Cinta hujung nyawa. Abang dedah hajat adik nak bersanding tak tercapai dan rupanya ini yang berlaku pada adik dan pasangannya.

Setiap pasangan ingin hubungan mereka berkekalan, berkahwin, mempunyai anak kemudian hidup bahagia dan berkekalan hingga ke akh1r hay4t. Namun sebagai manusia kita hanya mampu merancang kerana sebaik-baik perancang adalah Allah, dia lebih tahu segala-galanya merangkum1 rezeki, jodoh dan juga aj4l seseorang.

Lu4h rasa r1ndu pada adik melalui video

Seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Afiq ada memuat naik video yang memaklumkan bahawa dia sangat mer1ndui adiknya dan menerusi perkongsian video-videonya dapat dirasakan bahawa hubungannya dan adiknya pasti akrab.

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=945188872909593

M4ut dalam kejadian yang tak diingini bersama suami

Afiq memberitahu bahawa adiknya telah pergi buat selamanya sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja bersama suaminya dan mereka baru 3 bulan bernikah dan akan melangsungkan majlis bersanding pada 30 Mei ini.

Tumpah air mata melihat perkongsian video oleh Afiq mengenai 4rwh adik dan adik iparnya yang tidak semp4t naik pelamin seperti yang dirancang. Allah lebih menyayangi mereka berdua dan kini majlis kahwin mereka digantikan dengan kenduri tahl1l. Sumber : KL Menjerit

Berita baik untuk pasangan yang nak bernikah di Negeri Selangor. Jais dah benarkan akad nikah mulai 1 julai. Ini syarat yang ditetapkan oleh pihak jais.

Berita baik buat pasangan yang mahu bernikah di negeri Selangor apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran bagi pasangan di negeri berkenaan untuk menjalankan majlis akad nikah bermula 1 Julai 2021.
di halaman Facebook rasmi jabatan tersebut, kebenaran perlaksanaan majlis akad nikah ini akan dilaksanakan dengan beberapa syarat dan ketetapan SOP terkini iaitu : 1. Perlaksanaan dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja dari hari Isnin sehingga Ahad.

2. Telah mendapat tarikh temujanji bagi majlis akad nikah daripada JAIS dan PAID. 3. Kehadiran terhad kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Individu lain tidak dibenarkan hadir, termasuk Jurugambar.

4. Telah mendapat Kebenaran Berkahwin di bawah Seksyen 17 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun 2021 & Keputusan Ujian saringan HIV lelaki serta perempuan masih sah.

5. Pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali WAJIB menjalani ujian RT-PCR COVID19 dalam tempoh 72 jam (3 hari) dari waktu perlaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan kepada Pendaftar sebelum majlis dilaksanakan. 6. Pihak-pihak terlibat WAJIB mematuhi ketetapan semasa MKN, KKM dan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan.

7. Jika terdapat mana-mana perlnggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, pisah dan Rujuk atau Pentadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan majlis akad nikah. 8. Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi peraturan semasa yang ditetapkan.

Alhamdulillah, Terbaik! 

Menjengah ke ruangan komen, pastinya ramai yang bersyukur dan gembira atas berita ini. Mana tidaknya, ramai telah mendapat tarikh dan ada juga yang sedang menantikan tarikh janji temu baharu untuk melengkapkan dokumentasi dengan jabatan berkenaan.

Ramai yang mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan. Terkini Khairy Jamaluddin dedahkan Pm akan umumkan pakej bantuan covid 19 berskala besar tak lama lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej bantuan covid-19 dalam skala besar. Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, yang memberitahu perkara itu tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

“Saya tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri akan mengumumkan perkara ini,” katanya memetik laporan The Star. Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi covid-19 Kebangsaan mengulas perkara itu pada sesi libat urus seiring Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang diadakan secara maya pada Khamis.

Khairy menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan ekonomi ketika pandemik COVID-19.

Pada 31 Mei, Muhyiddin mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh. Sebelum ini, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan RM340 bilion. Sumber : Gempak

Lepas Hospital Sg Buloh kali ni Hospital Ampang pula dijadikan Hospital khusus untuk covid 19 di Selangor. Rupanya ini punca.

Meskipun selepas 3 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, kes harian masih 4 angka dan tidak menunjukkan penurunan yang banyak. Makin membimbangkan lagi apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi terus meningkat sekali gus membuatkan kadar penggunaan katil untuk merawat pesakit Covid-19 melebihi 100 peratus.

Terbaru, Hospital Ampang dilaporkan telah diubah menjadi hospital khusus Covid-19 berkuat kuasa semalam, 23 Jun dan menjadikan ia hospital Covid-19 penuh yang kedua di Selangor selepas Hospital Sungai Buloh.

Menurut Malaysiakini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menukar status hospital itu daripada Hospital Hybrid Covid-19 kepada Hospital Covid-19 bermula serta merta semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor Sha’ari Ngadiman berkata, “Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang tinggi terutamanya yang melibatkan pesakit kategori 3 dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.”

Jumlah kes harian yang tinggi di Selangor menyebabkan purata penggunaan katil hospital sedia ada melebihi tahap maksimum. Keadaan itu turut menyebabkan pusat kuarantin berisiko rendah MAEPS sukar untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.

Dengan penukaran status Hospital Ampang itu, kini semua rujukan pesakit bukan Covid-19 dari kemudahan lain ke hospital berkenaan harus dihentikan buat sementara waktu. Sebelum ini, Hospital Sungai Buloh terlebih dahulu dijadikan hospital khusus Covid-19 utama di Selangor pada bulan Mac 2020, ketika awal penularan wabak ini.