70% dari keseluruhan kes Cvd19 adalah berpunca dari sektor ini sahaja. Sekali ini yang Dr Norlela Ariffin dedahkan.

Sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19 direkodkan di Pulau Pinang setakat ini berpunca daripada tempat kerja terutama sektor perkilangan dan industri. Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, hari ini. Beliau berkata, ia berdasarkan laporan siasatan dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang mendapati kluster tempat kerja khususnya sektor perkilangan adalah punca utama peningkatan wabak berkenaan.

“Antara punca jangkitan menjurus kepada penempatan pekerja warga asing apabila berlaku percampuran antara lebih 10 kilang dalam satu kawasan penempatan atau asrama pekerja. Di samping itu, fasiliti kediaman atau rumah untuk pekerja menjalani kuarantin didapati tidak sesuai dan jumlah penghuni melebihi kapasiti dihadkan hingga menyebabkan berlaku peningkatan jangkitan,” katanya.

Dr Norlela berkata, analisis dijalankan pakar Matematik dari Stanford, Dr David Benjamin Lim turut mendapati 70 peratus daripada jumlah keseluruhan 8,668 kes direkodkan dalam tempoh ini berpunca daripada tempat kerja. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu dari 1 Jun hingga 14 Julai lalu, 6,222 kes daripada 9,668 kes direkodkan di negeri ini berpunca daripada kluster tempat kerja terutama sektor perkilangan dan industri. Menurutnya, sehingga 28 Ogos lalu, sebanyak 246 kilang di seluruh Pulau Pinang diarah ditutup selepas dikesan berlakunya kes jangkitan Covid-19.

“Ia membabitkan 135 kilang di daerah Seberang Perai Tengah, 47 (Barat Daya); 29 (Seberang Perai Selatan); 27 (Seberang Perai Utara) dan lapan di daerah Timur Laut. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding hanya 17 kilang diarah tutup pada tahun lalu iaitu 15 kilang di Barat Daya serta masing-masing satu di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menutup mencetuskan kluster memandangkan ia di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP). Menurutnya, peningkatan kes Cvd19 di itu meningkat mendadak selepas aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan di bawah Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya membabitkan kawasan seperti di pasar awam, tapak pembinaan dan premis perniagaan. Katanya, penularan di dalam komuniti menyebabkan jangkitan sukar dikawal selain terdapat isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan risiko jangkitan lebih tinggi. Sumber : Hmetro

Jiran tampil buat laporan polis gara gara ingkar SOP. Boleh pula mereka anjurkan majlis ini walaupun kes tengah mencanak.

Meskipun aktiviti sosial dil@rang dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, namun tetap ada individu yang masih berd3gil dengan mel@nggar SOP.

Terbaru, tul@r satu video dimuat naik oleh @nzlynnick_ di platfrom TikTok yang kelihatan sebuah keluarga dipercayai dikenakan komp@un kerana menganjurkan majlis perkahwinan di kediaman mereka.

Video :

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/07/RPReplay_Final1627224130.mp4?_=1

Rakaman berdurasi 10 saat tersebut memaparkan pasangan dipercayai pengantin baharu itu mengenakan persalinan berwarna ‘maroon’ yang lengkap dengan rekaan pelamin serta dikelilingi oleh ahli keluarga mereka. “Okey kita cau (gerak) dulu. Polis datang. Lar1 jangan tak lari gais,” tulis @nzlynnick_.

Namun, tidak dapat dipastikan mengenai tarikh dan lokasi kejadian tersebut berlaku. Posting berkenaan menerima lebih 10,000 t@nda suka dan dipenuhi hampir 1,700 komen warganet dengan meluahkan rasa marah terhadap keluarga terbabit yang seronok berkumpul walaupun kes posit1f Cov1d-19 sedang mencanak naik. Rata-rata menyifatkan keluarga itu mementingkan diri sekali gus boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kes baharu selain mahu membuat lap0ran pol1s supaya masing-masing dikenakan tindakan sewajarnya.

Sumber:Ohmymedia

Polis kesan lelaki yang cuba ingkar SOP PKPD sampai sanggup buat macam ni. Sekali ini rupanya sebab sampai dia terpaksa buat.

Polis menh4n seorang lelaki ekoran tindakannya seakan mencabar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pintasan pada Khamis lalu. Lelaki yang memandu Proton Wira terbabit dirakam bersahaja melngg4r garisan kuning yang dipasang polis sebelum dialihkan dengan tangan di atas bumbung keretanya untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Kejadian itu kemudiannya menjadi tular di media sosial sehingga menarik perhatian orang awam. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, kawasan Kampung Pintasan diwartakan sebagai kawasan PKPD bermula 9 Julai hingga 22 Julai lalu.

“Suspek bertindak melepasi kawasan PKPD di Kampung Pintasan dengan melanggar garis kuning sebelum mengangkat tali garisan polis menggunakan tangannya dilihat seolah-olah mencabar tindakan pihak berkuasa. Tindakan suspek itu turut dibimbangi boleh mengundang risiko penularan wabak Covid-19 di kawasan sekitar. Bagaimanapun, pasukan polis berjaya mengesan suspek dan terus menh4nnya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut, Sahimi menyatakan hasil siasatan lanjut mendapati suspek memandu dari rumahnya yang terletak dalam kawasan PKPD dan keluar merentasi garisan polis bagi tujuan mengisi minyak. Menurut beliau, stesen minyak yang dilawati berkenaan adalah terletak di luar kawasan PKPD iaitu di Kampung Tamau, di sini. “Oleh itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Kesksaan dan Per 17 Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 2) 202,” katanya. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.