Negara kecoh mengenai PM yang meletakkan jawatan. Sekali Johan Asari pula beri respon macam ni buat ramai setuju.

Sejak semalam negara digemparkan mengenai Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikhabarkan akan meletakkan jawatan. Menerusi satu perkongsian di Tiwtter, pelakon Johan As’ari mengatakan ramai yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik di zaman kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kata Johan lagi, Allah kini sedang mengangkat darjat beli dan diseb4bkan itu diberikan ujian berat kepada Muhyiddin. Dalam pada itu, Johan turut meminta Muhyiddin bersabar dengan segala dugaan.

Tengah hari tadi, Tan Sri Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Difahamkan pada jam 1 petang tadi Muhyiddin sudah pun keluar dari Istana Negara. Setakat ini, Khairy Jamaluddin sebentar tadi memaklumkan anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Sumber : https://www.rotikaya.com/

Muncul pula dkwaan semua MP BN akan tetap sokong Muhyddin. Sekali Najib tampil siap minta senarai nama ini.

Satu lagi kenyataan bersama yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul, kali ini mendkwa bahawa mereka semua telah pun bersetuju untuk menyokong Muhyiddin Yassin untuk berkhidmat sebagai perdana menteri.

“Ahli Parlimen BN” itu mengatakan bahawa keutamaan mereka sekarang adalah memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara dan Muhyiddin meneruskan agenda “membela rakyat”. Kenyataan bersama itu tidak mengandungi kepala surat rasmi BN, dan juga tidak mempunyai senarai penandatangan.

Bagaimanapun, FMT melaporkan bahawa pembantu kepada Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik Ismail Sabri Yaakob mengesahkan kenyataan itu sebagai “sahih”. Beberapa ahli parlimen BN, seperti Annuar Musa (Umno-Ketereh), memberitahu bahawa jawapan yang tidak jelas.

Percubaan untuk menghubungi Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir untuk mendapatkan komen tidak berjaya. Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sama ada kenyataan ini mewakili semua ahli parlimen BN.

Zahid, dalam kapasiti sebagai presiden Umno, menyatakan bahawa majlis kerja tertinggi (MKT) Umno telah memutuskan untuk menarik balik sokongan parti itu kepada Muhyiddin. Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mempersoalkan dkwaan dalam kenyataan terbaru yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN”.

“Eh.. saya pun ahli parlimen BN. Sejak bila saya setuju langgar arahan MKT parti semalam? Siapa ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan entah pihak mana ini? Saya yang tandatangan watikah pencalonan bagi setiap ahli parlimen BN yang ada hari ini. Sebab itu, saya tentu akan kenal nama setiap orang ahli parlimen BN. Sila beri senarai nama,” katanya di Facebook.

Ini adalah kali kedua sejak 23 Jun di mana kenyataan yang mendkwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul. Kenyataan sebelum ini mendkwa bahawa Ahli Parlimen BN tidak akan menyokong undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Kenyataan sebelumnya pada mulanya dikaitkan dengan Ismail Sabri dan kemudian dikaitkan dengan “semua Ahli Parlimen BN”.

Majlis Presiden PH minta PM letak jawatan

Dalam pada itu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil maklum kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu sudah menarik balik dan menamatkan sokongan kepada Perdana Menteri serta merta. Majlis Presiden juga mengambil maklum kenyataan Peguam Negara berkaitan isu penzahiran sokongan terhadap Perdana Menteri.

Dalam kenyataan media secara bersama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengingatkan Peguam Negara bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sudah dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua parti politik yang menyokong beliau.

“Ini termasuk Presiden Umno, yang sudah dipersembah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020. Maka apabila ketua parti terbesar itu mengumum menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka Perdana Menteri sudah hilang sokongan asas parti itu dan seterusnya hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen. Jelas sekali Peguam Negara bertindak lebih sebagai ahli politik Perikatan Nasional (PN) daripada mempertahankan keluhuran undang-undang,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, mereka berkata Muhyiddin perlu meletak jawatan secara terhormat kerana sudah hilang sokongan dan keabsahan (legitimacy) sebagai Perdana Menteri.

PH: Sekarang bukan masa sesuai untuk pilihan raya

Pakatan Harapan (PH) berpendirian bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil berikutan jumlah kes C0vid-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam yang semakin tertekan.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini berkata justeru itu, PH akan terus memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis C0vid-19 dan program vaksinasi yang lebih pantas.

