Syarat masih lagi dikenakan walaupun dah lulus pengeluaran akaun 1. Ini akan terjadi jila kerajaan tidak menepati janji

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

“KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.

“Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji,” katanya.

RAKYAT MULA RISAU BILA ADA KRITERIA

Syarat i-Sinar sebelum Layak Mengeluarkan Akaun 1 KWSP - Rakyat News

Najib Razak memuat naik 1 status berkenaan lulusnya pengeluaran akaun 1 kwsp secara on off.

Beliau juga sedar ada rakyat yang risau kerana tidak dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Didalam kenyataan Najib Razak, beliau beritahu apa akan Barisan Nasional lakukan jika kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin munkir janji.

Now Najib Razak claims RM2.6b were channeled into a bank account handled by his officers - News

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit..

Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia hanya mendapat persetujuan dari KWSP pada pagi ini.

Hanya dipersetujui KWSP dan Menteri Kewangan pagi hari ini.

Sebab itu, marilah kita bersabar untuk seketika dan berilah sedikit ruang bagi KWSP mengumumkan secara terperinci berhubung proses baru bagi skim yang telah ditambahbaik pagi ini.

Saya dan BN bersangka baik bahawa KWSP akan permudahkan segala pengeluaran dan tidak akan menyusahkan atau sengaja menafi hak Rakyat untuk mengeluarkan wang mereka sendiri.

Jika masih rumit atau menyusahkan, BN masih ada peluang untuk menolak bajet pada undian peringkat jawatankuasa.

Jikapun bajet diluluskan sepenuhnya dan kerajaan masih tidak tepati janji mereka pada kita dan Rakyat, saya dan BN masih ada cara serta jalan untuk tuntut kerajaan penuhi tuntutan-tuntutan ini.

Seperti yang saya sebut tadi, sama ada bagi komitmen kelulusan automatik moratorium atau pengeluaran KWSP, PEMUDA UMNO berjanji untuk memantaunya dari segi perlaksanaannya.

Mohon semua berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di cawangan masing-masing sekiranya masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat tidak munasabah.

Jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut.

Sumber : Sinar Harian / FB Najib Razak

Artikel By: AwattSyeikhh Network