“Benjy hubungi rakan artis minta tolong” – Ini Keadaan Terkini Benjy Dipenjjara Indonesia

Sudah lama rasanya kita tak dengar cerita tentang Benjy, anak kepada pelakon veteran, Allahyarham Azean Irdawaty. Semenjak Benjy menjalani hukuman penjjara dekat Penjjra Tanjung Gusta, Medan, Indonesia pada 2017 kerana kesal4han memiliki dad4h, tidak banyak berita yang kita dengar mengenainya.

Menurut Berita Harian, pihak SENIMAN pernah melawat Benjy di sana, namun kali terakhir mereka boleh berbuat demikian ialah pada April 2019 dan hajat untuk melawatnya pada tahun ini tidak kesampaian kerana penularan wabak COVID-19.

“Tidak bermakna kami lupakan Benjy” 

Akibat hal ini, SENIMAN kini bimbang akan keadaan terkini Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim yang pastinya berdepan pelbagai cabaran menjadi banduan di negara orang. Menurut Zed Zaidi, SENIMAN merancang membuat lawatan berkala ke Penjjara Tanjung Gusta bagi memberi sokongan moral kepada Benjy.

“Mal4ngnya, tahun ini, kami tidak dapat pergi ke Medan kerana pandemik COVID-19.

“Bagaimanapun, tidak bermakna kami melupakan Benjy. Kami masih mengambil berat dan risau dengan keadaannya. Apatah lagi Benjy ditahan di penjjara di luar negara, pasti ada cabaran tersendiri.

“Ketika saya bertemu Benjy pada 2018, saya lihat dia mengalami masal4h kesihatan. Benjy menghidap penyakit asma yang krittikal dan batuk tanpa henti.

“Sama juga keadaannya ketika Hafiz melawat Benjy, April tahun lalu. Benjy beritahu penyakit asma yang dihidapinya masih terruk.

“Ketika itu, apa yang lebih merisaukan kami adalah apabila mendapat tahu, Benjy menghubungi rakan-rakan artis di Malaysia meminta tolong,” katanya.

Tidak cukup itu, SENIMAN juga pernah menganjurkan program larian, Seniman Run 2.0 pada Februari lepas untuk membantu Benjy.

“Jangan sal4h anggap kami menolong Benjy yang dit4han disebabkan kes penyalahgunaan dad4h. SENIMAN seboleh-bolehnya mahu menolong setiap anak seni yang memerlukan,” kata Zed lagi.

Terdahulu, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur. Benjy disyaki memiliki dad4h jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.

Harap-harap Benjy dalam keadaan baik-baik saja. 

Sumber : Lobak Merah