Shuib akhirnya mengaku kereta disita SPRM dan ini penjelesannya

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular foto berpuluh kereta mewah yang dis-ita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu sia-satan berkenaan sindiket M4cau Sc4m.

Malah, kec0h apabila ada yang mendakwa salah satu kereta yang tular adalah milik Shuib Sepahtu. Mengakui kereta tersebut adalah miliknya, Shuib berkata sudah menjadi kewajipannya untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Ya memang kereta yang tular tempoh hari milik saya. Alhamdulillah kereta itu sudah dikembalikan.

“Saya tahu pelbagai f-itnah yang bertebaran di laman sosial buat masa ini, namun perlu saya hormati pihak berkuasa yang masih menjalankan si-asatan. Tiada komen lain yang ingin saya kongsi selain mahu memberi fokus buat kerjaya dan perniagaan saya kini,” katanya kepada Utusan Online.

Turut memuat naik gambarnya bersama kereta tersebut di Instagram semalam, Shuib berkata tujuannya berkongsikan gambar berkenaan adalah untuk meluahkan rasa syukur selepas berdepan dugaan.

“Bukan mahu ri-ak, tetapi jelas menunjukkan betapa saya dan isteri sangat bersyukur dapat melalui dugaan ini bersama.

“Banyak yang saya belajar sebenarnya, bagaimana satu gambar juga mampu menimbulkan pelbagai spe-kulasi,” katanya lagi.

Beberapa minggu lalu Shuib dan Sarah menjadi perhatian apabila dipanggil SPRM bagi membantu si-asatan berkaitan kes pengubahan wang h4ram.

Warganet Puji Keb-eranian Iesya Toh Mohon Maaf

Selepas pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu memuat naik foto terbaru bersama isteri dan kereta mereka, pelbagai reaksi ditinggalkan warganet.

Ia termasuk komen yang mengheret nama pengacara dan penyanyi Iesya Toh ke dalam ruangan komen dan mend-esak personaliti tersebut memohon maaf kepada Shuib.

Antara komen tersebut mendakwa, Iesya sebelum ini pernah memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG), mengaitkan Shuib dengan kes penggubahan wang haram dan Macau Scam.

Menyedari namanya disebut pada ruangan komen di IG Shuib, Iesya memohon maaf kerana dengan tindakan yang membuat hantaran semula (repost) dari Facebook (FB), foto pacuan empat roda yang dikatakan milik pelawak tersebut.

Tidak melenting namanya ditagged oleh netizen, bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) itu secara terbuka membuat permohonan maaf kepada Shuib.

“Minta maaf @shuibsepahtu post pic kereta u, even repost from FB,” tulisnya.

Walaupun sudah memohon maaf dan tindakan tersebut menjadi perde-batan warganet, ada pengikut IG yang memuji Iesya kerana berani tampil di laman sosial suami kepada Siti Sarah itu.

“Love U Iesya, humble straight to the point. Berani kerana benar, salah minta maaf…simple!”, komen sorang pengikut.

“Love U more, tak kurang seringgit pun dengan minta maaf. Pic (gambar) tu SPRM yang keluarkan. Apa yang penting kes lagi besar sedang berjalan. Kita doakan agar yang salah boleh dib0ngkarkan oleh Allah SWT,” balas Iesya.

Selain itu menerusi tinjauan Gempak di ruangan komen, Shuib turut memberi respon kepada Iesya.

“Terima kasih sebab banyak sebar dan fi-tnah saya. Saya doakan semoga awak diberkati dan dirahmati selalu,” tulisnya.

Sementara itu, Iesya ketika dihubungi Gempak enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu.

“Saya minta maaf, saya tidak ada apa-apa komen lagi tentang perkara ini,” jawabnya ringkas.

Dalam pada itu Iesya menerusi sebuah hantaran di IGnya berkata dia hanya menulis berdasarkan rekod awam.

Hantaran tersebut turut mendapat sokongan pengikutnya di IG yang tidak putus-putus memberikan kata-kata positif dan semangat agar Iesya terus menyalurkan informasi terkini di laman sosialnya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Kredit: Trending Sangat