Makin hari makin tinggi nilai kes Covid 19. Sekali ini komen dari Fizz Fairuz seperti menyindir kerajaan.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz memerli dan menyifatkan kerajaan gagal dalam membendung kes harian wabak Covid-19 yang semakin meruncing. Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik dalam Instagramnya, Fizz meminta semua untuk berhati-hati terutama penduduk di Selangor dalam mendepani cabaran genting ketika ini.

“Cantik, naik lagi kes hari ini 11,618 kes. Warga Selangor hati-hati, negeri lain pun sama juga. Menteri kata kerajaan tidak gagal, yang gagal kita kot! So kita jaga kita je lah. Kita mampu!,” tulisnya berbaur sindiran.

Pada hantaran terdahulu, Fizz turut bertanya kepada pengikutnya dengan meminta mereka meneka berapa jumlah kes yang akan direkodkan hari ini. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan pelakon filem Munafik itu.

“Semua kita yang gagal. Depa (mereka) tak gagal. Asyik-asyik salah rakyat je. Tak tahu apa dah nak cakap, hanya mampu berdoa je sekarang ni. Sebab kita memang dah jaga kita. Menteri je tak jaga menteri,” tulis warganet. Hari ini Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 11, 618 kes dengan negeri Selangor kekal sebagai ‘juara’ dengan menyumbang 5,051 kes.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lana Nordin disindir seolah olah expert sangat soal vaksin. Sekali Lana Nordin tampil bidas komen warganet.

Lana Nodin mencetuskan perdebatan apabila memuat naik video tentang vaksin. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan perbincangan seorang guru dengan pelajar Tahun 3 mengenai bahan-bahan yang terdapat dalam vaksin.

“APA DALAM VAKSIN? adakah anda lebih pintar dari kelas 3? Saksikan ini ??? ada risiko tetapi malngnya tidak pernah terdengar risiko di Malaysia. Kita seharusnya dapat mengetahui apa itu sebelum kita melakukan sesuatu terhadap BADAN SENDIRI. Sebilangan vaksin MUNGKIN mempunyai faedah besar tetapi masih kita harus tahu risikonya melibatkan terutamanya baru-baru ini dihasilkan dan tidak diluluskan oleh FDA,”tulisnya di kapsyen.

Disebabkan itu, warganet meminta agar Lana tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat palsu tentang vaksin. Tidak berdiam diri, pelakon ini tampil membela diri dan menyatakan ianya tak salah untuk berkongsi video itu kepada orang ramai. Lana kata setiap orang perlu peka dengan bahan dan fungsi yang ada di dalamnya.

Walaupun ada keberkesanannya, namun mereka juga perlu mengetahui apakah risiko yang bakal dihadapi.

Antara komen warganet:

“Mengapa anda tidak pergi dan berdebat dengan idea bijak anda dengan pakar (kerana anda begitu pakar) daripada menulis posting kebencian. Setakat cakap, semua org boleh. Sila bercakap dengan bukti. Anda tidak mempercayai vaksin, ok. Terpulang kepada awak. Tidak ada yang memaksa anda diberi vaksin.”

Lana menjawab yang niatnya berkongsi kerana ada ramai yang masih tertinggal malumat penting tentang vaksin. “Anda but4 ke apa ? Buka mata mereka tidak mengatakan secara langsung tetapi mereka melakukannya. Dan siapa kata aku EXPERT ? Saya cakap benda yang betul fakta. Bukan itu maksud dalam video ini kata apa ada dalam vaksin? Bukan kelas 3 pun tau takkan fakta itu tipu? Saya hanya menunjukkan apa yang mereka tertinggal maklumat penting. Anda perlu membuka mata anda dan bangun.

Adakah saya mengatakan cov1d tidak nyata ? Apa yang saya katakan di sini dan apa yang dikatakan oleh video ini di sini? Jangan putar belit! Anda jelas tidak mendapat mesej kemudian jangan menilai apa yang saya katakan.” Lana juga sempat memberi nasihat dan meminta orang ramai supaya memahami mesej yang ingin disampaikan dan jangan cuba untuk memutar belitkan apa yang cuba disampaikan.

Sumber : Trending sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Who bagi amaran ada varian lambda. Rupaya varian ni lebih bahaya dari delta dan mungkin kebal vaksin.

Saat dunia masih hangat memperkatakan tentang varian Delta COV1D 19 yang kini sedang mengg4nas di beberapa negara termasuklah di Malaysia, kini datang pula satu varian baru yang katanya lebih berbahaya.

Menurut Kosmo, sekumpulan pegawai kesihatan kini memberi amaran berhubung mutasi luar biasa dalam varian Lambda yang kini sedang menular di Britain kerana dibimbangi kuman itu mampu menjadi kebal terhadap vaksin COVID 19.