Peragut Mendapat ‘Flying Kick’ Dengan Pegawai MBJB Dan Dapat Pujian Netizen Bila Selamatkan Wanita Ini

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada peragut ini yang menerima balasan ‘cash’ selepas melakukan perbuatan terkutuk itu dalam satu rakaman CCTV yang dipercayai berlaku di Johor.

Dalam satu perkongsian CCTV yang tular di Facebook sejak pagi tadi, lelaki tersebut dirakam dengan jelas diterajang oleh salah seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas meragut seorang wanita di tepi jalan.

Walaupun berjaya meloloskan diri dan meragut dengan berjaya namun beliau selepas itu bergelut dan terjatuh sebelum ditendang sehingga terpelanting oleh pegawai PBT yang berada di kawasan tersebut.

Aksi ragut dan tendangan padu yang dirakam itu boleh dilihat bermula di saat ke 15 di perkongsian video di bawah.

CSI Solution CCTV Johor Bahru Malaysia

Posted by Wise Lee on Isnin, 31 Ogos 2020

Tindakan spontan dan pantas lelaki yang dipercayai pegawai penguatkuasa itu kemudiannya menerima pujian daripada netizen dengan perkongsian video tersebut sehingga kini sudah pun dikongsikan kembali sehingga 11,000 kali di Facebook.

Bukan sahaja berpuas hati melihat tendangan padu daripada pegawai tersebut malah mereka juga rata-rata yang meninggalkan komen bersetuju dengan tindakan pantas yang berjaya menghalang lelaki itu untuk melarikan diri.

Maklumat yg diterima kes ragut berlaku tengahari tadi. Seorang penunggang motosikal meragut beg seorang wanita berhampiran Bank Islam Mount Austin Johor Bahru. Suspek berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam – FB INFO ROADBLOCK

photo_2020-09-01_16-33-43

Sumber : TheVocket