Penolong Pegawai & Pegawai Penguat kuasa MBSA dir3man 7 hari

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai penguat kuasa dir3man selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasvah bagi melindungi premis perniagaan har4m di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah r3man bermula hari ini sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 38 tahun itu dit4han di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM), Putrajaya kira-kira pukul 9.30 malam, semalam selepas hadir memberi keterangan.

Semalam, lima individu termasuk empat penguat kuasa dir3man selama tujuh hari bagi membantu kes yang sama.

PUTRAJAYA: Empat pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dir3man tujuh hari berkaitan siasatan kes menerima dan mengutip rasvah bagi melindungi premis perniagaan har4m di Sungai Buloh.

Turut dir3man tujuh hari ialah seorang peniaga rokok seludup berbangsa Aceh kerana disyaki membayar wang rasvah kepada penguat kuasa.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan perintah r3man oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) Putrajaya, kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Mereka yang dir3man sehingga 18 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek berusia antara 41 hingga 45 sebelum itu dilihat tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 8.40 pagi tadi dengan memakai baju lokap SPRM dan bergari.

Semalam, SPRM menahan empat pegawai penguat kuasa MBSA kerana disyaki melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh.

Pegawai penguat kuasa berusia itu turut disyaki mengutip dan menerima wang perlindungan secara bulanan RM300 hingga RM3,500 daripada peniaga dan premis tanpa lesen, termasuk kegiatan perjudian har4m di sekitar daerah itu.

Mereka yang dit4han terdiri daripada tiga penguat kuasa dari MBSA Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

Seorang peniaga rokok seludup keturunan Aceh yang tidak mempunyai sebarang dokumen, turut dit4han.

Menurut sumber, nilai sogokan terbabit yang dibayar kepada anggota penguat kuasa yang mengawasi kawasan itu, dipercayai bergantung kepada saiz premis dan jenis perniagaan yang dijalankan.

Antara premis yang membayar sogokan itu termasuk kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai yang menjalankan perniagaan di tempat tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya yang mengesahkan penahanan pengawai MBSA itu, ketika dihubungi tidak menolak kutipan rasvah secara bersindiket berlaku dalam kalangan anggota penguat kuasa.

Ia susulan pendedahan yang dibuat pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42 menerusi video yang tular mengenai kewujudan pusat judi har4m online har4m serta kedai runcit menjual rokok seludup.

Lima suspek lelaki termasuk seorang peniaga rokok seludup diiringi pegawai SPRM tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan r3man berikutan kes tular perniagaan har4m di Sungai Buloh. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Sumber : BH