Ada pula yang katakan Mila Jirin dibayar. Sekali Mila perjelaskan kekeliruan isu ini.

Penyanyi Mila Jirin membidas segelintir pihak yang mendkwa dirinya konon ‘dibayar’ untuk memuat naik kandungan di Instagramnya baru-baru ini. Hal itu termasuk pendedahan subsidi upah yang diterimanya untuk meringankan beban sebagai usahawan ketika pandemik COVID-19 mengnc4m negara.
“Astaghfirullah ada yang ftnah saya dibayar? Ya Allah subsidi upah bayar pada majikan untuk bayar gaji pekerja. Bukan bagi pada saya dan kegunaan peribadi saya. Salahkah sebagai hamba Allah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu?” kata Mila.
Jelas Mila lagi, subsidi upah yang diterimanya diberikan sebagai bantuan untuk majikan membayar gaji pekerja yang layak. “Fasa 1.0 RM1,200 untuk setiap pekerja, fasa seterusnya RM600 untuk setiap pekerja. Ia bantuan kepada majikan untuk bayar gaji pekerja yang layak,” terang Mila lagi.Penerangan Mila itu membuka mata ramai dan memberikan kefahaman lebih jelas terutama yang keliru tentang subsidi upah tersebut. Malah, ada yang menerangkan bahawa subsidi itu merupakan hasil pungutan cukai daripada pembayar cukai selama ini. “Masalahnya duit itu duit pembayar cukai. Bukan duit ‘abah’ pun. Nak berterima kasih, terima kasih dekat pembayar cukailah. Siapa pembayar cukai? Kita ni, rakyat Malaysia,” terang seorang pengguna di Instagram Mila.

Ramai yang tidak puas hati dengan tindakan pembangkang sewaktu di dewan parlimen. Boleh pulak buat perangai macam ni sewaktu Muhyddin suruh bertafakur.

Wakil rakyat pembngk4ng terutama daripada DAP perlu ‘belajar’ menghormati majlis dan tidak bersikap kurang sopan terhadap pemimpin negara, kata Pengerusi Biro Agama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Shabudin Yahaya. Dalam kenyataan malam tadi, beliau mendkwa beberapa wakil rakyat DAP mengganggu serta menjerit ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membacakan al-Fatihah kepada semua individu yang telah pergi buat selamanya akibat Covid-19 pada sidang khas Parlimen, semalam.

Shabudin berkata, tindakan itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP berkenaan kerana mereka terus menjerit tanpa menghiraukan Perdana Menteri. “Mereka langsung tak menghormati Perdana Menteri yang menyeru agar semua ahli Dewan (Dewan Rakyat) bertafakur serta membaca al-Fatihah kepada semua individu yang telah pergi buat selamanya akibat Covid-19. Inilah perangai sebenar pemimpin DAP yang tak tahu nak hormati majlis,” katanya.

Video :

https://vt.tiktok.com/ZSJsbtU6v/

Menurut Shabudin, Muhyiddin menyampaikan ucapan tkzi4h kepada semua ahli keluarga individu yang terlibat dengan Covid-19 ketika memulakan ucapannya pada sidang khas Parlimen hari ini, sebelum berlakunya kekecohan. “Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP ini dan menggesa mereka memohon maaf kepada Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia. Tindakan mereka ini amat keterlaluan dan memalukan serta tidak boleh dibiarkan berlarutan,” katanya. Sumber : hmetro

Terkini Perdana Menteri putuskan untuk lakukan Sidang Parlimen sebelum 1 ogos. Rupanya ini sebabnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini. Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara tersebut akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung persidangan Parlimen,” katanya menurut Berita Harian.

Perkara ini diputuskan apabila pada Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut sumber juga, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, baginda menzahirkan pandangan itu susulan sesi menghadap dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara serta lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun yang lalu.

Sebagai tambahan, parlimen sudah hampir 6 bulan tidak bersidang selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat untuk dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif bagi membendung wabak COVID-19 pada 11 Januari lalu.

Walau bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah bertitah pada 24 Februari lalu bahawa parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut menyatakan ketika menyampaikan perutusan Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun lalu,  sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut SOP ditetapkan.

Namun, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan supaya sidang Parlimen persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan pelan pemulihan negara dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat selepas baginda mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.