Tidak pernah rasa tenang macam ini. Isteri Tajul Ariff kini berhijab . Berusaha padam foto lama tidak tutup aurat.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, isteri kepada penyanyi Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie telah memuat naik foto dirinya mengenakan hijab disamping anak-anak ketika mahu mempromosikan sebuah produk.

PENAMPILAN terbaharu isteri kepada penyanyi Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie yang kini bertudung menarik perhatian netizen di laman sosial.Mengakui berasa kekok pada mulanya, Nurul Shamieza atau lebih mesra disapa sebagai Ica bersyukur kerana sudah mendapat ketenangan yang dicari selama ini.

Biarpun menerima banyak pujian dan sokongan, namun wanita berusia 25 tahun ini juga tidak terlepas daripada kritikkan daripada warganet.

“Mula-mula rasa kekok, tapi lama-lama Alhamdulillah… tak pernah rasa perasaan tenang macam ini. Akhirnya Ica dah dapat apa yang Ica cari selama ini.

“Ramai yang bagi semangat dan ada juga yang bagi kecaman-kecaman yang hebat. Tak apa, Ica anggap saja ujian nak berubah jadi lebih baik,” katanya.

Nurul Shamieza turut berkongsi foto dia memakai baju kurung dan berhijab di laman Instagram.Rata-rata warganet juga memuji Nurul Shamieza yang kelihatan lebih cantik selepas bertudung.

Isteri penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu itu mula mengenakan hijab sejak Ogos lalu selepas melahirkan cahaya mata kedua.

Malah, dia juga mengambil langkah memadam foto serta video lama yang tidak menutup aurat selepas penghijrahan tersebut.

Dalam pada itu, Nurul Shamieza turut berharap agar dirinya terus istiqamah selain mengharapkan doa daripada semua orang.

“Perlahan-perlahan tetapi pasti. Doakan Ica ok!” kata isteri Tajul.

Untuk rekod, Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan dikurniakan dua zuriat iaitu Adriana Carisa dan Adrian Rifqy.

Sumber: myartis.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Uqasha Senrose ada niat untuk bertudung kembali. Tapi dalam masa yang sama Uqasha luahkan rasa bimbang tentang ini.

Pelakon cantik Uqasha Senrose seakan memberi bayangan untuk dirinya mengenakan hijab semula namun dia menyedari keputusan itu perlu disertakan dengan tindakan yang istiqomah. Malah, dia turut bimbang sekiranya niat untuk mengenakan hijab kembali undang kritikan warganet.

Macam nak pakai tudung balik

Uqasha Senrose menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dilihat sedang mempromosikan persalinan abaya yang diterimanya dari sebuah butik terkenal. Dalam video tersebut kelihatan juga pelakon ini mengenakan tudung berwarna rona peach sedondon dengan warna pakaian itu.

Alhamdulillah, hari ini Uqasha dapat abaya lagi daripada Abaya. Uqasha memang tak pernah kecewa dengan design dia buat. Walapun jubah, kat dalam dia fashionable. Paling penting, ia menutup aurat. Rasa macam nak pakai tudung balik. Kena istiqomah dulu, nanti kena kritik.

Pakailah hijab semula…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi sokongan kepada pelakon itu untuk memakai hijab semula dan memuji dia kelihatan cantik apabila memakai tudung di kepala.

Uqasha Senrose sebelum ini pernah berhijab sekitar tahun 2013, namun, selepas tiga tahun kelihatan dia membuat keputusan untuk tidak lagi tampil bertudung. Keputusan tersebut mengejutkan ramai pihak dan terima pelbagai kritikan warganet.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dikatakan Dah Kahwin Dalam Diam. Tular Gambar Uqasha Senrose Berpakaian Pengantin Serba Lengkap. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Buat Ramai Yang Teruja.

Ramai yang sudah tahu mengenai hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Kamal membuat keputusan untuk melamar Uqasha ketika siaran langsung acara penyampaian anugerah Meletop yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv swasta. Tindakan Kamal yang cukup ‘gentleman’ itu membuatkan Uqasha tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran tersebut malahan membuktikan mengenai hubungan gossip antara kedua-dua teraju utama drama Perempuan Tanpa Dsa ini adalah benar.

Perkahwinan pasangan ini khabarnya bakal mendapat tajaan daripada pihak Habib Jewel. Uqasha yang membuat rakaman video pra perkahwinannya dengan mengenakan beberapa barang kemas Habib Jewel telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan tersebut buat tatapan para peminat dan pengikut akaun media sosial beliau.

Dipercayai gambar tersebut turut mempromosikan bersama beberapa barang kemas tajaan Habib Jewel. Pasangan ini di katakan mulai rapat setelah bergandingan bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Keserasian pasangan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasangan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.

Terkini menerusi instagram story peminat Uqasha telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan Kamal dan Uqasha berpakaian pengantin serba lengkap dan Uqasha meminta supaya individu tersebut tidak menghebahkan acara berkenaan. Khabarnya pasangan berkenaan akan berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah telemovie terbaru.

Manakala di Instagram story Uqasha pula telah memuatnaik beberapa gambar beliau memakai baju pengantin dan sedang di mekapkan oleh seorang mekap artis yang bernama Nadia. Nadia merasa bertuah kerana dapat menyempurnakan mekap nikah buat Uqasha dan mengucapkan rasa terima kasih dan syukur diberikan rezeki untuk menyolek artis jelita tersebut. Nadia juga mendoakan urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan apabila tiba hari perkahwinan mereka kelak.

Ramai yang terpesona dengan kejelitaan pelakon wanita berkenaan. Para peminat mereka juga berkata wajah Uqasha saling tidak tumpah seperti adiknya Nelydia setelah disolek. Mereka juga mendoakan supaya urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan nanti.

Cantik betul wajah Uqasha selepas di solek begitu. Ramai cakap dah macam patung. Memang wajah Uqasha cantik semulajadi. Beruntung Kamal Adli bakal memperisterikan Uqasha nanti. Semoga urusan persediaan perkahwinan mereka berdua berjalan lancar nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: ig kamalxuqasha via Videoviral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.