Dia Pun Pernah Cakap Aku Gugurkan Anak Dia. Kali Ini Giliran Kecik Dedah Siapa Sebenarnya Fara Salleh

Bekas vokalis Hyperact, Kecik, mendedahkan mengenai Fara Salleh wanita yang dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar.

Kecik menerusi laman sosial Twitternya mendakwa, Fara Salleh merupakan bekas teman wanitanya dan pernah tinggal sebumbung.

Menerusi bebenang di Twitter, Kecik berkata wanita tersebut juga pernah mendakwa haamil anak mereka dan menggugurkan bayi tersebut.

“Time November ke Disember tu aku shooting kat Perlis. Dia kat KL, dia selalu kecoh-kecoh suruh balik bla bla…

“Pastu contact mak ayah aku cakap dia gugur anak aku. Siap bagi gambar dekat kakak aku, gambar jaanin dari google,” tulis kecik lagi.

Tambah Kecik lagi, awal perkenalannya dengan Fara wanita tersebut mengajaknya tinggal sebumbung dan sempat tinggal bersama selama setahun.

“Memang salah aku stay berdua dengan dia tapi jahil time tu kan…Aku stay dalam masa setahun, tiga kali pindah.

“First aku stay kondo Banjaria Court dengan budak-budak Hyperact. Pastu aku kenal dia…Dia ajak stay sekali. So aku pun ok ajee…Bak kata orang rezeki gais…hahaha!

“Ya Allah jahilnya aku time tu…Aku stay kat Manjalara dengan dia. Alhamdulillah bahagia awalnya.. 5,6 bulan lepas tu dia kena buang kerja, pastu bermulalah sesi jadi ketua keluarga cenggitu,” dakwa Kecik.

Menurut Kecik lagi Fara Salleh lah yang menyebabkan dia disumbat ke dalam lokap atas tuduhan memuukul dan sebelum itu wanita tersebut bertindak menabur fitnaah tentang dirinya kepada anggota Hyperact.

Dakwanya lagi, Shuk dan isteri pernah meminta bantuan darinya selepas diganggu Fara Salleh.

Malah Fara Salleh juga pernah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipuukul Shuk.

Terdahulu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan Shuk Sahar bermain kayu tiga.

Lebih mengaibkan Shuk turut dituduh menghaamilkan Fara Salleh, sama seperti yang pernah dilalui Kecik.