Ismail Sabri keluarkan kenyataan seluruh negara bakal tukar ke fasa 2. Sekali ini alasan yang diberikan macam mana boleh nak tukar ke fasa 2.

Kerajaan menjangkakan peralihan Fasa Satu ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara boleh dilakukan pada awal Ogos ini. Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap dua dos yang telah melepasi nilai ambang 10 peratus. Jelas beliau, negeri-negeri lain boleh mengikut jejak Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang telah pun terlebih dahulu berada di Fasa Dua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN.

“Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok. Indikator ini sejajar dengan perancangan PPN yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini,” demikian katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kriteria utama untuk memasuki Fasa 2 adalah kes harian C0VID 19 di bawah 4,000 kapasiti katil unit rawatan rapi berada pada tahap sederhana dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya. Sedikit info Fasa Kedua merupakan kesinambungan daripada Fasa Pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dik.awal dengan ketat.

Semasa Fasa Kedua aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis. Pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor dan aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Penambahan sektor senarai positif semasa Fasa 2 termasuk aktiviti pembuatan seperti simen untuk memastikan kelangsungan pembinaan yang dibenarkan serta aktiviti peruncitan seperti barangan elektronik dan komputer bagi menyokong mereka yang bekerja dari rumah.

Semasa Fasa 2, dengan pendekatan senarai positif, masih terdapat aktiviti pembuatan, pembinaan, peruncitan dan perkhidmatan yang tidak disenaraikan dan kekal tidak beroperasi seperti pembuatan tekstil dan kedai perabot.

Kredit : Astro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

MB Selangor cadangkan sektor ini perlu kekal tutup di kawasan PKPD Selangor. Namun sekiranya perlu dibuka juga perlu ambil beberapa langkah ini.

Penutupan sektor ekonomi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor harus dikekalkan. Itu cadangan kerajaan Selangor seperti yang dibangkitkan oleh Menteri Besar, Amirudin Shari ketika mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam. Beliau berkata kerajaan negeri melihat matlamat pelaksanaan PKPD iaitu untuk memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan bebas kepada sistem kesihatan negara masih belum tercapai. Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan agar hanya sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan MKN.”

Kerajaan Selangor juga turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi dijadikan faktor pembukaan semula sektor ekonomi di negeri itu. Seperti yang semua ketahui, sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya kilang makanan dan keperluan asas dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP bermula 3 hingga 16 Julai ini seperti  beras, roti, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar dan susu tepung bayi, ubat dan topeng muka.

Namun, bermula 7 Julai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi kebenaran kepada lebih banyak sektor untuk beroperasi. Antaranya adalah:

  •  elektrik dan elektronik (E&E) dan rantaian bekalannya
  • sektor aeroangkasa
  • mesin dan peralatan (M&E) bagi pengeluaran produk kesihatan dan makanan
  • syarikat pembuatan makanan dan minuman utama

Menurutnya lagi, kilang yang dibenarkan beroperasi itu perlulah ambil beberapa langkah berjaga-jaga antaranya melakukan ujian saringan Covid-19 kepada semua pekerja dua kali seminggu.

Bila disalahkan sektor kilang Azmin tampil terus nafikan kilang punca peningkatan kes Covid. Sekali Najib tampil terus sound balik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sektor pembuatan dan perkilangan menyumbang kepada peningkatan kes p0sitif C0vid-19. Beliau berkata, kes positif Covid-19 melibatkan sektor tersebut hanya melibatkan lima hingga 10 peratus.

“Ini berdasarkan data yang dibekalkan Kementerian Kesihatan terhadap kluster-kluster yang wujud setiap hari. Jadi, tidak benar untuk meletakkan kesalahan kepada sektor ekonomi khususnya pembuatan. Sudah tentu, apabila membenarkan sektor ekonomi beroperasi, kebarangkalian kes itu berlaku juga wujud. Ini tidak seperti sektor pendidikan dan sosial yang telah ditutup sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini. Beliau mengulas desakan ramai pihak supaya kilang ditutup kerana terus mencetuskan kluster yang menyumbang peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Mohamed Azmin berkata, kelonggaran atau kebenaran aktiviti sektor ekonomi bersifat perkhidmatan perlu, adalah untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya Malaysia sebagai sebuah negara yang terlibat dalam rantaian bekalan global. Katanya, data Kementerian Kesihatan menunjukkan 75 peratus kes positif ketika ini adalah bersifat sporadik yang bermakna virus Covid-19 telah berada dalam komuniti.

