Wanita ini dedah apa yang dia buat sebelum majlis bila dia dikatakan kuat bila suami kahwin dua

Selain memberi keizinan buat suami tercinta untuk berkahwin dua, seorang wanita yang dikenali sebagai Syiela Rashid berjaya mencuri tumpuan netizen apabila dia sanggup mengikuti proses ijab dan kabul suaminya itu. Wanita tersebut turut memuat naik beberapa posting, foto dan video semasa majlis perkahwinan suami tercinta berlangsung. Officially akak dapat adik perempuan Suamiku syurgaku. Ku berlindung di bawah naungan mu. Yang menyampaikan kasih Allah untuk diriku. Selamat Pengantin Baru Abang. Menerusi video berdurasi 41:01 saat, Syiela Rashid berkongsi live majlis akad nikah suaminya bersama madunya yang digelar adik. Siapkan Sendiri Kelengkapan Video tersebut turut kelihatan ahli keluarga mereka. Di samping itu, dia turut menyiapkan pelbagai kelengkapan pernikahan suaminya selain berada di sisi suaminya sepanjang proses ijab dan kabul berlangsung. Selain itu, wanita itu turut menemani suaminya semasa makan beradab. Wanita itu turut memegang tangan dan suami dan madunya. Lebih menjadi perhatian apabila wanita tersebut dikatakan sangat kuat semasa tempoh majlis tersebut berlangsung. Majlis sanding suamiku Dah 5 tahun lebih akak tak pakaikan sampin untuk pengantin lelaki. Sejak mendirikan rumah tangga dengan kanda akak hanya mekapkan dan groom pengantin perempuan je. Hari ini setelah 5 tahun berlalu. Akak refresh balik kemahiran lama akak. Semalam praktis sekali pakaikan sampin untuk kanda. Ok. Jari akak masih lembut rupanya. Maklumlah mak andam kata sang kanda haha. Head to toe kanda hari ni special touch by MUA Syiela Rashid. Untuk majlis akan datang attire kanda akak yang designkan special untuk hari tersebut. Jelas Syiela lagi, semua persiapan termasuk pakaian pengantin disediakan olehnya. Dia turut memberitahu baju pengantin yang bakal dipakai oleh suaminya nanti merupakan rekaan istimewanya. Susah jumpa macam akak ni Sumber: Syiela Rashid/OhBulan