(KAJIAN) Benarkah Mengasuh Anak di Rumah Lebih Sukar Berbanding Bekerja?

Rata-rata ibu bapa di dunia ini pasti menyayangi anak-anak mereka. Jarang sekali untuk kita jumpa ibu bapa yang tak sayang anak.

Permasalahan yang timbul sejak dua menjak ini adalah dikatakan mengasuh anak-anak di rumah lebih susah berbanding pekerjaan yang lain seperti menyuap anak makan, mandikan anak, bermain, memujuk dan melayan tantrum anak yang boleh membawa tenaga ibu bapa berkurangan.

Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak tidak dapat melegakan tekanan yang dialami oleh ibu bapa ketika menjaga anak-anak mereka. Tambahan pula, ibu yang merupakan surirumah sepenuh masa.

Kajian baru-baru ini yang dijalankan di UK mendapati bahawa ibu bapa menjadi lebih tertekan apabila mereka perlu berada di rumah menjaga anak-anak mereka berbanding keluar bekerja.

Kajian ini melibatkan 1500 ibu bapa yang mempunyai pekerjaan berlainan. Hasil dari kajian ini mendapati:

-31% dari mereka mengesahkan yang menjaga anak-anak di rumah lebih sukar dari keluar bekerja

-25% merasakan yang mempunyai anak tidaklah sesukar mana

-40% mengatakan yang selepas mempunyai anak, mereka berhenti menghakimi ibu bapa lain kerana merungut

-45% wanita berkata yang mereka tidak dapat bertahan tanpa bantuan ibu mereka

-37% ibu bapa mengesahkan yang mereka sentiasa letih

-42% dari mereka mengatakan yang mereka merasai kasih sayang tanpa syarat apabila mereka melahirkan anak pertama mereka.

-22% dari mereka risau mengenai tabiat pemakanan bayi-bayi mereka.

Ianya sangat menakjubkan menjadi ibu bapa ini walaupun memasuki alam keibubapaan ini juga membawa lebih banyak kebimbangan dan tekanan.

Tapi apa-apa pun ibu bapa mana yang tak sayang anak-anak kan? Letih tu sekejap saja. Nanti anak-anak dah besar mula rindu.

Apa reaksi anda? Jom kongsikan pada teman-teman.