“Justeru, kita meminta pihak majikan terus memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain meningkatkan ujian saringan secara berkala susulan kes positif tidak menunjukkan gejala,” jelasnya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu, berdasarkan Jabatan Statistik Negara pada suku pertama tahun ini, terdapat 2.4 juta tenaga kerja sektor pembuatan dan perkilangan. Difahamkan seramai 16,564 pekerja telah menerima suntikan di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor dan Selangor yang melaksanakan Pikas dalam tempoh 16 Jun hingga semalam.

“Memang ada sedikit cabaran pada Jun ini namun mengikut perancangan dan dibentangkan akan stabil pada Julai dan seterusnya. Kita telah mendapat jaminan bekalan vaksin sebanyak 150,000 dos akan disempurnakan pada pertengahan Julai. Kita minta kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapatkan bekalan tambahan pada bulan depan dan Ogos masing-masing 600,000 dan September 795,000 dos,” katanya.

Dalam pada itu  bekas Perdana Menteri Najib Razak tampil menemplek kenyataan Azmin kerana menurut beliau, selagi ada pergerakan besar-besaran setiap hari, selagi itu rantaian c0vid ini susah untuk di putuskan

Wakil kilang sudah bersuara. Dia ni macam tak faham bahawa virus tak bergerak tapi manusia yang bergerak. Selagi ada lebih 120,000 tempat kerja beroperasi, berjuta orang akan terpaksa keluar bekerja tiap-tiap hari. Dan selagi ada pergerakan berjuta manusia setiap hari, rantaian Covid tidak akan putus dan PKP akan lanjut dan lanjut. Selepas PKP 2.0, 52 hari separuh masak yang gagal, PKP 3.0/3.1 48 hari yang gagal dan 28 hari total lockdown fasa 1 tak total yang gagal, dia masih tak faham prinsip asas ini.”

Menurut Najib lagi, dengan Ro/Rt kembali ke paras neuteral menandakan yang negara negara memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih “Pagi ini, KKM umum kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt naik kembali ke paras neutral 1.00 setelah mengalami trend menaik sejak dua minggu lalu. Kadar 1.00 ini adalah paras neutral. Kadar kebolehjangkitan lebih 1.00 yang berlanjutan bermakna kes baru akan meningkat dengan pesat, sementara kadar di bawah 1.00 bermakna kes baru mula berkurang. Kadar pada 1.00 ini bermakna kes baharu Covid akan kekal pada paras pada ketika ini  iaitu lebih 5k kes baharu bagi tempoh akan datang. Jadi, peluang bagi kes jatuh ke bawah 4k supaya negara beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan dalam masa terdekat menjadi lebih tipis. Lebih lambat lagi kita nak bebas lockdown sekiranya pendekatan melawan Covid tidak berubah dan kerajaan hanya pandang dan biarkan sahaja kadar kebolehjangkitan yang semakin menaik semula sejak 2 minggu lalu walaupun negara kononnya sudah sebulan berada dalam “Total” lockdown dan telah dikenakan PKP 3.0 selama 1 bulan 18 sejak sebelum Hari Raya.

Sumber : Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Tular ramai rakyat yang menyalahi sektor kilang dalam kes positif Covid 19. Sekali Azmin Ali tampil dedahkan peratusan kes positif di sektor perkilangan.

Kes positif Covid-19 melibatkan sektor pembuatan dan perkilangan hanya melibatkan lima hingga 10 peratus sahaja. Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini berdasarkan data yang dibekalkan Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap kluster-kluster yang wujud setiap hari.