Kening tu beli dekat mana. Ini jawapan Uyaina dengan nada berseloroh.

SEBUT sahaja nama Uyaina Arshad, antara perkara yang terlintas dalam fikiran ialah kening tebal yang dimilikinya.

Orang kata kening itu aset, begitulah juga buat Uyaina.Namun siapa sangka ada yang berminat untuk memiliki kening sepertinya sehingga bertanya dimana untuk membeli kening tersebut.

Jawab Uyaina dengan nada berseloroh, kening sepertinya boleh dibeli di sebuah platform e-dagang terkenal.

“Senang je, pergi ke kedai online, kemudian taip kening ulat bulu dan pilih jenis kemudian buat pembayaran.

“Dalam tempoh seminggu kening macam ini akan sampai,” gurau pelakon Love, Elsa itu.

Lucunya, terdapat netizen benar-benar mengikut arahan Uyaina namun usaha mereka tidak berhasil.

“Penat saya cari kening ulat bulu tapi tak keluar. Ulat bulu lain pula yang keluar,” komen seorang warganet .Biarpun gurauan, video ‘kening’ yang dimuat naik dalam akaun TikTok Uyaina itu telah meraih lebih 200,000 tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Mira Filzah muat naik gambar lepas workout sampai buat ramai tak keruan. Sehingga ianya menjadi trend pulak.

Sudah menjadi lumrah untuk para selebriti perlu sentiasa berpenampilan cantik disebabkan diri mereka yang sering menjadi tumpuan peminat. Dalam pada itu, solekan turut menjadi perkara penting untuk selebriti kelihatan tampil cantik namun kini boleh dikatakan semakin ramai selebriti tanah air yang berani untuk berkongsikan wajah mereka tanpa sebarang solekan.

Sehingga ia menjadi trend dan sepertinya orang ramai begitu ‘jatuh hati’ pula dengan natural beauty pelakon jelita, Mira Filzah yang memuat naik dua keping foto sedang melakukan aktiviti bersenam. Mira Filzah di ruangan Instagram peribadinya menarik perhatian ramai dengan wajah ‘natural’ dia disaat bersenam yang masih sahaja terserlah keayuannya. Dalam pada itu, foto-foto Mira Filzah turut mendapat perhatian kurang 5 jam tetapi sudah ditek4n lebih 100,000 tanda suka berserta ratusan komen.

Ternyata rakan selebriti seperti Uyaina Arshad turut sama ‘jatuh hati’ dengan kecantikan selebriti ini yang tampil sangat cantik meskipun selepas melakukan workout.  Rata-rata peminat di ruangan komen menerusi posting Mira Filzah dalam pada masa yang sama juga meninggalkan komen-komen pujian terhadap Bintang Paling Popular itu. “Mira Filzah eee ger4m tau tengok dia ni pejam-pejam mata. U memang sangat cute hahaha”

Sumber : HCL

Mira Filzah dedah rancang namakan anaknya dengan pangkal W. Namun ini antara beberapa nama yang jadi pilihannya.

Pelakon Mira Filzah mendedahkan dia merancang untuk menamakan anaknya dengan pangkal W. Perkara itu dijawab pemilik nama penuh, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, kepada peminatnya menerusi Instagram Story­nya semalam. Dalam perkongsian itu, seorang pengguna Instagram bertanyakan pangkal huruf yang akan diberikan kepada bakal anak pelakon itu kelak.

“Sudah pastinya nama bayi kami akan bermula dengan huruf ‘W’. Insya-Allah, semua nama anak saya dan Wan Emir (Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar) akan bermula dengan huruf ‘W’,” kata pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu.

Dalam pada itu, isteri kepada arkitek berusia 30 tersebut turut menyenaraikan beberapa nama pilihannya untuk bayi mereka. “Wan Namiera, Wan Naiela, Wan itu dan Wan ini,” katanya. Rata-rata warganet berpendapat Mira Filzah seperti memberi bayangan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu bagaimanapun setakat ini belum menunjukkan tanda-tanda dia hamil. Mira dan Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd. Yazid bernikah pada 3 September lalu selepas hampir setahun berkenalan. Sumber – K! ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Ramai yang bertanyakan baju yang boleh menutup aurat semasa mengambil vaksin. Sekali ini respon dari Mira Filzah buat ramai terharu.

Pelakon popular, Mira Filzah sempat memberikan peringatan kepada kaum wanita untuk memakai pakaian yang sesuai serta mudah ketika hari vaksinasi. Perkara tersebut dijelaskan pelakon Sweet Dreams itu menerusi Insta Story selepas ditanya seorang peminat mengenai persalinan sesuai untuk dikenakan ketika mengambil vaksin. Mira berkongsikan pengalaman memandangkan dia baru sahaja mendapatkan suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.

“Mira pakai baju lengan besar, senang nak singsing lengan. Tapi Mira pakai juga arm socks, supaya bahagian nak cucuk sahaja yang terded4h. Lengan tak terded4h. “Kebetulan dalam cubicle ni, ada seorang pegawai perubatan lelaki, seorang lagi perempuan. Lega Mira pakai arm socks daripada rumah,” kongsinya. Sementara itu menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, ada berkongsikan pengalaman dan suasana ketika menerima suntikan vaksin dos pertamanya itu. Terdahulu, beberapa selebriti tanah air selesai menerima suntikan pertama vaksin antaranya Elfira Loy, Azira Shafinaz, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Neeta Manis, Datuk A. Aida dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.