“PH juga beri fokus kepada langkah-langkah menghidupkan semula ekonomi negara yang lebih baik melalui dasar yang diteliti dan diumum oleh jawatankuasa PH. Kita perlu memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat ekoran krisis C0vid-19 yang kian meruncing, berbanding terus berpolitik demi jawatan dan habuan,” menurut kenyataan itu. Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Sumber : Malaysiakini & Bernama

Bila disalahkan sektor kilang Azmin tampil terus nafikan kilang punca peningkatan kes Covid. Sekali Najib tampil terus sound balik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sektor pembuatan dan perkilangan menyumbang kepada peningkatan kes p0sitif C0vid-19. Beliau berkata, kes positif Covid-19 melibatkan sektor tersebut hanya melibatkan lima hingga 10 peratus.

“Ini berdasarkan data yang dibekalkan Kementerian Kesihatan terhadap kluster-kluster yang wujud setiap hari. Jadi, tidak benar untuk meletakkan kesalahan kepada sektor ekonomi khususnya pembuatan. Sudah tentu, apabila membenarkan sektor ekonomi beroperasi, kebarangkalian kes itu berlaku juga wujud. Ini tidak seperti sektor pendidikan dan sosial yang telah ditutup sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini. Beliau mengulas desakan ramai pihak supaya kilang ditutup kerana terus mencetuskan kluster yang menyumbang peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Mohamed Azmin berkata, kelonggaran atau kebenaran aktiviti sektor ekonomi bersifat perkhidmatan perlu, adalah untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya Malaysia sebagai sebuah negara yang terlibat dalam rantaian bekalan global. Katanya, data Kementerian Kesihatan menunjukkan 75 peratus kes positif ketika ini adalah bersifat sporadik yang bermakna virus Covid-19 telah berada dalam komuniti.

“Justeru, kita meminta pihak majikan terus memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain meningkatkan ujian saringan secara berkala susulan kes positif tidak menunjukkan gejala,” jelasnya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu, berdasarkan Jabatan Statistik Negara pada suku pertama tahun ini, terdapat 2.4 juta tenaga kerja sektor pembuatan dan perkilangan. Difahamkan seramai 16,564 pekerja telah menerima suntikan di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor dan Selangor yang melaksanakan Pikas dalam tempoh 16 Jun hingga semalam.

“Memang ada sedikit cabaran pada Jun ini namun mengikut perancangan dan dibentangkan akan stabil pada Julai dan seterusnya. Kita telah mendapat jaminan bekalan vaksin sebanyak 150,000 dos akan disempurnakan pada pertengahan Julai. Kita minta kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapatkan bekalan tambahan pada bulan depan dan Ogos masing-masing 600,000 dan September 795,000 dos,” katanya.

Dalam pada itu  bekas Perdana Menteri Najib Razak tampil menemplek kenyataan Azmin kerana menurut beliau, selagi ada pergerakan besar-besaran setiap hari, selagi itu rantaian c0vid ini susah untuk di putuskan

Wakil kilang sudah bersuara. Dia ni macam tak faham bahawa virus tak bergerak tapi manusia yang bergerak. Selagi ada lebih 120,000 tempat kerja beroperasi, berjuta orang akan terpaksa keluar bekerja tiap-tiap hari. Dan selagi ada pergerakan berjuta manusia setiap hari, rantaian Covid tidak akan putus dan PKP akan lanjut dan lanjut. Selepas PKP 2.0, 52 hari separuh masak yang gagal, PKP 3.0/3.1 48 hari yang gagal dan 28 hari total lockdown fasa 1 tak total yang gagal, dia masih tak faham prinsip asas ini.”

