Ramai yang sebak lepas dapat tahu apa yang pernah dialami oleh keluarga Hanis Zalikha. Rupanya sampai macam ni yang mereka pernah lalui.

Mmenerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Hanis Zalikha terkenang ketika membesar dalam kesusahan apabila kedua ibu bapanya berniaga kuih muih dan nasi lemak. Dalam entri tersebut, isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu turut memuat naik gambar kuih kegemarannya iaitu pulut panggang. Ujarnya, setiap kali makan kuih tersebut, dia pasti akan teringat kehidupan zaman dahulu.

“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih dan nasi lemak. “Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hanis turut mengucapkan terima kasih buat ibu bapanya yang bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan mereka adik beradik. “Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kes3mpitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama,” tulisnya.

Perkongsian Hanis itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut sebak apabila mendapat tahu Hanis sekeluarga pernah hidup susah kerana ada yang menyangkakan keluarganya orang senang.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Rotikaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tiada Pembantu Rumah. Terkejut Rupanya Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Bahagi Kan Kerja Rumah Sama Rata Bila Dah Tiada Pembantu Rumah Ni.

Pelakon terkenal Hairul Azreen mendedahkan dirinya dan isteri, pengacara Hanis Zalikha tidak mempunyai pembantu rumah atau ‘maid’ di rumah mereka. Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, pemilik nama Hairul Azreen Idris itu berkata mereka berdua bekerjasama dan membahagikan tugasan kerja rumah.

“Habis training mesti korang ingat saya rehat kan? Tidak saya kena kemas rumah. Sebab kami tak ada pembantu/maid, sekali je seumur hidup saya ada pembantu itu pun dah balik for good,” tulisnya. Dalam beberapa ‘posting’ lain pula, bintang filem Paskal itu menunjukkan gambar sinki yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang masih belum dicuci.

“Kalau ada pembantu rumah, takkan jadi macam ni. Walaupun beras saya beli hahah tapi cuci pinggan vakum karpet & sapu satu rumah tu kerja saya. “Kami bahagi tugas masing2, Keknis dia cuci baju lipat kain semualah, saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa,” tulisnya.

Menurut pelakon berusia 33 tahun berkenaan, disebabkan mereka tidak menggaji pembantu rumah segala kerja menguruskan rumah dan anak haruslah dibahagikan sama rata antara satu sama lain. Wah, bagus sungguh strategi Hairul dan Hanis! Masing-masing bekerjasama, barulah rumah tangga harmoni sentiasa.

Untuk rekod, Hairul berkahwin dengan pelakon, pengacara dan penulis blog Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015 lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Iskandar dan seorang anak perempuan diberi nama Alisa.

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Tak Sangka Borak Kosongnya Selama Ini Jadi Kenyataan. Hairul Azreen Baru Sedar Ada Bakat Terpendam.

Hairul anggap menjadi pengarah buat kali pertama merupakan pengalaman berguna buatnya. Muncul dengan filem pertama berjudul Ada Hantu, pelakon Hairul Azreen mendedahkan idea tercetus untuk menghasilkan cerita seram itu selepas berborak kosong dengan penerbit, Adrian Teh.

Buat pertama kali mengarahkan sebuah filem, Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris menyedari dirinya mempunyai bakat menjadi seorang pengarah namun memerlukan tunjuk ajar. Mengakui ia satu pengalaman berguna buat dirinya, pelakon berusia 33 tahun ini berharap penonton dapat memahami mesej yang cuba disampaikan dalam filem tersebut.

Hairul akui masih memerlukan tunjuk ajar sebagai pengarah.

“Filem ini bermula dengan borak kosong bersama penerbit, Adrian Teh, untuk menghasilkan cerita seram. Adrian sibuk, jadi menyuruh saya yang mengarahkannya. Saya boleh mengarah, tetapi memerlukan banyak tunjuk ajar. Jadi, banyak perkara yang saya nampak sebagai pengarah apabila menghasilkan filem. Sememangnya, ia adalah pengalaman yang berguna buat saya. Saya harap cara penyampaian saya difahami penonton serta disukai. Filem ini akan membuatkan penonton berfikir pada penghujung cerita sebab ada elemen kejutan,” katanya. Selain menjadi pengarah, Hairul turut membintangi filem Ada Hantu bersama Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.

Saya harap cara penyampaian saya difahami penonton serta disukai.

Filem arahan pertama suami kepada selebriti Hanis Zalikha itu boleh distrim menerusi platform Disney+Hotstar yang dilancarkan sejak 1 Jun lalu. Dalam pada itu, Hairul turut berkongsi pendapatnya mengenai kritikan warganet terhadap poster filem tersebut hasil tangannya sendiri. Mengambil kritikan secara positif, pelakon filem Paskal ini memberitahu dia berpuas hati dengan hasil rekaannya memandangkan beberapa artis yang terlibat dalam kesenian turut menyukai poster tersebut.

“Berkenaan dengan poster itu… bagi pandangan saya dan beberapa orang artis (bukan pelakon) yang minat dengan art, mereka suka dengan poster saya. Walaupun ada yang tak suka sebab katanya poster itu tidak menarik tapi saya tetap berpuas hati dengan apa yang saya buat. Ini pun permulaan dan filem pertama saya. Saya cuma berharap orang dapat terima dan tonton filem saya, itu yang paling penting. Sebab itu karya yang saya nak tampilkan. Poster ini pun nak tunjuk bahawa filem saya nak keluar. Saya tahu benda ini (poster) viral tapi saya harap semua orang dapat terima filem pertama saya,” ujar Hairul.

Sebelum ini, poster filem pertama arahan Hairul Azreen berjudul Ada Hantu dianggap tidak cantik dan kurang sesuai untuk dijadikan bahan promosi bagi menarik penonton. Seorang pengkritik filem menggunakan akaun @Zhafblog berpendapat Hairul sepatutnya menggunakan khidmat pereka grafik yang lebih arif tentang itu.

About Mediabawang

Check Also

Reen rahim berjaya mencuit hati warganet lagi dengan memuatnaik gambar ini. 

Buat peminat drama Pujaan Hati Kanda pasti sangat mengemari watak dilakonkan oleh selebriti jelita, Reen …