Nora Ariffin Sekali lagi diuji dengan ujian berat setelah kehilangan insan tersayang

Setiap yang hidup pasti akan merasakan kemat1an. Namun bagi penyanyi Nora Ariffin, kebelakangan ini banyak kemat1an yang berlaku begitu dekat dengan kehidupannya.

Bermula dengan kemat1an suaminya, Johan Nawawi pada 2017 dan diikuti dengan kemat1an anaknya pula, Alif Johan pada 2019, satu lagi berita kemat1an menyusul.

Menerusi Instagram Nora, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini memaklumkan bahawa ibu mertuanya, Nora Abdullah (ibu arwah Johan Nawawi) telah meningg4l dvnia hari ini pada pagi tadi (2 September 2020). 

Dalam kenyataannya di media sosial tersebut, dia berharap ibu mertuanya ditempatkan bersama para solehin dan dapat bertemu dengan suami dan anaknya di sana nanti. Sedihnya… 

Netizen bersimpati dengan Nora

Rata-rata netizen di media sosial mengucapkan takziah buat Nora dan mendoakan semoga penyanyi ini tabah dengan dugaan yang dihadapinya itu.

Ujian yang menimpa Nora ini juga mendapat perhatian personaliti TV3, Fedtri Yahya yang juga bersimpati dengan penyanyi ini.

Untuk info, arwah Nora Abdullah ialah pelukis komik wanita pertama negara dan terkenal dengan hasilnya tentang lagenda Cik Siti Wan Kembang pada tahun 1955 dan diterbitkan semula dalam majalah Gila-Gila dan Salina pada tahun 1980-an.

Takziah buat keluarga Nora Ariffin. Al Fatihah…