Menurut Najib lagi, dengan Ro/Rt kembali ke paras neuteral menandakan yang negara negara memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih “Pagi ini, KKM umum kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt naik kembali ke paras neutral 1.00 setelah mengalami trend menaik sejak dua minggu lalu. Kadar 1.00 ini adalah paras neutral. Kadar kebolehjangkitan lebih 1.00 yang berlanjutan bermakna kes baru akan meningkat dengan pesat, sementara kadar di bawah 1.00 bermakna kes baru mula berkurang. Kadar pada 1.00 ini bermakna kes baharu Covid akan kekal pada paras pada ketika ini  iaitu lebih 5k kes baharu bagi tempoh akan datang. Jadi, peluang bagi kes jatuh ke bawah 4k supaya negara beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan dalam masa terdekat menjadi lebih tipis. Lebih lambat lagi kita nak bebas lockdown sekiranya pendekatan melawan Covid tidak berubah dan kerajaan hanya pandang dan biarkan sahaja kadar kebolehjangkitan yang semakin menaik semula sejak 2 minggu lalu walaupun negara kononnya sudah sebulan berada dalam “Total” lockdown dan telah dikenakan PKP 3.0 selama 1 bulan 18 sejak sebelum Hari Raya. Sumber : Metro Online

Tular ramai rakyat yang menyalahi sektor kilang dalam kes positif Covid 19. Sekali Azmin Ali tampil dedahkan peratusan kes positif di sektor perkilangan.

Kes positif Covid-19 melibatkan sektor pembuatan dan perkilangan hanya melibatkan lima hingga 10 peratus sahaja. Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini berdasarkan data yang dibekalkan Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap kluster-kluster yang wujud setiap hari.

“Jadi tidak benar untuk meletakkan kesalahan kepada sektor ekonomi khususnya pembuatan. Sudah tentu, apabila membenarkan sektor ekonomi beroperasi, kebarangkalian kes itu berlaku juga wujud. Ini tidak seperti sektor pendidikan dan sosial yang telah ditutup sepenuhnya. Kebenaran sedikit aktiviti sektor ekonomi bersifat perkhidmatan perlu adalah untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya Malaysia ini sebagai sebuah negara terlibat dalam rantaian bekalan global,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemberian Vaksin Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan ramai pihak supaya kilang ditutup kerana terus mencetuskan kluster yang menyumbang peningkatan kes Covid-19 ketika ini. Mohamed Azmin turut menjelaskan berdasarkan data KKM yang telah diumumkan juga menunjukkan 75 peratus kes positif ketika ini adalah bersifat sproadik yang bermakna telah berada dalam komuniti.

“Justeru, kita meminta pihak majikan terus memastikan pematuhan prosedur operasi standard ( SOP ) selain meningkat ujian saringan secara berkala susulan kes positif tidak menunjukkan gejala,” jelasnya. Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu, berdasarkan Jabatan Statistik Negara pada suku pertama tahun ini terdapat 2.4 juta tenaga kerja sektor pembuatan dan perkilangan.

Difahamkan seramai 16,564 pekerja telah menerima suntikan di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor dan Selangor yang telah melaksanakan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) setakat ini dalam tempoh 16 Jun hingga semalam.

“Memang ada sedikit cabaran pada Jun ini namun mengikut perancangan dan dibentangkan akan stabil pada Julai dan seterusnya. Kita telah mendapat jaminan bekalan vaksin sebanyak 150,000 dos akan disempurnakan pada pertengahan julai. Selain, minta kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mendapatkan bekalan tambahan pada bulan depan dan Ogos masing-masing 600,000 dan September ( 795,000),” katanya. Sumber : K!ONLINE

Ramai yang luah tidak puas hati bila PM umum sahaja PKP dilanjutkan lagi. Sekali rakyat gesa kerajaan untuk tutup sektor ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penular4n wab4k Cov1d-19. Susulan itu, platform media sosial dipenuhi dengan suara hati rakyat yang kec3wa dan mar4h dengan keputusan kerajaan. Antara hashtag yang trending di laman Twitter adalah #KerajaanZ4lim, #KerajaanPembvnuh dan #KerajaanBang***.

Rata-rata pengguna mengg3sa kerajaan untuk menutup kilang-kilang yang masih beroperasi kerana dilihat menyumbang kes j4ngkitan tertinggi. Ada segelintir wargamaya yang kelihatan meluahkan rasa pen4t kerana Malaysia masih berada di takuk yang sama selepas melihat jumlah kes harian Cov1d-19. Anda boleh lihat antara sebahagian pandangan dan respon warganet di bawah.

Terdahulu, kerajaan sekali lagi mengumumkan akan memberi bantuan berskala besar kepada rakyat Malaysia. Menurut Muhyiddin, pengumuman bantuan menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat akan diumumkan pada Isnin atau Selasa ini. Sumber : viralmy

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.