2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga

MALAYSIA: Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan 14 kes baru cov-19 dengan 11 orang daripadanya merupakan kluster Sivagangga. Selain itu, dalam satu sidang akhbar yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa 2 orang pelajar sekolah rendah berusia 7 dan 10 tahun telah disahkan positif cov-19 pada ahad lalu mendapat jangkitan daripada pesakit 8975 dan 8976 daripada Kluster Sivarangga di Kedah.

Tambah Ketua Pengarah Kesihatan lagi, kluster tersebut juga merekodkan 11 kes pada Ahad dan semuanya melibatkan warganegara Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham memaklumkan setakat ini sebanyak 313 orang telah disaring dan 20 daripada dikesan positif, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.

Menurutnya, daripada 20 kes yang dikesan positif, semua kes adalah aktif, tiada kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.

“Daripada 20 kes positif yang dilaporkan, sebanyak 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan lima kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Semua pesakit telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan.

“Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan aktiviti pembersihan serta nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif,” katanya.

KKM pada 28 Julai lepas mengesahkan dua lagi kluster baharu Cov-19 dikenal pasti di Kedah dan Sarawak membabitkan sembilan individu dikesan positif.

Dr Noor Hisham berkata, kluster di Kedah dikenali sebagai Kluster Sivagangga, India membabitkan lima individu.

Manakala pada 31 Julai lepas, KKM telah menyaring sebanyak 262 orang membabitkan Kluster Sivagangga.

Daripada jumlah itu, lapan kes dikesan positif Cov-19 manakala 251 kes negatif dan tiga lagi kes menunggu keputusan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MySumber