Ini Sbab Rakyat Indonesia Berdem0nstrsi

ASIA TENGGARA: Indonesia kini sedang melalui fasa geet1r ak1bat dem0nstrasi besar-besaran sebahagian rakyatnya yang didakwa menntang pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Omnibus Law Cipta Kerja (Ciptaker).

Kerajaan sebelum itu berkata, undang-undang tersebut dilaksana bagi membantu memulihkan semula ekonomi Indonesia yang telah lemah akibat pandemik CoV-19.

Berdasarkan laporan BBC, RUU tersebut bertujuan untuk meringankan undang-undang perniagaan, buruh dan alam sekitar di Indonesia yang kompleks dalam usaha menarik pelaburan asing dan merangsang ekonomi negara.

Pada Januari lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo memaklumkan, undang-undang tersebut adalah untuk menghapvskan masalah serta membuka peluang ekonomi yang lebih banyak kepada pelaburan asing.

Posted by 20detik on Rabu, 7 Oktober 2020

“Kami ingin memudahkan proses birokrasi dan perlesenan, kami mahu cepat. Oleh itu penyelarasan undang-undang diperlukan untuk menghasilkan perkhidmatan yang pantas, penghasilan polisi segera supaya Indonesia akan lebih cepat bersedia terhadap setiap perubahan di dunia,” katanya.

Kenapa Omnibus Law ditentang

Dengan pelaksanaan rang undang-undang tersebut, Indonesia bakal membuat perubahan dalam peraturan sistem buruh di negara itu.

Antaranya adalah gaji minimum pekerja akan dihapvskan dan ia akan ditetapkan oleh gabenor wilayah masing-masing.

Dalam pada itu, ia juga akan mengurangkan bayaran gaji maksimum untuk 19 bulan gaji kepada bergantung pada berapa lama pekerja tersebut bekerja. Sebelumnya gaji maksimum adalah 32 bulan.

Bagaimanapun difahamkan, dana baharu kerajaan akan memberikan enam bulan gaji kepada yang baru menganggur.

Selain itu, tempoh bekerja lebih masa (overtime) dinaikkan ke empat jam sehari dan 18 jam seminggu, manakala pekerja pula hanya diberikan cuti kerja sehari sahaja seminggu (berbanding dua hari sebelum ini).

Tidak kurang juga, sekatan terhadap sumber tenaga kerja luar juga dikurangkan, di mana golongan ekspatriat asing dibolehkan bekerja. Ini mewujudkan persaingan tenaga kerja yang banyak.

Alam sekitar Indonesia juga bakal berhadapan dengan risiko kerana laporan kajian impak alam sekitar (EIA) yang perlu dijalankan oleh syarikat hanya diperlukan sekiranya sesuatu projek itu berisiko tinggi.

Siapa yang menntang Omnibus Law

Kira-kira 15 kumpulan aktivis termasuk persatuan-persatuan pekerja membantah rang undang-rang tersebut dan menyeru golongan pekerja untuk menyertai tunjuk perasaan.

Rata-rata mereka juga terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa universiti.

Difahamkan setakat semalam, lebih 1,000 penunjuk perasaan di sekitar Jakarta dan wilayah berdekatannya telah ditangkap pihak berkuasa.

Anggota polis turut dituduh sebagai anti-demokrasi gara-gara menyekat kemaraan mereka dalam tunjuk perasaan tersebut.

Dilaporkan juga banyak fasiliti awam mvsnah, dipercayai pember0nttakan tersebut.

Beberapa rakaman video situasi kegaanaasan yang berlaku dalam tunjuk perasaan tersebut tersebar meluas di media sosial.