Biar betul My Favourite Person. Sekali komen Ameera Khan menarik perhatian ramai.

Pelakon kacak Indonesia Jefri Nichol menarik perhatian peminatnya apabila dilihat saling berhubungan dengan personaliti media sosial yang juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman Instagram Jefri, dia telah memuat naik sekeping foto hitam putih dengan tertera kapsyen yang ditujukan untuk seseorang.

“Posting this because she loved this one,” tulis Jefri sebagai kapsyen. Meninjau ke ruangan komen, Ameera, 20, dilihat menitipkan kata-kata yang mengundang pelbagai pertanyaan umum.