Jamal Abdillah ditahan dekat sjr. Terkejut polis sampai suruh keluar dari kereta. Rupanya ini cerita sebenar buat ramai yang tak sangka.

Kuala Lumpur: Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 62, ditahan polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bidor, Lebuhraya Utara Selatan, semalam. Bagaimanapun, Jamal ditahan bukan kerana melakukan kesalahan, sebaliknya kerana anggota polis yang bertugas di situ mahu bergambar dengan penyanyi popular itu.

Jamal berkata, beliau dalam perjalanan ke Bukit Merah, Taiping untuk meninjau kolam ikan kelisa yang diusahakan di sana sebelum singgah di Kampung Poh, Bidor untuk membeli makanan ikan. “Apabila melalui SJR, petugas di situ ada yang perasan saya tapi tak sempat nak minta saya berhenti. Lagipun mereka tahu saya kena keluar jalan yang sama.

“Sebaik saya keluar, mereka tak lepaskan peluang dan terus tahan saya. Mereka bercakap dengan nada hormat minta saya tolong keluar dari kereta,” katanya. Menurutnya, ketika itu dia sudah boleh mengagak tujuan mereka mahu bergambar. Jamal juga tidak bimbang dikompaun kerana ada surat kebenaran merentas negeri daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Saya ikut kehendak mereka kerana nak bagi mereka seronok. Bukan saja di luar bandar, di Kuala Lumpur pun pernah berlaku perkara sama. “Mereka peminat saya dan saya tak kisah nak melayan. Lagipun memang satu kebiasaan buat saya apabila tempuh SJR, akan bagi salam, beri senyuman yang manis dan tanya sama ada sudah makan.

“Buat apa menyombong. Kita kena hormat pengorbanan mereka demi negara. Saya pun ada kebenaran keluar bekerja dan tiada sebarang kes.alahan,” katanya. Menurutnya, kadang-kadang petugas SJR tidak meminta surat kerana tahu dia mahuke Bukit Merah untuk melihat kolam ikan miliknya.

“Biasanya dalam sebulan, saya berulang alik ke sana sebanyak dua kali. Ada kalanya saya beli barang di Kuala Lumpur dan kena hantar ke sana,” katanya. Jamal Abdillah eksport ikan kelisa ke luar negara. PETALING JAYA – Pandemik covid-19 sememangnya memberi tekanan ekonomi kepada banyak pihak. Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah tidak terkecuali.

Terjejas dalam dunia hiburan namun rezeki penyanyi bersuara lunak itu terbuka luas menerusi penternakan ikan kelisa yang dijalankan. Diusahakan di Bukit Merah, Ipoh, Perak, Jamal atau nama lengkapnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali memaklumkan, perniagaan tersebut kini dieksport ke luar negara sejak enam bulan lalu.

“Sebenarnya, sudah 10 tahun saya buat penternakan ikan kelisa, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti berkembang menjadi perniagaan yang serius. Alhamdulillah, walaupun tawaran nyanyian semakin berkurang disebabkan PKP, saya ada perniagaan ini untuk menjana ekonomi.

“Sekarang sudah ada 20 kolam. Setiap kolam ada 20 ekor dan sekarang sudah ada 400 ekor. Ini ikan perhiasan bukan untuk dimakan dan mempunyai permintaan yang tinggi terutama di luar negara,” kata pelantun lagu Gadis Melayu itu.

Jamal, 62, berkata demikian ketika sidang media secara maya single baharu berjudul Neraca yang menyaksikan gandingannya dengan duo rapper yang juga komposer, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Tambah Jamal lagi, perniagaan tersebut sangat menguntungkan namun memerlukan minat jika ingin terus berjaya.

“Induk seekor ikan kelisa agak mahal, harganya boleh cecah RM4,000 seekor. Saya sendiri mempunyai koleksi ikan kelisa di kediaman yang bertempat di Shah Alam. “Ada yang harganya boleh mencecah RM16,000 kerana berasal dari Kalimantan, Indonesia,” jelas penyanyi yang menetap di Ipoh, Perak itu dalam sidang akhbar maya pelancaran single terbaharu Neraca.

Bercakap tentang single terbaharunya bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta itu, Jamal sangat berbesar hati dapat bekerja dengan artis muda yang kaya dengan idea-idea segar. “Dalam studio, saya letakkan diri di bawah. Tak perlu rasa legenda atau penyanyi yang bagus. “Tak kisahlah kalau orang nak cakap saya tumpang populariti artis muda kerana saya suka dengan karya-karya mereka. Kalau mereka minta saya rap pun, saya berani buat,” kata Jamal.

DATUK Jamal Abdillah kini bergelar penternak ikan kelisa.

Bagi Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin berkata, sejak dari awal lagi mereka sudah membayangkan Jamal Abdillah bagi menyanyikan lagu berkenaan. “Ketika Kmy buat rakaman demo lagu ini dia menyanyi ala suara Jamal. Malah, dari awal lagi memang sudah pasang niat alangkah menarik jika Jamal dapat menyanyikan lagu ini. Alhamdulillah, rezeki kami.

“Awalnya, muzik lain. Tetapi, selepas Jamal memberikan persetujuan kami terus tukar dan masukkan elemen ghazal. Kami fikir, muzik tradisional tidak boleh dilupakan generasi baharu walaupun dipersembahkan dalam versi moden. Kalau peminat lama mendengar lagu ini pun, mereka tetap akan mengenali muzik ini.

“Sepanjang proses rakaman, beliau sangat mengalu-alukan kami. Kami menjangkakan dia seorang legenda yang ‘diva’, tapi dengan kami dia okay. Tidak ada langsung rasa kekok, sebaliknya dia sangat mudah bekerjasama, profesional dan merendah diri. Sikap yang ditunjukkan itu tidak membuatkan kami rasa takut dan segan,” katanya.

Lagu Neraca dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, Deezer, KKBOX dan YouTube Music bermula hari ini, 19 Februari. Pada hari yang sama, turut ditayangkan video muzik rasmi lagu Neraca dalam saluran YouTube Universal Music Malaysia pukul 9 malam.

Kredit : HMetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/

About Mediabawang

Check Also

Reen rahim berjaya mencuit hati warganet lagi dengan memuatnaik gambar ini. 

Buat peminat drama Pujaan Hati Kanda pasti sangat mengemari watak dilakonkan oleh selebriti jelita, Reen …