Niat cuma nak jemur kain lap warna putih kat luar. Sekali tak sampai sejam ada orang datang rumah.

Kempen bendera putih yang dilancarkan warganet semakin mendapat sambutan akhir-akhir ini. Tak kira di mana saja, pasti ada individu yang terpaksa kibarkannya di depan rumah sebagai tanda memerlukan bantuan. Syukur Alhamdulillah. Ini tandanya rakyat Malaysia sangat prihatin serta cakna dengan keadaan semasa. Namun apa yang terjadi dalam kisah di bawah ini agak menghiburkan hati. Seorang warga Facebook, Annie Sait berkongsi pengalaman menariknya dalam group Lupa Apa Hari Ini semalam tentang isu bendera putih. Jom ikuti perkongsian ini.

Jemur kain lap putih kat luar, jiran sangka minta bantuan

Dalam perkongsian dalam itu, Annie menulis kisahnya seperti di bawah. *hantaran ditulis dalam dialek Sabah

“Baru 40 minit aku sidai ni kain lap di jendela tiba-tiba ada jiran bagi salam depan jendela. Pelik aku ingat runner ka atau budak-budak J&T hantar barang atau collect barang, sedangkan pagi tadi suda datang. Tapi aku heran perempuan bagi salam, anggap jak la sisku jual kek. Sekalinya dia tanya “Ok ka juga sis apa perlu bantuan?” Ya Allah terharunya.

Sis sorry saya jemur kain lap, sis lupa pulak pasal kempen kibarkan bendera putih tu..” Terbaik ba jiran-jiranku d sayang kamu ne, TQ sebab prihatin. Npa apa la aku jemur di dapur la ne risau kita nanti ramai lagi yang bagi salam. Terbaik semua..abaikan warnanya ya, begitu laitu kalau colour kain lap segala minyak di dapur. Prihat1n ba rakyat malaysia ne. Dalam pada itu, Annie menjelaskan di ruangan komen tentang keadaan rumahnya, bagaimana jiran itu boleh ternampak kain jmuran tersebut.

Saya bersyukur dapat jiran yang prihatin dan sangat cakna dengan keadaan sekeliling walaupun benda tu bukan bendera, hanyalah kain lampin dijadikan kain lap digntung untuk dijmur. Tapi jiran saya sangka saya letak tanda sebagai mohon bantuan pulak. Saya tak kenal dia dan bukan jiran setangga atau sebelah pintu, kebetulan dia lalu depan rumah. Sebab rumah saya tingk4t bawah, senanglah nampak apa yang kita jemur. Jiran kawasan rumah saya sangat prihatin dan rajin menolong, terima kasih.”

Warganet terhibur

Menerjah ke ruangan koment, ramai warganet yang terh1bur dengan cerita ini. Namun di sebalik ‘gelak t4wa’ itu, mereka aku1 bahawa sifat keprihat1nan rakyat Malaysia sangat tinggi. Jom kita baca apa kata warganet.

“Bagusnya kejir4nan kat situ. Saya dulu masa awal-awal PKP 1.0 jiran-jiran saya terus bantu saya sebab suami saya baru kena str0k. Siap bagi RM500 untuk beli barang-barang dapur dan tawarkan nak belikan lagi bila barang-barang dah habis. Ya Allah, terh4ru rasa. Dulu masa suami sihat, suami kita sediakan segala-galanya. Allah nak uj1 kan. Bila-bila Allah nak uj1 kita. Harap kita semua diberk5ti.” – Kamariatie.

Itu tandanya kejiranan yang p0sitif. Alhamdulillah, nampaknya memang berkesan kempen rakyat untuk rakyat ni. Kejiranan positif, kejiranan prihatin.” – Suhaimie.

Lepas baca post ni saya baru teringat saya sidai cadar siang tadi lupa nak angkat. Terima kasih.” – Zhass

“Mula-mula ser1us baca lepas tu tergel4k part kain lap tu haha. Comel jirannya.” – Nasuha.

“Kat rumah saya, boleh pulak ada kib4rkan bendera putih betul-betul tepi jalan, rendah je kat atas pokok. Jam 10 malam orang balik kerja, dari memang nak bagi bantuan, terus kena kac4u dengan ‘cik pon’ (ponti4nak). Lain yang dibantu, dem4m pulak yang dapat.” – Erina

Sumber Annie Sait melalui Lupa Apa Hari Ini