Beberapa buah motosikal jatuh atas jalan akibat berminyak. Andaian wargamaya ada asasnya

Baru minggu lepas kecoh di media sosial apabila YB Khairi Jamaluddin jatuh basikal semasa melakukan aktiviti riadah di Kuala Langat.

Kemal.angan yang dikatakan berpunca daripada lubang pothole di permukaan jalan menyebabkan Jabatan Kerja Raya Cawangan Kuala Langat segera memohon ma.af atas kecu.aian mereka yang gagal menyelengara jalan.

Permohonan ma.af melalui media sosial itu segera mendapat perhatian netizen sehinggakan JKR Kuala Langat dikecam kerana bersikap pilih kasih.

Hari ini hampir berpuluh motosikal terjatuh di Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandar Kuala Lumpur kerana jalan raya licin dipercayai akibat tumpahan minyak.

Video yang dimuatnaik dilaman fb Info Roadblock JPJ/POLIS sebentar tadi memaparkan rakaman dashcam dari sebuah kenderaan yang sempat merakam kejadian 3 buah motosikal jatuh serentak namun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku apabila para pemandu kereta berjaya memberhentikan kenderaan masing-masing untuk membantu.

Rata-rata netizen yang menonton bersependapat bahawa kemungkinan terdapat tumpahan minyak diesel dari kenderaan berat yang mengambil selekoh disitu. Namun ada juga yang berpendapat ia kemungkinan berpunca dari perbuatan khia.nat individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan tidak bertangg.ungjawab.

Bagi anda yang bakal melalui jalan tersebut diharapkan berhati-hati kerana sehingga masa ini masih belum ada kerja pembersihan dilakukan oleh pihak and berwajib.

Vid dibawah :

Sumber