Masih ramai golongan antivax di Malaysia. Sekali kerajaan tampil beri cadangan untuk buat sesuatu pada golongan ini.

Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati menghasut orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pensyarah kanan fakulti undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof DR.Ainul Jaria Maidin berkata “Kerajaan mempunyai bidang kuasa membuat peruntukan denda ke atas pihak yang menolak vaksin atas dasar menjaga keselamatan awam.

Katanya,kerajaan mempunyai dua pilihan dalam mewartakan undang-undang berkaitan sama ada meminda akta sedia ada ataupun menggubal ordinan darurat baharu. “Perwartaan undang-undang dalam waktu darurat adalah lebih mudah mengambil kira kuasa kerajaan untuk meminda undang-undang yang ada dalam akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 (akta 342).

“Dalam pada masa yang sama denda yang dikenakan bukan hanya terhad kepada golongan yang menolak vaksin malah kepada golongan antivaksin kerana menyebabkan berita palsu di bawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.”

“Dalam situasi ini,kuasa kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat di mana keperluan kesihatan dan ekonomi akan mengatasi kepentingan individu yang menolak vaksin” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau mengulas kewajaran tindakkan dikenakan denda kepada golongan yang masih menolak vaksin covid-19 sepertimana dipraktikkan sesetengah negara lain termasuk indonesia yang mengenakan denda dan menarik bantuan sosial.

Mengalus lanjut, katanya, kerajaan juga perlu meningkatkan kesedaran dan memperluaskan kadar liputan imunisasi dengan mengambil kira hukum berdasarkan kerangka maQasid syariah membabitkan kepentingan memelihara nyawa.

“Kerajaan hendaklah menyediakan maklumat lengkap untuk raykat memahami kepentingan vaksin dan sumber vaksin supaya masyarakat terutamanya yang beragama islam boleh menerimanya tanpa was-was serta dengan hati yang terbuka.

“Menolak vaksin mendedahkan diri kita dan ahli keluarga serta masyarakat kepada bahaya yang mungkin menyebabkan jangkitan covid-19 dan berisiko lebih buruk”.

“Risiko penolakan vaksin lebih besar berbanding mudarat kesan sampingan daripada pengambilan suntikan vaksin yang hanya bersifat sementara apatah lagi vaksin terbukti dapat memberi perlindungan kepada masyarakat sekali gus mempengaruhi status kesihatan awam keseluruhannya.

Sumber: HM

Terkini kajian mendapati virus delta boleh membiak dalam hidung individu yang sudah dapat suntikan vaksin.

Putrajaya: Kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta mendapati bahawa ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin. Keadaan itu disifatkan sama seperti individu yang belum divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, tadi.

Tambah Dr Noor Hisham, sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Mengenai virus Delta, Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian berkenaan boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara. Beliau berkata tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif Covid-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter. Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.

Tak sebut tentang had perjalanan 10km. Terkini individu yang dah lengkap divaksin di negeri fasa 1 boleh naik kereta ikut kapisiti penuh.

INDIVIDU dalam negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sudah lengkap divaksin boleh menaiki kenderaan dengan kapsiti penuh bermula Jumaat, 20 Ogos. Perkara itu dimaklumkan menerusi perincian prosedur operasi standard (SOP) baharu oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kini, tiada lagi had dua individu dalam kenderaan bagi sesiapa yang sudah menerima vaksin lengkap. Sebaliknya, ketetapan itu berubah mengikut kapasiti penuh sesebuah kenderaan. Perincian terbaharu itu juga tidak menyebut mengenai had perjalanan 10 kilometer (km), namun mereka haruslah berada dalam daerah yang sama.

Bagaimanapun, perjalanan rentas daerah dan negeri masih belum dibenarkan. Untuk rekod, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya masih lagi berada dalam Fasa 1 PPN.

Lama menyepi akhirnya ini kata kata Anwar Ibrahim lepas Ismail Sabri berjaya di lantik sebagai Perdana Menteri ke 9.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan sebagai satu cabaran kepada pembangkang untuk bekerja lebih gigih menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pembangkang itu berkata, usaha tersebut supaya pembangkang dapat memenangi semula mandat rakyat yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu. “Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak Covid-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada pilihan raya mum yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri baharu. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan selepas Majlis Raja-Raja Melayu selesai mengadakan mesyuarat khas semalam.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pembangkang menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM ke-9: Anwar junjung kasih titah Agong

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan media malam ini, beliau yang mewakili pihak pembangkang keseluruhannya mengambil maklum keputusan oleh Seri Paduka Baginda itu. “Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan,” katanya.

Berikut adalah 10 fakta mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang anda perlu ketahui:

1) Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960. 2) Mendirikan rumah tangga pada 1986 bersama pasangannya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

3) Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. 4) Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, manakala anak lelakinya, Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi dan pelakon.

5) Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh, Pahang (1967), Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973) dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976). Beliau menyambung pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik dan kemudiannya Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (1980).

6) Memulakan kerja sebagai peguam sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik, pada 1995 dan berpengalaman menjadi jemaah menteri sejak 2008.

7) Menjadi Ahli Parlimen Bera dari 2004 sehingga kini. 8) Menerajui lima kementerian iaitu menjadi Menteri Belia dan Sukan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Pertahanan.

9) Sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), selain menjadi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. 10) Dalam parti politik, beliau bermula sebagai Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Temerloh (1987), Ketua Penerangan Umno Bahagian Temerloh (1988), Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Temerloh (1993) dan Timbalan Ketua Bahagian Temerloh (2001) serta Ketua Umno Bahagian Temerloh (2004). Kini, beliau merupakan Naib Presiden Umno.

Alhamdulillah terkini Ismail Sabri diumumkan sebagai Perdana Menteri ke 9.

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ia selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Sementara itu, ucapan tahniah atas perlantikan itu dimuat naik Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Facebook (FB) sebentar tadi.

“Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. “Saya sebut beberapa hari lepas, perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan.

“Ia demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis #Covid19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat,” katanya hari ini. Beliau yang juga bekas Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan)

memberi jaminan akan membantu Ismail Sabri atas apa juga kapasiti demi kepentingan negara. “Selamat menjalankan amanah Dato’ Sri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.