Baru sahaja kaitkan isu radio dengan Shuk. Sekali kali ini kontrak Issey bersama Suria FM dah tak disambungkan lagi.

“Awak pernah menduakan saya tak pernah.” Aku ada radio, kau dah tak ada” Itu ayat ‘makan dalam’ penyampai radio dan pengacara terkenal, Issey Fazlisham terhadap bekas penyampai radio sensasi, Shuk Sahar dalam program I Can See Your Voice Malaysia yang disiarkan semalam.

Sebelum itu, Shuk memuji kesetiaan Issey terbabit dalam program ICSYVM dan telah menunjukkan satu perubahan ketara pada dirinya. “Pertama sekali saya ucapkan terima kasih sebab awak tunjuk setia dengan program ini dan buat dua perubahan sejak datang sini. Sebelum ini duda, sekarang suami orang,” puji Shuk santai.

Namun selepas itu suasana bertukar menjadi riuh-rendah dengan pujian’ tambahan oleh Issey secara seloroh. Meninjau ruangan media sosial di TikTok, Twitter dan Instagram sejak video itu tular, rata-rata peminat dan penonton hiburan terhibur dengan ‘usikan’ Issey terhadap rakannya. Begitu pun, ada juga warganet yang kurang senang dengan gurauan Issey. “Sebaiknya jangan ungkapkan perkara itu di khalayak ramai. Dengan tak sedar kita sudah mengaibkan, walaupun itu hanya gurauan,” komen penonton di TikTok.

Video :

https://youtu.be/3lbqIxg6hJM

Terdahulu Pengurusan stesen radio Hot FM mengumumkan kontrak penyampai, Shuk Sahar yang sebelum ini digantung kerja, berakhir. Sebelum ini, perkhidmatan Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, digantung pada 24 Januari lalu bagi memberi ruang kepada pengurusan Hot FM membuat siasatan dalaman terperinci terhadap isu dirinya yang tular dalam media sosial. Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, berkata siasatan dalaman mendapati Shuk melanggar kontrak perkhidmatan sebagai penyampai Hot FM.

Giliran Issey Tidak Sambung Kontrak Bersama Suria FM

Pada program pagi di Suria, Issey dengan rasa berat hati telah mengumumkan  yang kontrak beliau bersama Suria telah tamat hari ni, dan beliau memilih untuk tidak sambung kerana mempunyai perancangan sendiri. “Selamat Tinggal Suria. Hari ni hari terakhir saya di suria. Issey sendiri yang memilih utk tidak disambungkan kontrak di suria.. Saya sayang suria. Tapi saya buat keputusan ini sbb saya ada plan saya sendiri. Insyallah nnti sy akn umumkan pda masa yang sesuai. Kenangan 3 tahun di suria akan jadi satu memori yang cukup indah untuk saya. Dan Cukup bermakna utk saya dan adik beradik di suria. Jaga diri semua love u all”

Ikut rekod, PENYAMPAI radio, Issey Fazlisham, 31, pernah menamatkan kontrak dengan Hot FM lebih awal untuk berkhidmat di stesen Suria FM d Menurut Issey, dia bertindak menamatkan kontrak lebih awal yang sepatutnya tamat pada Mac 2019 kerana mahu fokus pada lakonan dan urusan perniagaannya.

Rasa bersalah, sampai doa sebut nama Shuk – Issey

Dikritik kerana dianggap tidak sensitif ketika bergurau, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham, 35, memohon maaf jika ada kalangan warganet yang menyifatkan tindakannya bergurau kasar dengan Syuk Sahar sebagai tidak wajar. Menurut Issey, dia tidak mempunyai masalah dengan Shuk dan selama ini menganggap pelawak serta pengacara tersebut sebagai sahabat yang rapat dan baik.

“Jadi, sebagai kawan-kawan rapat, kami ini memang sudah biasa bergurau kasar. Cuma saya akuilah kesilapan dan kekhilafan sendiri kerana mungkin tidak patut bergurau seperti itu secara umum. Ini kerana ternyata sudah ramai pula yang tersalah faham dan menganggap seolah-olah saya nak mengkritik Shuk. Sedangkan kami berdua okey dan sudah sedia maklum cara masing-masing bergurau,”katanya.

Kelmarin, tular video sedutan daripada program I Can See Your Voice Malaysia musim keempat (ICSYVMY4) siaran TV3 yang menyaksikan Shuk dikenakan oleh Issey yang menyindirnya secara langsung di pentas tersebut. Antara yang disebut Issey ialah, Shuk pernah menduakan manakala dirinya tidak pernah selain dalam segmen lain turut menyebut dirinya ada radio manakala pelawak tersebut tiada.

Gurauan itu merujuk kepada latar belakang shuk yang sebelum ini sering terkait dengan kontroversi curang sehingga rumah tangganya goyah selain tidak lagi bekerja sebagai penyampai radio di Hot FM. Dalam pada itu, Issey yang sekali lagi menyusun jari memohon maaf kepada warganet termasuk secara peribadi kepada Shuk atas kekhilafan dirinya.

“Saya cuma nak mainkan karakter yang nampak macam jahat dan nakal, tapi tak sangka pula macam dah terlebih jahat. Minta maaflah kepada mana-mana pihak yang rasa ia satu perbuatan tak wajar. Saya pun sudah minta maaf dengan Shuk sendiri dan kami okey. Dia pun gelak-gelak sahaja. Tapi tak dinafikan, tak boleh buang rasa bersalah itu bila jadi macam ini. Saya sampai masa solat, minta doa dan sebut nama Shuk supaya dia tidak dibelenggu dengan isu ini. Harap selepas ini tidak adalah yang cuba memanipulasikan isu ini ya. Saya kasihan dengan Shuk. Minta maaf dengan Shuk.

Sumber :trendingsangat.pw

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.