Selepas Kejadian Tolong Orang Tempoh Hari, Tok Singa Dan Wea Selamos Kena Naik Mahkamah Pula

Pengamal perubatan tradisional dikenali sebagai Wea Selamos dan Tok Singa bersama dua lagi rakan mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini pada Isnin atas tuduhan memu.kul seorang bomoh pada 5 Ogos lalu.

Wea Selamos atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Izwan Midin, 33, dan Tok Singa atau nama sebenar, Muhammad Firdaus Mohd Adnan, 33, didakwa di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Aniz

Dua lagi rakan mereka juga pengamal perubatan tradisional ialah Idrees Ishak, 42, dan Mohd Eric Mohd Ramli, 35.

Kesemua mereka selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecede.raan ke atas Ahmad Shahrill ‘Ariff Zainol, 39, di sebuah rumah tumpangan di Jalan Taqwa, Kampung Huda, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini pada jam 4 pagi, 5 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Kesek.saan yang memperuntukkan huku.man pen.jara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kes.alahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Shahril Ramli manakala kesemua OKS diwakili peguam, Mohd Azrul Hasyimi Mohamad.

Sebelumnya, Shahril memohon tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen dan mencadangkan jaminan RM5,000 ke atas setiap OKS.

Mohd Azrul Hasyimi bagaimanapun merayu bagi pihak semua anak guamnya supaya jumlah itu dikurangkan dengan alasan mereka memberi kerjasama baik termasuk Tok Singa dan Idrees yang baru tiba dari Pulau Pinang untuk datang ke mahkamah tersebut.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua mereka diikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Oktober ini.

Kesemua mereka dibebaskan selepas menjelaskan jaminan itu.

Pada awal Ogos lalu, tular beberapa siri siaran langsung di media sosial Facebook memaparkan kejadian membabitkan sebuah keluarga mendakwa terkena perbuatan sihir.

Sekumpulan pengamal perubatan yang cuba membantu mereka dikatakan secara kebetulan membongkar perbuatan seorang bomoh lain yang kononnya datang membantu keluarga itu tetapi dipercayai melakukan perbuatan si.hir terhadap orang lain pula.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: