Ruhainies muat naik video sakan menari seperti tidak berpakaian seluar. Ini komen slamber Ruhainies.

GARA-GARA berjoget sakan dengan pekerja penghantar barang di aplikasi TikTok, pelakon Ruhainies dikritik warganet yang menganggapnya terlalu menojol seperti tidak memakai seluar.

Sakan Ruhainies menari di TikTok! Ramai yang terpesona dengan kecantikannya. Nampak biasa je pelakon ini menari tapi rupa-rupanya ada mata nakal yang memerhati. Mninjau di ruangan komen, ada yang tak senang tengok seluar yang dipakainya. Sama warna kulit dan nampak macam tak berpakaian pula kata warganet.

Semuanya gara-gara seluar ketat dipakainya dilihat hampir sama dengan warna kulit selain baju yang dipakai agak singkat.

Antara komen:

“Terkejut aku, ingatkan dia tidak pakai seluar.”  “Dia yang pakai, aku yang segan nak tengok.” Sementara itu ramai juga yang bagi nasihat supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan apa-apa video yang dimuat naik di media.

Namun Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menjelaskan hasil suntingan video menyebabkan ia kelihatan bergitu.

Ruhainies tampil menjelaskan mengenai seluarnya yang didakwa warna kvlit.

“Sebenarnya warna seluar saya tu merah jambu… bukanlah warna kulit. Selama ini pun, penampilan saya tidak la terlalu sek.ksi.

“Saya sendiri meletakkan had dalam setiap penampilan. Mungkin disebabkan suntingan video itu terang sehingga menampakkan warna seluar berbeza.

“Saya pun bukanlah seorang yang gemar berpakaian sek.ksi. Bagi saya, kalau orang itu melihat secara negatif… jadi la negatif,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, video yang dimuat naik seorang fotografer menggunakan akaun @cameo_x memperlihatkan video Ruhainies menari bersama penghantar barang menerima dikritik warganet apabila dianggap mem4lukan kerana terlalu sek.ksi.

Menerusi video itu, Ruhainies yang berada di rumah memakai seluar seakan-akan warna kvlit menari sakan di halaman rumah dipercayai sedang menjayakan sebuah video iklan produk dengan kapsyen ‘pandai tak abang J&T tu menari dengan Runainies? Tengok sampai habis’.

Bagaimanapun, video di TikTok tersebut sudah dipad4m oleh pihak berkenaan selepas menerima kritikan warganet.

Dalam pada itu, Ruhainies memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang selesa melihat video tersebut serta akan lebih peka dalam soal pemakaian di masa akan datang.

Ruhainies tak perasan kot, kan tengah syok menari? Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: News media online.

Tak kisah pasal rupa asalkan boleh pimpin ke syurga. Ruhainies jawab soal cita rasa dalam memilih pasangan.

PETALING JAYA – Soalan tentang hubungan cinta dan jodoh sering menjadi pertanyaan peminat untuk pelakon cantik manis, Ruhainies memandangkan kakaknya Risteena Munim sudah pun bergelar isteri orang.Ditambah pula dengan sikapnya yang agak berhati-hati dengan perkongsian peribadi dan sudah lama tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan kekasih hati.

Semalam, Ruhainies menerima pertanyaan daripada salah seorang peminatnya yang berminat ingin mengetahui cita rasa pelakon itu dalam memilih pasangan.

“Kakak suka lelaki Melayu macam Hindustan atau Korea, tolong jawab kakak,” tanya seorang peminatnya dalam ruangan Soal & Jawab dalam Instagram.

Jawab pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu, dia sebenarnya tidak kisah dengan rupa paras seseorang kerana berasakan dirinya tidaklah secantik mana.

“Saya tak kisah sangat fasal rupa. Saya pun bukannya elok mana. Asalkan boleh menjaga saya dan seorang yang bertanggungjawab. Paling penting, dia boleh pimpin saya ke syurga,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa pelakon itu kerap berkongsi gambar bersama kekasih hatinya yang digelar sebagai Mr. E dalam media sosial.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, dia dilihat sudah jarang berkongsi mengenai kisah cintanya kepada umum memandangkan kekasihnya itu menetap di London. –

Sumber: K! ONLINE

Baru sahaja berkongsikan rakaman video yang agak mesra. Sekali ini pula permintaan peminat pada Ruhainies dan Zul Ariffin.

Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Ruhainies menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan momen mesranya bersama pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin. Difahamkan, kedua mereka bergandingan menerusi drama bersiri terbaru berjudul Wife Sebelah Rumah. Dalam satu entri, Ruhainies berkata ia merupakan projek paling best dan seronok baginya.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CQnum5Zj0i6/?utm_source=ig_embed&ig_rid=772b49f4-4bf2-45ac-8360-100f96d3da2c

“Salah satu projek paling best untuk saya. Kami seronok menjalani penggambaran untuk drama bersiri ini. Ia mengambil masa tiga minggu untuk habiskan 16 episod,” tulisnya. Ruhainies berkata sangat senang bekerja dengan Zul serta mendedahkan akt0r itu sebenarnya seorang yang kel4kar dan suka meng4cau orang. Zul Ariffin adalah salah seorang gandingan yang best. Senang sangat bekerja dengan dia. I selesa sangat working with him. Dia sebenarnya kelakar, pemalu to be honest walapun hobi dia suka kac4u orang,” tulisnya. Melihatkan keserasian mereka, rata-rata peminat mendoakan agar Ruhainies dan Zul bertemu jodoh. Malah, ada yang bersetuju bahawa mereka pasangan yang serasi.

Sumber : Lawak Malaysia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bukan senang nak tengok seorang duda yang macam ni. Peminat puji sikap Sharnaaz Ahmad.

Comel! Siapa sahaja tidak jatuh hati jika melihat gelagat si kecil menari-nari bersama sang ayah, bagaikan sesuatu yang mustahil untuk disaksikan kerana selalu yang biasa kita lihat adalah apabila seorang bapa lebih mesra untuk melayan aktiviti sedemikian jika bersama anak perempuannya.

Malah apa yang lebih menarik lagi, status “duda popular” yang diberi tidak sesekali membuatkan aktor ini kekok untuk menjaga anak tunggalnya, Sharnaaz Ahmad tetap berpegang pada pendiriannya untuk sentiasa mencari ruang untuk melakukan aktiviti bersama cahaya matanya.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Sharnaaz berkongsi video menari bersama anak lelakinya, Jebat Jayden yang terlihat begitu gembira sekali, gelagat seorang bapa yang sempoi tentu sekali dapat mengeratkan ikatan kemesraan dalam sebuah perhubungan.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CQqnXL_hBpo/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ab96b2da-baf0-4804-abad-2f8dcb0e1b5e

Mengetahui bahawa Sharnaaz ini mungkin mempunyai sisi wajah yang bengis apatah lagi kerana sering memainkan watak yang ganas mahupun s4mseng dalam bidang lakonan namun sifat penyayangnya juga sudah tentu dapat membuatkan ramai orang cair tatkala melihat selebriti ini bersama anaknya. Hal yang demikian membuktikan keakraban selebriti ini dengan anaknya sememangnya tidak dapat dinafikan malah mengetahui bahawa berapa ramai bekas suami dalam dunia ini yang masih mahu mengambil peduli perihal keperluan anak selepas berpisah dengan bekas isteri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap tanggungjawab selebriti ini sebagai seorang bapa meskipun terpaksa mengakhiri status rumah tangganya dengan perpisahan pada 9 Julai 2020. Jika ditanya kepada mana-mana lelaki, tiada jejaka yang berharap untuk menjadi duda apatah tika di usia yang masih muda.

Malah tidak ada celanya untuk bergelar duda, tetapi tidak semua mampu untuk menggalas tanggungjawab selepas memegang status berkenaan apatah lagi jika mempunyai zuriat yang harus dijaga.

Mengetahui bahawa tiada definisi khusus untuk mengasuh anak-anak kecil secara semula jadi, tetapi pada dasarnya ia merujuk kepada gaya hidup yang dipamerkan oleh ibu bapa bersama anak-anak dengan memberi sepenuh perhatian dan nilai kasih sayang yang mencukupi. Malah untuk mencapai matlamat pembelajaran dan membesar bersama melalui tanggungjawab sebagai bapa yang bergelar duda, melakukan pelbagai hal bersama adalah sangat penting untuk mengeratkan lagi sesuatu hubungan.

Dengan melakukan aktiviti menyeronokkan, ia bukan sahaja memberi detik indah yang positif, tetapi dapat mengeratkan ikatan kemesraan, malah meluangkan masa berkualiti bersama juga memberi peluang kepada seorang bapa dan anak lebih menghargai waktu terluang dan berinteraksi.

Alahai comel je kan “anak bapak ni” berjoget, jarang sebenarnya nak tengok Sharnaaz ni menari-nari. Apa-apa pun, semoga ikatan kemesraan yang terjalin ini sentiasa berkekalan selalu ya.

Sumber : klmetro.pw & Fiona

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.