Ramai yang terkejut dengan jumlah kes semalam. Sekali Dr Hisham ditanya soal kes akan turun dalam seminggu 2 dan ini respon Dr Hisham.

Satu khabar berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia semalam apabila kes harian sudah menjangkau 5 angka iaitu 1,079 kes dan negeri Selangor masih menc4tatkan angka tertinggi, 5,263 diikuti dengan WP Kuala Lumpur, 1,521. Selain mengvndang pelbagai reaksi warganet, ada warganet yang bertanyakan satu soalan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan dengan penurunan kes.

Kes boleh turun dalam masa seminggu atau dua minggu

Ini kerana, pada 8 Julai 2021 lepas, Tan Sri Dr Noor Hisham pernah mengeluarkan satu kenyataan dengan meng4takan kes akan menurun dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi. Kata beliau, peningkatan kes secara drastik ini sudah dapat dijangka oleh beliau kerana pelaksanaan Perintah Kaw4lan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang dan tindakan saringan secara besar2an, lapor Berita Harian. Tambah Dr Noor Hisham lagi, situasi begini lebih kurang sama berlaku pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Kalau lihat kepada PKP 2.0 dan PKP 3.0, PKP 2.0 yang dilaksanakan pada 13 Januari, kes melonjak sehingga 5,725 pada 30 Januari iaitu lebih kurang dua minggu. Barulah (kemudian) kita lihat ada penurunan kes. Begitu juga pada 12 Mei, kita buat PKP 3.0, kes melonjak pada 29 Mei iaitu 9,020 kes. Selepas itu kes mula menurun, jadi sekarang ini kita jangka kes akan meningkat kembali kerana usaha pengesanan komuniti giat dijalankan iaitu saringan secara besar-besaran.”

Beliau juga mengatakan bahawa dengan pengawalan yang baik, kemungkinan penurunan kes dalam seminggu atau dua minggu dapat dilihat. Pada masa sama, program vaksinasi perlu dipertingkatkan. Sebanyak empat juta dos vaksin sudah diberikan kepada Selangor dan Kuala Lumpur juga sudah mencapai tahap vaksinasi amat memuaskan. Ini boleh bendung penularan di Lembah Klang. “Kalau tak silap Dr ada kata kes akan turun dalam 2 minggu, boleh ke? Sekarang nampak lain, kes makin naik – Warganet

Jadi, berikutan dengan kes naik mencanak sehingga 11,079 semalam, Tan Sri Dr Noor Hisham masih tetap dengan pendiriannya dengan memberikan kenyataan yang serupa kepada warganet apabila ditanya berhubung dengan jangkaannya itu.

Untuk rekod, semalam Astro Awani melaporkan bahawa kadar suntikan vaksinasi telah melebihi 400,000 sehari. Kata Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Jadi, dengan kenyataan tentang jangkaan Tan Sri Dr Noor Hisham pada 8 Julai lepas, beliau mengatakan jika momentum ini (sasaran 450,000 orang mengambil suntikan vaksin dalam masa sehari) berterusan, memang ada harapan kes akan turun.

Jika kita amati betul-betul, segala jangkaan daripada Dr Noor Hisham ini benar-benar belaka, boleh rujuk tarikh kenyataan yang beliau ada buat jangkaan dan hasilnya memang betul. Harap untuk kali ini juga sama dan kita sebagai rakyat teruskan usaha dan jalankan peranan kita. Semoga kes menurun dan kita dapat jalani kehidupan seperti biasa, amin.

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

KKM dedah varian Beta dikesan hampir di seluruh negeri. Namun Dr Hisham dedah perkara ini tetap perlu diteruskan.

Varian Beta C0VID-19 dari Afrika Selatan kini dikesan hampir di semua negeri dan dipercayai sudah merebak ke dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun, beliau berkata, vaksin sedia ada masih berkesan terhadap varian itu dan beberapa varian merbhaya yang lain namun langkah-langkah keselamatan tertentu perlu diperketatkan.

“Kawalan ketat sempadan negara perlu diteruskan dan dipertingkatkan bagi mengawal penuIaran Variant of Concern (VOC) terutama Varian Alfa, Beta dan juga varian paling bhaya, Delta,” katanya yang dipetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hantaran laman Facebook.

Dalam pada itu, menerusi siaran langsung Program The Nation di Bernama TV, Dr Noor Hisham berkata pertambahan kes baharu sudah dijangka kerana saringan besar-besaran dilakukan di kawasan komuniti berisik0 tinggi di Lembah Klang. Katanya, KKM telah bersiap sedia dalam menghadapi pertambahan bilangan psakit yang perlu dirawat di hospital terutama di Lembah Klang.

“Antaranya meningkatkan kapasiti katil di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Selayang serta Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM. Pada masa sama, persediaan itu juga termasuk (mendapatkan) kerjasama hospital swasta bagi merawat psakit bukan C0VID-19 serta mobilisasi kakitangan kesihatan dari Perak, Terengganu dan Pahang untuk membantu fasiliti kesihatan di Lembah Klang,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata sebahagian besar psakit C0VID-19 adalah daripada Kategori 1 dan 2 dan mereka akan diasingkan atau dikuarantin di rumah. Beliau berkata, psakit bagi kategori 3 ditempatkan di PKRC manakala Kategori 4 dan 5 pula dirawat di hospital.

“Purata tempoh rawatan psakit tahap 4 adalah antara 14 hari hingga 16 hari manakala tahap 5 antara 19 hari hingga 26 hari,” katanya. Mengenai kekurangan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hisham menjelaskan bahawa ia berlaku disebabkan psakit Kategori 4 dan 5 memerlukan tempoh pemulihan yang lama untuk sembuh akibat k0mplikasi serius jngkitan C0VID-19.

