Akhirnya individu keempat Fenomena Kepala Air telah dijumpai. Faizal Ohir telah pun dijumpai.

Yan: Mngs4 bnjir keempat yang ha.nyut di Titi Hayun di sini, ditemui telah pergi buat selamanya hari ini, lima kilometer dari lokasi dia diIapor hiIang. Ketua PoIis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, my4t ditemui pasukan penyeIamat pada 3.10 petang di kwasan Keda Sungai Udang. Katanya, mngs4 dikenali Faizal Ohir, 28, yang menetap di Kampung Tlti Teras, di sini.

“Penemuannya menjadikan keseluruhan empat orang pergi buat selamanya, seorang ditemui seIamat dan dua lagi masih hiIang. 0perasi mencari dan menyeIamat (SAR) masih diteruskan di sekitar Tlti H4yun,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah 0perasi Jabatan B0mba dan PenyeIamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, SAR dijalankan pada jarak enam hingga tujuh kilometer dislfatkan penyeIamatan yang svkar kerana perlu membersihkan slsa bnjir secara berhati-hati.

Katanya, ada kemungkinan mngs4 tertimbus dalam timbunan kayu, pokok dan lumpur yang memerlukan pencarian teliti, selain pihaknya turut menggunakan khidmat Unit Anjlng Pengesan K9 JBPM. “Ketika SAR mngs4 kedua di Gnung Jerai malam tadi (semalam), anggota berdepan kesvkaran apabila keadaan geIap, berlumpur dan permukaan licin,” katanya yang memberitahu gergaj1 berntai turut digunakan untuk mem0tong dahan p0kok yang menghaIang pencarian.

Beliau memaklumkan akan menambah khidmat anj1ng pengesan bagi mencari dua lagi mngs4 yang masih hiIang. Sumber: hm Via dbongkar

Fenomena Kepala Air landa banjir di beberapa kawasan ini. Sampai macam ni sekali keadaannya.

Penduduk di lebih 10 kampung dan banyak taman perumahan di sekitar Yan, Gurun dan Tupah dilanda b4njir kil4t ekoran dari fen0mena kep4la air dari beberapa kawasan peranginan air terjun di kaki Gunung Jerai,Kedah petang tadi. Difahamkan kawasan peranginan yang dimaksudkan ialah Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar.

Menurut Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang kebetulan tinggal di kawasan itu, kejadian tersebut berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.

“Dari pagi hujan lebat di atas Gunung Jerai, namun di bawah ini hujan tidak begitu lebat.” Secara tiba-tiba, dalam pukul 3 petang, kepala air berlaku di kawasan air terjun termasuk di Pusat Peranginan Seri Perigi. Air sangat kuat dan deras, sehingga mer0sakkan kawasan itu” katanya dipetik dari Awani. Video dan foto kejadian turut tular di media sosial dikongsikan penduduk-penduduk di kawasan berhampiran yang turut terjejas.
Video :

http://href=”https://twitter.com/i/status/1427947736821760005″>https://twitter.com/i/status/1427947736821760005

Perkongsian :

http://href=”https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/4669037749815548″>https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/4669037749815548

Menerusi laporan seorang penduduk di Kampung Perigi, Zamzurina Ab. Rahman, 45, memberitahu dia yang berada di ruamh secara tiba-tiba terdengar deruan air kuat dari kawasan Seri Perigi pada jam sekitar 3.30 petang. Dia kemudian bergegas ke kawasan tersebut yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah nya dan terlihat limpahan air akibat kep4la air yang turun dari air terjun.

“Keadaan air deras yang turun dari kawasan air terjun itu sangat menakutkan yang mana air turut melimpah ke beberapa rumah dan chalet berhampiran,” katanya. Sumber : Buzzkini

Tular kekecohan warga asing kumpul untuk dapatkan vksin. Namun ini penjelasan dari pihak berkuasa.

Kekecohan dan tindakan warga asing berkumpul beramai-ramai di Rumah Prihatin @ Grand Season hari ini untuk mendapatkan sntikan vksin berlaku disebabkan kerana salah faham. Rumah Prihatin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menyediakan perkhidmatan daftar terus (walk-in) vksin untuk bukan warganegara kerana ia telah dilaksanakan di Pusat Pemberian Vksin (PPV) Bukit Jalil. Susulan itu katanya, berlaku ‘rush crowd’ luar biasa di luar jangkaan pihak pengurusan dan penguat kuasa.

“Di peringkat awal, pihak Rumah Prihatin mengambil tindakan bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan. Namun warga asing tersebut tetap tidak mahu bersurai, walaupun telah diberikan arahan dan amaran. Keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan PDRM dan DBKL,” katanya hari ini.

Menurutnya lagi, program vaksinasi berkenaan diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain. Justeru, pihaknya kesal dengan apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dengan bantuan pihak berkuasa bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang penularan satu video memaparkan ratusan warga asing berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk in’ di ibu negara dan didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan. Lebih menakutkan, kumpulan warga asing itu bukan sahaja dilihat gagal menjaga penjarakan sosial ditetapkan, malah ada di antara mereka dilihat seakan-akan ‘berpeluk’ berikutan berada terlalu dekat. Sumber – K! ONLINE

Tular keadaan PPV Walk In di Thailand semata mata demi vaksin. Sekali ini respon warganet nak tunggu 1 Ogos ini.

