Sebelum ini tolak vaksin. Kini isteri VVIP baru sedar kepentingan vaksin bila dah fly ke Eropah. 

Seluruh dunia sememangnya sedang giat mengagihkan pemberian suntikan vaksin kepada semua masyarakat. Hal ini bagi melindungi setiap individu daripada mengalami komplikasi lebih serius andai dijangkiti Covid-19.

Walau bagaimanapun, masih ada golongan yang menolak pengambilan vaksin atas alasan-alasan tertentu. Namun, ramai juga dari golongan mereka yang sudah dapat menerima kepentingan vaksin susulan mendapat maklumat yang tepat mengenai hal itu.

Ambil jugak vaksin.

Hal ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter apabila memuat naik kembali perkongsian seorang isteri kepada bekas ahli politik yang menyedari kepentingan vaksin selepas berada di luar negara.

Menurutnya, setiap kali mahu ke sesuatu tempat, certificate menyatakan sudah menerima suntikan vaksin adalah perkara pertama yang harus dibuktikan.

Dulu menolak

Perkara berkenaan telah mendapat sorotan daripada warganet susulan kenyataan isteri kepada VVIP tersebut yang pernah memaklumkan menolak suntikan vaksin ketika membalas komen di ruangan Instagramnya.

“Dekat sana takde siapa kisah kau isteri siapa”

Akan tetapi, ruangan komen perkongsian daripada@Kucingkuncitara itu mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata mendakwa yang individu tersebut sebenarnya lebih kepada mahu ‘travel’ ke luar negara terutamanya United Kingdom.

Selain itu, mereka juga seakan menyedari beliau mengambil vaksin jenis Moderna untuk memastikan dapat masuk ke muzium, kafe ataupun restoran.

Namun, tindakan beliau seharusnya tetap dipuji walaupun agak lambat untuk mendapatkan suntikan vaksin. Hal ini kerana beliau akhirnya akur dan sedar tentang kepentingan vaksin andai mahu menuju kemana-mana bagi melindungi masyarakat akan jangkitan pandemik.

Selamba je gelar penerima vaksin lembu. Sekali Pu Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad.

Pendakwah bebas terkenal Pencetus Ummah (PU) Syed memohon kepada Polis untuk menziarahi penyanyi Suhaimi Saad yang menggelarkan individu yang menerima vaksin sebagai “lembu”. Menerusi laman Instagram, pendakwah bebas ini memuat naik tangkap layar sebuah artikel mengenai Suhaimi  yang memberi pendapat mengenai guru-guru di Johor yang telah menolak v4ksin seperti dilaporkan media.

“Mohon @pdrmsia_official ziarah beliau..jauh sangat dah ni..jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan..jika taknak vaksin jangan dilembukan orang yang menerima vaksin.. hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian itu.”- tulis PU Syed

Sebelum ini,Murai.my melaporkan Suhaimi menerima kritikan ramai setelah memberitahu bahawa dia berbangga dengan 779 guru di Johor yang menolak vaksin.

Boleh pula Suhaimi Saad tampil tanya vksin ni tuhan ke. Rupanya ini punca yang sampai buatkan dia terfikir macam ni.

Suhaimi Saad sentiasa melawan arus, pakai mesin basuh tak nak, hantar anak sekolah pun tak mahu. Sekarang zaman Cov1d-19 sah-sahlah Suhaimi anti vksin seperti yang dijangka. Di Instagram, banyak juga dia berbahas tentang isu ini dan pastinya ia menimbulkan perbalahan di antara dirinya dan warganet di luar sana. Seolah-olah kebal, Suhaimi langsung tak ambil peduli tentang haters. Baru-baru ini Suhaimi tanya vaksin ni Tuhan ke?

Nak masuk masjid semua kena dua dos dulu. Siap tanya, SOP ini siapa punya? Disertakan dengan hashtag #dajj4l. Nah, ini antara status yang dimuat naik. Sumber : Cari

Tular tentang logam melekat lepas cucuk vaksin. Tak boleh berdiam sekali penjelasan melalui sudut fizik buat ramai yang tergamam.

Kecoh di media sosial sejak beberapa minggu lalu selepas ada dakwaan penerima vaksin Covid-19 ada ‘kesan sampingan’ yang boleh melekatkan objek logam pada badan. Dah ramai yang menyangkal dkwaan ini dengan hujah-hujah mereka.

Tampil memberikan info mengenai dakwaan itu, seorang lelaki menjelaskan ‘kesan sampingan’ akibat vaksin itu melalui sudut fizik. Korang boleh tengok video yang dipetik dari Facebook Ajar kat bawah ni.

Mana ada magnet

Min pun tak sure siapa yang start dulu main letak-letak sudu garfu kat bahu lepas cucuk vaksin ni. Nasib baik ada page ni yang explain lebih pasal ‘kesan sampingan’ vaksin secara sains. Cerita dia memang takde magnet lah dalam vaksin.

Haa… min baca dua-tiga kali pun tak berapa nak tangkap lagi. Tapi yang pastinya memang takde lah magnet dalam vaksin. Vaksin tu cecair tau, bukan pepejal. Tiba-tiba nanti semua ada super power macam cerita superheroes. Yang bestnya semua ada power yang sama, semua nak jadi Magneto macam dalam cerita X-Men tu.

Terima kasih kepada brader dari page Ajar tu yang buat video penjelasan dari sudut sains dan fizik. Sampai sanggup potong garfu kat rumah tu semata-mata nak buat eksperimen.

Ada berita gembira bagi orang yang dah ambil 2 dos vaksin. Pm dedahkan ada kelebihan yang ditunggu tunggu rakyat.

Terkini, kerajaan akan mengumumkan kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVlD-19, esok atau lusa ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kerajaan dalam peringkat akhir untuk memutuskan perincian kelonggaran berkenaan. ” Esok atau lusa saya akan buat pengumuman yang ditunggu-tunggu ramai, membabitkan mereka yang sudah dapat dua dos vksin.

” Contoh kelonggaran dan kemudahan yang akan diberi, termasuk membabitkan rentas negeri atau daerah, nak jumpa ibu bapa, suami isteri terpisah atau anak, itu kita akan putuskan.

” Selain itu sektor sosial seperti ‘dine in’ (makan di kedai makan) nak duduk makan bersama keluarga. ” Maka jika diumumkan kelonggaran nanti restoran akan dibenarkan dibuka dan akan diputuskan sehari dua ini,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vksin (PPV) Mobil Felda Lenga Batu 27, di sini, hari ini. Beliau yang meluangkan masa kira-kira setengah jam di situ turut menyampaikan sumbangan makanan basah kepada wakil masyarakat Felda Moakil yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 14 hingga 27 Julai lalu, di lokasi sama.

Terdahulu, Perdana Menteri ke Kampung Batu 23 Lenga, di sini, kira-kira jam 3 petang bagi penyampaian sumbangan bakul prihatin ke rumah penduduk yang terkesan aklbat COVlD-19.

Hadir sama, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal. Pada 15 Julai lalu, kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vksinasi COVlD-19.

Muhyiddin dilaporkan berkata, langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan menguruskan pandemik itu.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Adun Gambir berkata, mengingatkan rakyat kelonggaran diberikan kepada mereka yang lengkap dua dos vksin bukan pasport mengabaikan prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

” Saya cuma nak ingatkan kita masih belum sampai nilai ambang atau imuniti kelompok. ” Walaupun ada keterbukaan dan kelonggaran akan diberi, nasihat atau peringatan sentiasa berwaspada perlu diberi kerana warga kita masih belum divaksn 100 peratus,” katanya.

Sumber:hemtr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!