Anak Nora Buka Cerita Yang Dia Dipaksa Bekas Kekasih Untuk Comolot

Tidak kira masyarakat, bangsa mahupun agama, semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.

Namun, mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari.

Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa tanggungjawab dan hormat-menghormati.

Dalam kebanyakan situasi, asuhan dilihat menjadi titik penting dalam membentuk modal insan cemerlang.

Ia membawa tiga makna iaitu melindungi, mendidik dan membesarkan anak.

Meneliti dari dekat, asuhan adalah peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam membesarkan permata hati.

Merangkumi setiap sudut keperluan termasuk fizikal, emosi, intelek, perlindungan dan spiritual.

Menurut Perunding Motivasi Keluarga, Zaid Mohamad, bentuk asuhan ibu bapa boleh dianggap sebagai kata kunci paling kritikal.

Ini dalam membentuk peribadi seorang anak berikutan cenderung meninggalkan pengaruh dalam kehidupan individu di masa akan datang.

“Kerap kali kita diingatkan bahawa, jika anak remaja diasuh dengan seimbang sejak kecil, mereka akan membesar menjadi insan menyenangkan.

“Begitu juga dengan anak yang dibesarkan dengan asuhan negatif.

Sudah pasti mereka juga akan membesar sebagai seorang yang melihat dunia dari kaca mata serong.

“Tambahan pula zaman remaja adalah tempoh peralihan paling mencabar.

Ketika ini mereka mula mengalami perkembangan fizikal, daya fikir dan menyedari kecenderungan serta kemampuan diri,” katanya.

ALLAHUAKBAR. Dengan penuh rasa terkilan. Saya mengaku, video itu adalah dia.

kata penyanyi Nora Ariffin yang mengakui gadis yang bercium dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular adalah ank perempuannya, Putri Nor Dahlia.

Mengakui terkilan dengan insiden yang berlaku, Nora berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik puterinya menjadi insan berguna.

“Sebagai seorang ibu, saya sudah cuba sedaya-upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.

“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk diperbaiki dan belajar daripada kehidupan.

Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya.

Menurutnya, dia berharap anak perempuannya itu belajar daripada kesilapan itu dan menjadi individu lebih baik pada masa akan datang.

“Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik.

Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini.

Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” katanya.

Anak Nora Dedah Dia Dipaksa Comolot oleh Bekas Kekasih

Nora membuat kenyataan berhubung video anaknya di laman Instagram.

Semalam, tular klip video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

“Saya di paksa”-Putri Nur Dahlia
Sementara itu, Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dirinya dipaksa.

Dalam pada itu, Putri Nur Dahlia menerusi laman Twitter miliknya membalas komen netizen dengan mengatakan dia dipaksa oleh bekas kekasihnya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Dakwa Putri Nur Dahlia, bekas kekasihnya secara tiba-tiba bertindak sedemikian.

Sehingga menyebabkan dirinya terkaku dan tidak dapat berbuat apa-apa.

“Saya dipaksa. Dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang dan cuba mengelak.

Selepas ia berlaku saya duduk diam kerana saya malu dan tak tahu nak buat apa. Saya tak sanggup nak tumbuk dia.

Tapi saya marah dia selepas video itu dan kami sudah putus,” jelasnya menerusi akaun Twitter itzputridahlia.

Anak Nora Dedah Dia Dipaksa Comolot oleh Bekas Kekasih

Putri Nur Dahlia mengakui dirinya dipaksa oleh bekas kekasih untuk melakukan aksi tersebut.

“Saya dipaksa… dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak.

Selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa.

“Saya tak sanggup nak tumbuk dia ke apa tapi saya marah dia selepas video itu, kami dah putus.

Demi Allah selepas video itu, saya marah dia sebab sebelum itu saya sudah kata tidak mahu melakukannya.

“Nak tolak macam mana lagi saya terkejut.

Kalau korang dalam situasi sama dengan kekasih korang yang korang dah nasihat banyak kali jangan buat macam itu dan dia

dah tarik muka ke mulut, nak buat apa, nak tumbuk pun masa saat itu tak terfikir,” tulisnya.

Rata-rata peminat terus mendoakan Nora dan diberikan kekuatan

“Kesian Kak Nora, bertalu-talu ujian menimpa, kematian suami, anak dan terbaru mertua..

timbul lagi ujian perangai anak. Lihatlah betapa cekal dan tenang Kak Nora memberi kenyataan, rendah diri tidak melenting dan sangat profesional. Semoga Kak Nora tabah,

Inilah realiti ujian mendidik anak muda masa kini..

Kadang kita dah sehabis baik jaga anak namun kerana satu alpa mereka jatuh dalam lembah dosa.

Sabarlah Kak Nora.

“Sy pun bapa tunggal , ada ank 5 perempuan, apa2 pun berdoa pd Allah moga lindungi dan beri ketakwaan dlm mendidik ank2.

“Iman tak dapat diwarisi, ia tiada ditepian pantai. Kadang2 mak ayah dah didik elok, tapi anak2 yg buat perangai. Yg kena tempiasnye mak ayah jugak. Alahai.

“Bila seorang anak lakukan perkara yg salah , kita jgn lah salahkan mak ayh nya,jgn pndng sinis mak ayhnay ..

mak ayah ni sbnarnya dah didik anak2 dia sehabis baik ,dah tanamkan ilmu agama sehabis baik dalam diri anak2 tapi kita yg anak2 ni buat segalamya tanpa fikir air muka keluarga , maruah mak ayah ,

so salah diri kita dan org diluar sana ckup blame ibu bapa bila anak mereka lakukan kesilapam ..iman xdapat diwarisi .. semoga allah merahmati keluarga kita semua ..amin