Kantoi panggil ibu sayang. Sekali pandai Yusuf Bahrin cover balik. Membuatkan warganet tertanya hubunganya dengan Zizi Kirana.

Baru-baru ini, penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusof Bahri mencuri perhatian warganet apabila Yusuf secara tidak sengaja memanggil Zizi dengan gelaran ‘sayang’ ketika sesi live di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ms MicKy di TikTok, kelihatan pelantun lagu ‘Eh’ itu begitu rapat dengan Yusof Bahrin ketika sesi Live di Instagram.

Ujar pelakon berusia 29 tahun, dia berada di rumah ibunya sesi Live itu dan secara tidak sengaja memangggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’, namun mereka berdua dengan pantas menjelaskan sebenarnya Yusuf memanggil ibunya dengan panggilan tersebut.

Saya kat rumah ibu ni sayang. Eh, no.. ibu sayang. Saya panggil ibu sayang.

Kelihatan Yusuf seperti gelabah serta tersipu malu apabila menyedari bahawa dirinya sudah ‘terkantoi’ membuatkan Zizi tidak menahan gelak kerana terhibur melihat gelagat pelakon lelaki berkenaan.Dalam pada itu, Zizi yang tampil berniqab turut memuji Yusuf dengan mengatakan bahawa pelakon lelaki berkenaan seorang yang sangat sweet dan ramai yang menyukainya.

Petang-petang ni sweet pula. Yusuf memang sweet lah sebab tu lah banyak orang suka dia, dia sangat baik.Meninjau di ruangan komen klip pengguna bernama @m3_micky itu, rata-rata orang ramai merestui hubungan mereka jika pasangan itu benar-benar bercinta.

Kepastian tentang sama ada kedua-dua pasangan itu menjalinkan hubungan ataupun tidak, masih belum diketahui dan sehingga kini, klip video tersebut telah meraih lebih dari 350,000 tontonan daripada pengguna TikTok.

Anda rasa bercinta ke tidak?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bila bertudung kurang dah komen yang negatif. Zizi Kirana mohon doakan semoga dia kekal berhijab. 

Penyanyi bersuara serak-serak basah, Zizi Kirana memohon doa orang ramai supaya dirinya kekal dengan penampilan berhijab yang kini diperkatakan dalam kalangan warganet. Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun Zizi atau nama sebenarnya Fazelah Mad Tahil tidak mahu berbicara lanjut mengenai imej terbarunya itu.

“Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini. “Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya. “Bagi saya, doa adalah snjta paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap,” katanya.

Penyanyi lagu Eh itu berkata, dia bersyukur apabila penampilan menutup aurat itu mendapat reaksi positif daripada ahli keluarga, peminat dan rakan-rakan yang mendoakan dirinya untuk terus istiqamah.

“Dalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan. Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan.

“Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat,” ujarnya. Terdahulu, penyanyi berusia 36 tahun itu sering tampil dengan imej seksi sehingga foto yang dimuat naik di media sosial dipenuhi komen berbaur tak senonoh daripada kaum lelaki.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Uqasha Senrose ada niat untuk bertudung kembali. Tapi dalam masa yang sama Uqasha luahkan rasa bimbang tentang ini.

Pelakon cantik Uqasha Senrose seakan memberi bayangan untuk dirinya mengenakan hijab semula namun dia menyedari keputusan itu perlu disertakan dengan tindakan yang istiqomah. Malah, dia turut bimbang sekiranya niat untuk mengenakan hijab kembali undang kritikan warganet.

Macam nak pakai tudung balik

Uqasha Senrose menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dilihat sedang mempromosikan persalinan abaya yang diterimanya dari sebuah butik terkenal. Dalam video tersebut kelihatan juga pelakon ini mengenakan tudung berwarna rona peach sedondon dengan warna pakaian itu.

Alhamdulillah, hari ini Uqasha dapat abaya lagi daripada Abaya. Uqasha memang tak pernah kecewa dengan design dia buat. Walapun jubah, kat dalam dia fashionable. Paling penting, ia menutup aurat. Rasa macam nak pakai tudung balik. Kena istiqomah dulu, nanti kena kritik.

Pakailah hijab semula…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi sokongan kepada pelakon itu untuk memakai hijab semula dan memuji dia kelihatan cantik apabila memakai tudung di kepala.

Uqasha Senrose sebelum ini pernah berhijab sekitar tahun 2013, namun, selepas tiga tahun kelihatan dia membuat keputusan untuk tidak lagi tampil bertudung. Keputusan tersebut mengejutkan ramai pihak dan terima pelbagai kritikan warganet.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dikatakan Dah Kahwin Dalam Diam. Tular Gambar Uqasha Senrose Berpakaian Pengantin Serba Lengkap. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Buat Ramai Yang Teruja.

Ramai yang sudah tahu mengenai hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Kamal membuat keputusan untuk melamar Uqasha ketika siaran langsung acara penyampaian anugerah Meletop yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv swasta. Tindakan Kamal yang cukup ‘gentleman’ itu membuatkan Uqasha tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran tersebut malahan membuktikan mengenai hubungan gossip antara kedua-dua teraju utama drama Perempuan Tanpa Dsa ini adalah benar.

Perkahwinan pasangan ini khabarnya bakal mendapat tajaan daripada pihak Habib Jewel. Uqasha yang membuat rakaman video pra perkahwinannya dengan mengenakan beberapa barang kemas Habib Jewel telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan tersebut buat tatapan para peminat dan pengikut akaun media sosial beliau.

Dipercayai gambar tersebut turut mempromosikan bersama beberapa barang kemas tajaan Habib Jewel. Pasangan ini di katakan mulai rapat setelah bergandingan bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Keserasian pasangan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasangan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.

Terkini menerusi instagram story peminat Uqasha telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan Kamal dan Uqasha berpakaian pengantin serba lengkap dan Uqasha meminta supaya individu tersebut tidak menghebahkan acara berkenaan. Khabarnya pasangan berkenaan akan berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah telemovie terbaru.

Manakala di Instagram story Uqasha pula telah memuatnaik beberapa gambar beliau memakai baju pengantin dan sedang di mekapkan oleh seorang mekap artis yang bernama Nadia. Nadia merasa bertuah kerana dapat menyempurnakan mekap nikah buat Uqasha dan mengucapkan rasa terima kasih dan syukur diberikan rezeki untuk menyolek artis jelita tersebut. Nadia juga mendoakan urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan apabila tiba hari perkahwinan mereka kelak.

Ramai yang terpesona dengan kejelitaan pelakon wanita berkenaan. Para peminat mereka juga berkata wajah Uqasha saling tidak tumpah seperti adiknya Nelydia setelah disolek. Mereka juga mendoakan supaya urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan nanti.

Cantik betul wajah Uqasha selepas di solek begitu. Ramai cakap dah macam patung. Memang wajah Uqasha cantik semulajadi. Beruntung Kamal Adli bakal memperisterikan Uqasha nanti. Semoga urusan persediaan perkahwinan mereka berdua berjalan lancar nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: ig kamalxuqasha via Videoviral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.