Jika kilang dibenar beroperasi pihak pengurusan yang sepatutnya menjaga SOP. Jangan salahkan kerajaan jika rakyat tak patuh SOP.

YAN: Kerajaan dan agensi berkaitan tidak wajar dipersalah jika pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam kalangan rakyat tidak lagi diikuti sepenuhnya susulan kelonggaran diberikan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensinya bukan sekadar memastikan orang ramai atau majikan mematuhi SOP, sebaliknya ada tugas lebih besar perlu diutamakan termasuk menjaga sempadan negara daripada pencerobohan dan pencegahan jenayah.

Beliau berkata, amalan pemakaian pelitup muka dan patuh SOP yang diperkenal sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, sepatutnya sudah menjadi norma baharu rakyat ketika ini.

“Saya mewakili KDN bertanggungjawab terhadap pematuhan SOP, tetapi kerja kita bukan hanya jaga SOP, sebaliknya melihat kedudukan kehidupan seharian menjadi seimbang.


“Jika kilang dibenar beroperasi, pihak pengurusan yang sepatutnya menjaga SOP, tetapi mengapa disalahkan kerajaan tidak menjaga SOP. Jadi, jika majikan gagal melakukan tanggungjawabnya, boleh laporkan untuk kita hantar pasukan periksa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan dan menerima taklimat berkaitan bencana kepala air dan banjir lumpur yang melanda Yan, Gurun dan Merbok di Kuala Muda pada 18 Ogos lalu.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, semua pihak bermula pemimpin bawahan hingga atasan perlu bekerjasama mematuhi SOP, selain menasihatkan orang ramai turut sama melakukannya.

“KDN akan sentiasa membantu memastikan keselamatan terjaga. SOP ini semua pihak harus sedar dan bertanggungjawab bersama,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tidak timbul isu membabitkan pegawai dan kakitangan KDN enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 apabila 96 peratus warganya sudah mendapatkan dos masing-masing.

“Sebagai petugas barisan hadapan, kita pastikan lebih 91 peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat vaksin, malah kakitangan Jabatan Penjara Malaysia sudah hampir 100 peratus divaksin.

“Kita tidak mahu mereka membawa masalah kepada orang ramai pula, sebab itu jika ada yang enggan, tindakan boleh diambil ke atas mereka,” katanya.

Beliau turut mengumumkan, perkhidmatan bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditempatkan di lokasi bencana bagi membantu mangsa yang kehilangan MyKad atau Sijil Kelahiran membuat permohonan baharu.

Polis kesan lelaki yang cuba ingkar SOP PKPD sampai sanggup buat macam ni. Sekali ini rupanya sebab sampai dia terpaksa buat.

Polis menh4n seorang lelaki ekoran tindakannya seakan mencabar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pintasan pada Khamis lalu. Lelaki yang memandu Proton Wira terbabit dirakam bersahaja melngg4r garisan kuning yang dipasang polis sebelum dialihkan dengan tangan di atas bumbung keretanya untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Kejadian itu kemudiannya menjadi tular di media sosial sehingga menarik perhatian orang awam. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, kawasan Kampung Pintasan diwartakan sebagai kawasan PKPD bermula 9 Julai hingga 22 Julai lalu.

“Suspek bertindak melepasi kawasan PKPD di Kampung Pintasan dengan melanggar garis kuning sebelum mengangkat tali garisan polis menggunakan tangannya dilihat seolah-olah mencabar tindakan pihak berkuasa. Tindakan suspek itu turut dibimbangi boleh mengundang risiko penularan wabak Covid-19 di kawasan sekitar. Bagaimanapun, pasukan polis berjaya mengesan suspek dan terus menh4nnya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut, Sahimi menyatakan hasil siasatan lanjut mendapati suspek memandu dari rumahnya yang terletak dalam kawasan PKPD dan keluar merentasi garisan polis bagi tujuan mengisi minyak. Menurut beliau, stesen minyak yang dilawati berkenaan adalah terletak di luar kawasan PKPD iaitu di Kampung Tamau, di sini. “Oleh itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Kesksaan dan Per 17 Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 2) 202,” katanya.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebaik sahaja umum PKPD di beberapa mukim ini. Ismail Sabri tampil luahkan sampai buat ramai sayu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memvtuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperket4tkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa l.okaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai hingga 16 Julai nanti. Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata kes harian C0v1d-19 antara 1,800 ke 1,900.

“Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes Kesemua daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes C0v1d-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk. Data unjuran kadar nilai kebolehjangk1tan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, situasi tersebut adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih g4nas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India). Antara mukim yang terlibat adalah di Daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula kawasan yang terlibat termasuk, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju dan Flat Seksyen 1 Wangsa Maju.

Ismail Luah Rasa


Selepas beliau umumkan akan melaksanakan PKPD di beberapa kawasan Selangor dan Kuala Lumpur beliau telah memuat naik status di Facebook. Menurut kenyataan Ismail Sabri, PKPD ini terpaksa dilaksanakan demi keselamatan rakyat. Buat ketika ini nyaw4 rakyat paling diberi keutamaan berbanding dengan Ekonomi. Beliau turut memberitahu bahawa kilang kilang semua diarahkan tutup ketika waktu PKPD.

“Sejauh mana pandangan, yang dekat di hati tetap lah semua rakyat Malaysia. Sepenting mana ekonomi negara, ny4wa dan keselamatan rakyat harus diutamakan. Kerana itu hari ini saya umumkan PKPD di sebahagian mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di WPKL. Dengan PKPD tersebut aktiviti ekonomi tidak dibenarkan termasuk penutupan kilang-kilang. Saya berdoa kepada Allah SWT agar kita dapat menurunkan kadar j4ngkitan ini dengan segera demi rakyat dan negara kita yang tercinta”.

Berikut reaksi dari warganet

“Rakyat terpaksa krban, kurung di rumah supaya kilang2 boleh terus beroperasi dan menyumbang kepada kes harian yg dijadikan alasan utk rakyat terus berkurung. Jelas sekali kumpulan mana yg menyumbang kpd kes tapi peliknya kumpulan inilah yg dibenarkan beroperasi. Dato Seri, pvnca utama kes banyak ialah kilang2 di selangor, tutup selama 14 hari semua kilang, memang akan kesan yg tervk dan merugikan sebab setiap masa 1 jam di kilang ada harga nya, semua itu duit tapi kita terpaksa krbankan utk tutup kilang supaya boleh sekat penvlaran jangk1tan, supaya semua sektor boleh kembali bekerja seperti biasa selepas 14 hari, jadi kerajaan tak perlu spend byk duit utk bantuan kpd rakyat, rakyat boleh bekerja seperti biasa. Tutup SEMUA kilang dato’. Tolong jangan buang masa dato’. Belajar dari negara² lain dato, camna depa buat bagi negara depa bersih cov1d.. ny4wa paling penting sekarang ni dato’. Asek ekonomi ekonomi ekonomi ja.. alang² susah, biaq kita semua sama2 sus4h. PKPD ke apa ke semua keputusan menggunakan rakyat demi utk melebihkan tokey2 besar. Padahal kamu tahu penyumbang punca mslh jangk1tan dari mana. Suka koranglh selagi berkuasa kt dunia ni. Terusknlh menjaga kepentingan diri klu rasa mlm dpt tidur lena”

Tidak Dibenarkan Keluar

Kerajaan tidak membenarkan pergerakan di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam membabitkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali bagi k.es kec.emasan atau mendapat kebenaran polis.

Menteri Kanan (Kes.elamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pekerja selain perkhidmatan perlu juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD.

“Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja hanya bekerja dari rumah. Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang serta premis perniagaan yang dibenarkan saja boleh menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri (MITI) yang sudah dikeluarkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kredit : Utusan/MKN

Sumber:trendingsangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.