Baru semalam kerajaan umumkan pkp sambung dan kedai makan buka hingga 10 malam. Hari ni Kerajaan Sabah umumkan sesuatu yang lain pulak.

Premis kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam bermula esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil setelah kerajaan mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam. “Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sabah benarkan makan di restoran, buka kedai gunting

Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula esok. Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, dalam kenyataannya hari ini berkata, ia termasuk makan di restoran, kedai makan dan restoran hotel, pembukaan gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan. “Bagi aktiviti pembuatan dan perkilangan pula, ia akan diperluaskan kepada industri getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot,” katanya.

Semua aktiviti terbabit tidak dibenarkan sepanjang empat minggu pertama PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu. Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri masih mengekalkan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 yang dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu berikutan pengekalan PKP Fasa 1 selama dua minggu lagi. Katanya, perincian SOP terbaharu bagi negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo Online / HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasar pasar malam minggu dan pasar tani akan dibenarkan dengan mengikut syarat ini. Sekali ada lagi yang bakal dibenarkan oleh kerajaan bermula Fasa Tiga PKP.

Aktiviti makan di restoran (dine-in) hanya dibenarkan pada Fasa Tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas daerah pula dibenarkan pada Fasa Tiga manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.