Keyataan sekarang jadi artis je tak boleh cakap salah. Janna Nick terkilan diusik tentang kesihatan mental.

PETALING JAYA – Dilempar dengan gelaran orang sakit mental, pelakon Janna Nick terkilan dengan sikap seorang pengguna Instagram apabila bersikap tidak sensitif dan memandang remeh tentang isu masalah kesihatan mental.Janna Nick sememangnya sinonim dengan pelbagai berita sensasi. Malah sikapnya yang terbuka dengan kritikan ramai sering menjadi perhatian warganet.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 26, berkata dia tidak faham mengapa wujud segelintir individu yang boleh menulis komen teruk semata-mata ingin menyakitkan hati orang lain.

Kenyataan sekarang, jadi artis je tak boleh cakap salah. Jadi netizen jelah boleh cakap.

Perkara itu dimuat naik melalui Instagram story miliknya mendedahkan komen tersebut serta memberikan sedikit ulasan tentang kenyataan itu.

Menurutnya, dia tidak faham mengapa wujud segelintir individu yang boleh menulis komen teruk semata-mata ingin menyakitkan hati orang lain.

Kadang-kadang tak faham kenapa wujud manusia yang gigih komen benda-benda teruk dan menyakitkan hati orang lain.

Tambahnya lagi, tindakan negatif dengan melemparkan komen buruk itu mampu mencerminkan sikap serta keperibadian seseorang.

“Saya kalau benda yang saya suka akan saya puji, tapi kalau benda tu teruk, saya diam saja. Saya tak akan gigih nak tweet atau kutuk orang.”

Menerusi hantaran yang lain, pelakon itu turut menasihati warganet supaya tidak berasa bangga apabila dapat membuli seseorang kerana ia bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.

Terdahulu, Janna berkongsi tangkap layan komen yang ditinggalkan seorang pengguna Instagram apabila menggelarnya dengan gelaran ‘orang sakit mental’. Sehubungan itu, kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann berpendapat bahawa warganet seakan-akan mempunyai ‘hak’ untuk bersuara dengan menyampaikan sesuatu yang salah berbanding golongan artis.

“Iyalah, dah jadi ‘public figure’. Terima sahajalah apa kritikan orang,” katanya.

Sumber: – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Walau dikritik Janna Nick takkan padam foto.

Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon popular, Janna Nick, 26, tidak bercadang memadam fotonya yang menampakkan sedikit belahan di bahagian dadanya di Instagram hingga dia dikecam hebat warganet, baru-baru ini.

Foto dimuat naik Janna di Instagram pada 31 Ogos lalu itu bersempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

Bagaimanapun, ramai warganet sensitif dan kurang selesa dengan baju dipakainya yang menampakkan belahan pada bahagian dada itu.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir berkata, dia tidak akan memadamkan foto terbabit di Instagram kerana ia dikongsikan atas pilihannya.

“Apabila kita sendiri memilih untuk upload (muat naik) gambar yang mengundang kritikan warganet, saya terima kerana tahu memang akan ada kritikan.

“Saya pun bukan jenis kalau muat naik akan delete (padam) apabila kena kritik. Bagi saya, kalau orang kata seksi saya terima dan jika orang kata biasa pun saya terima,” katanya dalam satu temubual virtual bersama media.

Tidak melenting atau marah dengan pelbagai kritikan pedas daripada warganet itu, bekas pengacara Melodi itu berkata, dia menerima semua komen-komen berkenan dengan hati terbuka.

Sementara itu, tinjauan ke ruangan komen ditinggalkan warganet ada segelintirnya meminta Janna memadam foto berkenaan kerana dianggap kurang sesuai apabila menunjukkan belahan pada bahagian dadanya.

Tidak kurang juga, ada warganet yang bersikap positif dan memberi komen menyukai penampilan Janna yang mempamerkan imej kewanitaan di dalam foto itu.

Sejak dimuat naik di Instagram, foto berkenaan mendapat lebih 170,000 tanda suka di samping lebih 4,000 komen daripada netizen yang rata-rata mempunyai pendapat masing-masing.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Janna terlebih belanja.

KUALA LUMPUR: Sejak meniti populariti, nama Janna Nick tidak pernah lekang daripada dihimpit kontroversi.Ada sahaja cerita negatif yang menghambatnya baik dari segi kerjaya, peribadi mahupun imej. Ia sekali gus mengheret bekas pengacara Melodi itu dalam kemelut tidak berkesudahan.

Namun, pastinya paling menonjol mengaitkan ‘Janna Nick seksi’ dalam carian gergasi internet Google.

Tidak hanya dikecam dan mengundang perhatian netizen dengan penampilan mencolok mata dalam hantaran yang dimuat naik menerusi laman Instagram (IG), Janna turut terkait isu lain termasuk masalah gangguan bipolar dan pernah melakukan cubaan bunuh diri.

Namun, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner sekali lagi mengundang kritikan apabila memuat naik gambar berpakaian baju kurung sempena Hari Kemerdekaan Ke-64, baru-baru ini.Meskipun dilihat sopan menyarung baju kebangsaan, namun tanpa disedari memperlihatkan bahagian dada yang agak terdedah dan seksi.

Mengulas dikatakan ‘terlebih belanja’ menerusi gambar dimuat naik dalam IG, Janna berkata, dia pasti sekarang bukan masa yang sesuai untuk memperkatakan perkara negatif.

“Jadi, saya pilih untuk tidak memberi sebarang komen. “Jujurnya, ini juga satu persoalan yang saya sendiri tiada jawapan apabila ditegur tidak sensitif teguran soal imej seksi.

“Sudah tentu, saya hanya mengharapkan ucapan dan kata-kata baik daripada semua orang,” katanya kepada BH Online.

Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 itu berkata, soal seksi, ia terserah pada penerimaan seseorang.

“Bagi saya, lain orang lain pandangan terhadap perspektif seksi.

“Biarpun ada yang menuduh saya sengaja mahu mencuri perhatian, tetapi mereka kena ingat, kerjaya saya sebagai selebriti sememangnya sentiasa dalam perhatian termasuk golongan netizen.

“Jadi, saya tidak akan putus semangat meneruskan kerjaya sebagai anak seni selagi diterima,” katanya.

Beralih kepada perkembangan terbaharu, Janna berkata, dia masih aktif berlakon, malah sudah kembali ke dunia pengacaraan.

“Saya mengendalikan program berbentuk ilmiah dan berita mengenai isu terkini berjudul Banteras COVID-19.

“Program 13 episod ini terbitan RTM dan sudah bersiaran setiap Ahad, jam 12 tengah hari di TV1, Bernama dan TVS,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.