Disebabkan peningkatan jumlah jangkitan wabak COVID 19 lebih daripada 10,000 kes dalam masa seminggu di Thailand, rakyatnya kini sedang dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan vaksin wabak berkenaan. Menerusi sebuah video yang viral di Twitter, ratusan orang awam dilihat berpusu-pusu memasuki pusat pemberian vaksin secara walk-in yang diadakan di salah satu wilayah di negara tersebut.

Bang Sue Vaccination Centre di Wilayah Chatucak, Bangkok ini seharian dipenuhi orang ramai selepas penduduk mengambil kesempatan untuk travel ke ibu negara bersempena cuti umum demi mendapatkan vaksin. Pada asalnya, pusat pemberian vaksin ni katanya untuk walk in warga emas dan penduduk daerah lain yang dah pre-booked sebelum ni. Tapi tiba-tiba pusat ni jadi penuh sebab ramai penduduk dari daerah lain datang ke Bangkok semata-mata nak dapatkan vaksin.

Video :

https://twitter.com/i/status/1419868006331547656

“Berdiri 5 minit pun dah berisiko, inikan pula berdiri untuk 1-2-3 jam” . Malah salah seorang warganet di Thailand juga telah meluahkan rasa kekecewaannya kerana terpaksa menanti berjam-jam lamanya demi mendapatkan vaksin. Situasi itu juga katanya berbahaya kerana ramai yang berdiri berhimpit secara dekat dan dibimbangkan bakal menyebarkan wabak COVID 19.

Berdiri selama 5 minit pun dah berisiko. Inikan pula terpaksa berdiri selama lebih 1-2-3 jam lamanya, dan dalam tidak jelas situasinya,” kata tweet tersebut. Menurut laporan, ada di antara yang hadir siap merayu lagi demi ingin mendapatkan vaksin.

“Harap pemberian secara walk in nanti tak jadi macam ni” 

Video yang viral ini telah mendapat respon warganet di Malaysia yang bimbang pada 1 Ogos nanti situasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan dipenuhi orang ramai kerana diadakan secara walk in.  Ramai yang berharap kerajaan dan pengurusan di PPV bijak dalam mengawal crowd agar situasi tidak berubah menjadi apa yang berlaku di Thailand. Takutnya tengok orang ramai-ramai macam tu. Harap di Malaysia terkawallah situasi.

Sumber : Lobak Merah

Terkini ppv idcc Shah Alam diarahkan tutup hari ni lepas ada petugas yang positif covid 19. Rupanya ini punca buat orang ramai tak senang duduk.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada Selasa, 13 Julai 2021. Ia dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan rasmi ekoran kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas di PPV berkenaan.

Menurut CITF, keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian COVID-19 malam tadi dan kerja-kerja sanitasi akan dijalankan. “Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.

“Langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan,” kata kenyataan terbabit.

Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan COVID-19 sekiranya bergejala.

Janji temu yang diberi pada hari ini juga akan dijadualkan semula kepada satu tarikh baru yang akan dimaklumkan secepat mungkin. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-889 34303.

Kes makin hari meningkat. Terkini keadaan sesak di Cac Stadium Malawati bila dikunjungi hampir 4000 pesakit covid 19 termasuk bayi dan kanak kanak.

Semakin meningkat dan terus meningkat… Individu yang positif COVID 19 hari ini dilihat berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih dari 500 meter untuk melapor diri ke Pusat Penilaian COVID 19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Malaysia Gazette, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak dan bayi yang juga positif COVID 19 terpaksa beratur sama dalam keadaan panas terik semenjak dari jam 11 pagi tadi.

Menerusi gambar yang diperolehi dari portal berita tersebut, orang ramai dilihat beratur hingga ke parkir kenderaan bersebelahan stadium. Hanya sebuah khemah putih saja dilihat menempatkan individu yang alami sesak nafas dan alami simptom serius akibat wabak itu.

Malah pengunjung juga dilihat sudah bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing, seolah-olah tahu yang mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin nanti. 4,000 pengunjung hadir, di luar kemampuan petugas kesihatan

Menurut petugas kesihatan yang terlibat, lebih 4,000 orang pengunjung telah hadir ke CAC Stadium Malawati dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ini. Ini sebenarnya telah melebihi kapasiti harian yang mana CAC tersebut boleh menerima antara 1,000 ke 1,5000 pengunjung, yang mana perkara ini jelas-jelas di luar kemampuan mereka.

Disebabkan jumlah pengunjung yang makin bertambah, petugas di CAC itu juga dilihat mula mengagihkan makanan dan minuman kepada mereka yang hadir kira-kira jam 11.45 pagi tadi bagi meredakan keadaan. Aduhai kasihan pula… nampaknya dah boleh expect peningkatan dalam kes dua ke tiga hari ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.