Sumber : MY TV Viral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Who bagi amaran ada varian lambda. Rupaya varian ni lebih bahaya dari delta dan mungkin kebal vaksin.

Saat dunia masih hangat memperkatakan tentang varian Delta COV1D 19 yang kini sedang mengg4nas di beberapa negara termasuklah di Malaysia, kini datang pula satu varian baru yang katanya lebih berbahaya.

Menurut Kosmo, sekumpulan pegawai kesihatan kini memberi amaran berhubung mutasi luar biasa dalam varian Lambda yang kini sedang menular di Britain kerana dibimbangi kuman itu mampu menjadi kebal terhadap vaksin COVID 19.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, varian baru ini juga berkongsi mutasi genetik yang sama dengan varian Delta sekaligus menjadikan ia mudah menjangkiti orang ramai. Lambda yang juga dikenali sebagai C.37 pertama kali dikesan di Peru pada tahun lepas sebelum ia pantas merebak ke 27 negara termasuklah Britain.

Para saintis juga mulai sedar akan varian berbahaya itu pada Disember tahun lepas apabila ia ditemui dalam 1 daripada 200 sampel. Walau bagaimanapun, pada Mac lepas, kadar itu kemudian meningkat kepada 50% daripada jumlah kes dan kini ia meningkat pula kepada 82%, kata WHO.

Di Chile, varian berkenaan telah merangkumi satu pertiga daripada jumlah kes C0VID 19 di negara itu. Buat masa ini, tiada bukti menunjukkan varian ini lebih agresif berbanding varian lain. “Ia berkemungkinan mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi,

namun banyak kajian perlu dijalankan terhadap varian ini,” kata penasihat Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika, Jairo Mendez. Varian Lambda ialah varian yang ketujuh kini dalam pemantauan WHO. Britain kini telah merekodkan enam kes varian itu pada minggu lepas.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : LM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Radin Era sanggup jual sesuatu ini hanya untuk kumpul duit buat dana Food Bank. Sekali rupanya ini yang menjadi inspirasi untuk dia lebih yakin dengan misinya.

Penyampai radio dan pengacara, Radin, berjaya mengumpulkan dana lebih RM2,000 menerusi jualan barangan peribadinya untuk disalurkan kepada golongan memerlukan. Katanya, paling mengharukan apabila ada dikalangan pembeli mengirimkan jumlah lebih daripada harga jualan bersama niat sedekah supaya banyak lagi barang keperluan asas dapat diagihkan.

“Terima kasih di atas sokongan semua kerana sebaik baju ‘preloved’ saya itu dinaikkan dalam Instagram, kami menerima sambutan yang menggalakkan. Sehingga pukul 5 petang tadi lebih separuh daripada barangan yang dijual mempunyai masing-masing dan saya jangkakan jumlah dana ini akan meningkat sebaik semuanya habis dijual.

“Saya amat terharu dengan sokongan masyarakat kita yang tidak teragak-agak membeli sambil bersedekah malah ada yang membayar lebih daripada harga ditetapkan. Kesemua hasil jualan akan saya gunakan untuk membeli barang dapur dan keperluan termasuk beras, minyak, tepung, gula serta tuala wanita. Jika tidak cukup saya akan tambah daripada gaji saya,” katanya.

Semalam pemilik nama penuh Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31, menuar-uarkan kepada pengikutnya ingin membantu keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 menerusi jualan barangan peribadinya.

Terdahulu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dia pernah melaksanakan misi sama dengan mengumpulkan sebanyak RM10,000 menerusi jualan 20 pasang kasut miliknya. Akui Radin lagi, kali ini dia enggan meletakkan sebarang sasaran dari segi jumlah kutipan sebaliknya cuma berharap setiap sen diraih dapat dimanfaatkan untuk lebih banyak keluarga. Kongsinya, kaedah penyerahan barangan yang diberi nanti adalah dengan menempatkan ‘food bank’ di Restoran Kueh Seksyen 13, Shah Alam, bagi memudahkan golongan memerlukan mengambil bungkusan untuk keperluan keluarga mereka.

“Sebarang perkembangan mengenai tarikh pengagihan barangan keperluan itu akan saya maklumkan menerusi hebahan dalam Instagram. Jika tiada aral mungkin dapat disegerakan pada minggu depan. Begitu juga dengan penghantaran baju yang sudah dijual kepada pemilik baharu. Bagi mereka yang ingin membantu, ada beberapa lagi baju yang masih belum terjual dan dikongsikan dalam laman sosial saya,” katanya.

Sementara itu, dia terpanggil melaksanakan sesi jualan amal ini selepas menerima banyak mesej peribadi yang meminta bantuan daripadanya. Malah pesanan ibu tercinta, Allahyarham Feridah Hashim yang sentiasa mengingatkannya untuk berkongsi rezeki dengan insan memerlukan tetap tersemat kukuh dalam ingatan.

“Kehilangan insan yang paling saya sayangi itu pada Februari lalu tinggalkan impak dalam kehidupan saya namun pada masa sama semangat ibu buat saya kuat. Apa yang saya lakukan untuk membantu orang lain ini juga sebagai amal jariah kerana mama selalu pesan tak perlu tunggu kaya baharu kita nak tolong orang, sebab dalam setiap rezeki kita, ada bahagian orang lain. Harapan saya semoga hati ini terus dijentik untuk meringankan beban insan lain. Melihat senyuman gembira mereka ini sudah cukup melegakan. Saya sedih mengenangkan ada yang tidur dalam keadaan lapar,” katanya.

Sumber : K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.