkan bahawa vks1n Moderna dipercayai paling berkesan untuk mengelakkan jangkitan serius yang memerlukan rawatan hospital.

Keberkesanan vks1n dalam kalangan penerima Moderna adalah sebanyak 95 peratus, diikuti dengan vks1n Pf1z3r iaitu 80 peratus dan Johnson & Johnson selaku suntikan dos tunggal yang meningkat kepada 60 peratus. Secara keseluruhannya, keberkesanan vks1n dalam mencegah kes kemasukan ke hospital adalah 86 peratus. AS kini melaporkan sekitar 136,000 kes baharu CvdI9 sehari dengan lebih 11,000 kemasukan ke hospital dan catatan 1,000 kehilangan nyawa setiap hari. Berdasarkan laporan, 90 peratus daripada mereka yang dirawat di hospital ialah golongan yang tidak menerima vks1nasi dan kadar itu adalah 10 kali ganda berbanding mereka yang telah menerima pelalian penuh. Sumber – AGENSI

Tular keadaan PPV Walk In di Thailand semata mata demi vaksin. Sekali ini respon warganet nak tunggu 1 Ogos ini.

Disebabkan peningkatan jumlah jangkitan wabak COVID 19 lebih daripada 10,000 kes dalam masa seminggu di Thailand, rakyatnya kini sedang dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan vaksin wabak berkenaan. Menerusi sebuah video yang viral di Twitter, ratusan orang awam dilihat berpusu-pusu memasuki pusat pemberian vaksin secara walk-in yang diadakan di salah satu wilayah di negara tersebut.

Bang Sue Vaccination Centre di Wilayah Chatucak, Bangkok ini seharian dipenuhi orang ramai selepas penduduk mengambil kesempatan untuk travel ke ibu negara bersempena cuti umum demi mendapatkan vaksin. Pada asalnya, pusat pemberian vaksin ni katanya untuk walk in warga emas dan penduduk daerah lain yang dah pre-booked sebelum ni. Tapi tiba-tiba pusat ni jadi penuh sebab ramai penduduk dari daerah lain datang ke Bangkok semata-mata nak dapatkan vaksin.

“Berdiri 5 minit pun dah berisiko, inikan pula berdiri untuk 1-2-3 jam” . Malah salah seorang warganet di Thailand juga telah meluahkan rasa kekecewaannya kerana terpaksa menanti berjam-jam lamanya demi mendapatkan vaksin. Situasi itu juga katanya berbahaya kerana ramai yang berdiri berhimpit secara dekat dan dibimbangkan bakal menyebarkan wabak COVID 19.

Berdiri selama 5 minit pun dah berisiko. Inikan pula terpaksa berdiri selama lebih 1-2-3 jam lamanya, dan dalam tidak jelas situasinya,” kata tweet tersebut. Menurut laporan, ada di antara yang hadir siap merayu lagi demi ingin mendapatkan vaksin.

“Harap pemberian secara walk in nanti tak jadi macam ni” 

Video yang viral ini telah mendapat respon warganet di Malaysia yang bimbang pada 1 Ogos nanti situasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan dipenuhi orang ramai kerana diadakan secara walk in.  Ramai yang berharap kerajaan dan pengurusan di PPV bijak dalam mengawal crowd agar situasi tidak berubah menjadi apa yang berlaku di Thailand. Takutnya tengok orang ramai-ramai macam tu. Harap di Malaysia terkawallah situasi.

Sumber : Lobak Merah

Terkini ppv idcc Shah Alam diarahkan tutup hari ni lepas ada petugas yang positif covid 19. Rupanya ini punca buat orang ramai tak senang duduk.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada Selasa, 13 Julai 2021. Ia dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan rasmi ekoran kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas di PPV berkenaan.

Menurut CITF, keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian COVID-19 malam tadi dan kerja-kerja sanitasi akan dijalankan. “Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.

“Langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan,” kata kenyataan terbabit.

Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan COVID-19 sekiranya bergejala.

Janji temu yang diberi pada hari ini juga akan dijadualkan semula kepada satu tarikh baru yang akan dimaklumkan secepat mungkin. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-889 34303.

Kes makin hari meningkat. Terkini keadaan sesak di Cac Stadium Malawati bila dikunjungi hampir 4000 pesakit covid 19 termasuk bayi dan kanak kanak.

Semakin meningkat dan terus meningkat… Individu yang positif COVID 19 hari ini dilihat berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih dari 500 meter untuk melapor diri ke Pusat Penilaian COVID 19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Malaysia Gazette, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak dan bayi yang juga positif COVID 19 terpaksa beratur sama dalam keadaan panas terik semenjak dari jam 11 pagi tadi.

Menerusi gambar yang diperolehi dari portal berita tersebut, orang ramai dilihat beratur hingga ke parkir kenderaan bersebelahan stadium. Hanya sebuah khemah putih saja dilihat menempatkan individu yang alami sesak nafas dan alami simptom serius akibat wabak itu.

Malah pengunjung juga dilihat sudah bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing, seolah-olah tahu yang mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin nanti. 4,000 pengunjung hadir, di luar kemampuan petugas kesihatan

Menurut petugas kesihatan yang terlibat, lebih 4,000 orang pengunjung telah hadir ke CAC Stadium Malawati dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ini. Ini sebenarnya telah melebihi kapasiti harian yang mana CAC tersebut boleh menerima antara 1,000 ke 1,5000 pengunjung, yang mana perkara ini jelas-jelas di luar kemampuan mereka.

Disebabkan jumlah pengunjung yang makin bertambah, petugas di CAC itu juga dilihat mula mengagihkan makanan dan minuman kepada mereka yang hadir kira-kira jam 11.45 pagi tadi bagi meredakan keadaan. Aduhai kasihan pula… nampaknya dah boleh expect peningkatan dalam kes dua ke tiga hari ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.